Nuffnang Ads

Friday 26 December 2014

PRAY FOR MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR

Assalamualaikum..

Pagi ni bukak FB tengok update tentang banjir. Runtun rasa hati. Rasa nak nangis pun ada. Ya, saya berasal & menetap di Sarawak, takde keluarga yang tinggal kat sana. Tapi tetap rasa sedih tengok musibah yang menimpa mereka di Pantai Timur. 

Terbaca status seorang kawan yang dah menetap kat sana ikut suami. Ya Allah. Betapa beratnya dugaan yang dihadapi mereka sekarang. Dengan 2 anak yang masih kecik. & bersama adik iparnya yang tunggu masa nak bersalin. :'( Tak dapat bayangkan perasaaan mereka sekarang. 

Moga Allah melindungi kalian yang terlibat dengan bencana banjir ni. Mohon pada individu yang masih bercakap negatif, mengungkit tentang politik, pemimpin, hentikanlah. Ini ujian dari Allah. Bukan hanya ujian ke atas mereka yang terlibat. Tapi juga ujian buat kita. Lebih baik doakan & katakan yang baik-baik sahaja untuk mereka yang terlibat. Jangan ditambah dengan kata-kata sumbang & kosong yang takkan mampu ubah apa pun.


Moga ALLAH sentiasa melindungi kita dari musibah. AMIN YA RABBAL ALAMIN..



Thursday 4 December 2014

Week 26.

Assalamualaikum.

Sekarang dah masuk bulan keenam ++. Lebih tepat dah 26 minggu. Alhamdulillah sekarang badan memang cergas. Orang kata 2nd trimester memang lebih cergas berbanding trimester lain kan? Cuma sekarang ada masalah tiap kali lepas makan/minum. Lepas makan / minum mula rasa tak senang duduk. Huhu T_T Perut rasa tegang sangat-sangat walaupun makan bukan dalam jumlah yang banyak. Mungkin sebab saya ni berangka kecik, perut pun kecik, bila baby mula membesar kat dalam ni + makanan / minuman pulak jadinya sangat padat. 

Tu baru makan biasa-biasa / sikit. Kalau makan banyak? Memang tak senang duduk saya. Bersandar sakit, tak bersandar sakit, bawak berdiri pulak rasa lagi tegang. Huhu. Anak Ibu da makin berat ek? Kick boxing pun da makin kuat sekarang. Kekadang macam berombak je atas perut. Entah apa Baby H buat kat dalam =) Paling aktif malam-malam sebelum masa tido. Terbalik pulak kan.

Tak sabar rasanya nak jumpa dia =') 

Sedikit info tentang minggu ke 26 (Sumber : Baby Center )


Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

Kelas antenatal anda seharusnya sudah bermula dalam satu atau dua minggu ini, atau mungkin sudahpun bermula. Kelas-kelas ini dapat memberikan anda maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi. 

Ya ALLAH, moga Kau permudahkan segala urusan kami. AMIN.

Tuesday 2 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum.

LAZADA MALAYSIA akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.



Jadi.. Kalau ada RM1212 apa yang boleh beli di LAZADA MALAYSIA? Huhu. Rambang mata nak pilih tau! Sebab kat sini semua ada! Kira macam one stop centre la kan! Oleh kerana saya ni mak buyong / mother to be lagi lebih kurang 3 bulan, mesti la excited usha barang BABY! OMG. Banyak sangat pilihan kat sini. Antara yang saya berkenan.. Jeng jeng jeng!


Harga : RM 260.00. Kenapa saya nak this one?

Sebab harga berpatutan dengan fungsi nya! Car seat ni boleh guna dari newborn sampai umur 4 tahun! Kalau untuk newborn boleh guna rearward facing, & bila dah besar sikit boleh guna forward facing! Ha..Kan jimat tak payah beli 2 car seat. Beli satu ni je pun dah boleh guna lama kan?


Harga : RM379.00

Wah..Cantik tak? Kan kan? Sebab tu la terbekenan dengan stroller ni. Warna nya ceria sangat! Saya memang suka warna-warna macam ni. Lagipun warna macam ni girl/boy 2 2 boleh guna.He. Memang stroller idaman! Ni pun sama macam carseat tadi. Boleh guna dari newborn sampai umur 4 tahun. 


Okey! Enough with baby's stuffs sebab banyak item dah beli jugak. Next item, reward for myself. =)


Harga : RM 449.00

Mixer ni of course ler penting untuk guna masa perayaan. Mixer yang ada kat rumah sekarang ni dah agak uzur. Pusing pun dah slow. Oleh itu, memang berhajat nak beli mixer baru. Jumpa yang ELBA ni macam segak la! Dah lama usha yang jenis macam ni. Tapi beli nya tidak. Belum rezeki. Hope dapat beli sebelum raya nanti. EHEH.



Harga : RM 109.00

Ha..ni pun comel kan.. Luggage sekali dengan cover.. Tak yah risau takut luggage calar ke apa kan. Nak beli luggage ni mestila untuk travel. Almaklum la kita suami isteri, kampung suami 5 jam perjalanan dari sini. Memang berguna luggage untuk balik kampung. Nanti dah bertambah ahli kan. So kena la tambah luggage =p

Dan untuk item yang terakhir.. Apa yang boleh dibeli di LAZADA MALAYSIA dengan duit RM1212.00 . Alang-alang ada baki lagi RM 15.00, so kita usha lagi. Kata tadi stop beli barang baby kan. Tapi terjumpa pulak toy comel ni.

Harga : RM 15.00

See??Newborn da boleh main ni. He. Bole beli untuk Baby H. Memang selamat & sesuai untuk mainan bayi. Takyah risau.

So, dengan RM 1212.00, ni la antara barang yang boleh dibeli kat LAZADA MALAYSIA. Bukan sikit tau. Ada banyak lagi pilihan kat sana. Boleh terjah website diorang ye. Mana tau ada yang berkenan. EH. Mustahil takde. Semua item ada tau. Harga pun berpatutan & ada yang lebih rendah dari harga pasaran! Silap-silap yang tak dicari pun boleh terbeli! 

Korang pulak apa yang nak dibeli di LAZADA MALAYSIA dengan RM 1212.00? =)


Monday 24 November 2014

KENAIKAN HARGA RUMAH!

Assalamualaikum..

Semua sedia maklum yang harga rumah ni memang NAIK NAIK & NAIK sahaja ye. Naik tu pulak bukan 2 3 ratus!Bukan jugak 2 3 riban! Tapi puluhan ribu malah boleh cecah ratusan ribu dalam masa setahun!

Contoh RUMAH A : Double Storey Intermediate
Januari 2013 : RM 265,000.00
NOW?
November 2014 : RM 360,000.00

RUMAH B : Single Storey Intermediate
Januari 2013 : RM 180,000.00
NOW?
November 2014 : RM 260,000.00

Design yang sama, ukuran yang sama, kawasan yang sama, cuma phase berbeza, spesifikasi pun sama. SEE?? Sekarang rumah single storey dah sama harga dengan harga double storey punya harga last year! Macam mana golongan muda mudi yang baru bekerja nak beli rumah sendiri? Kalau gaji memang besar maybe boleh la. Kalau macam kita yang gaji cukup-cukup makan? Nak harapkan kumpul duit dalam tempoh 2-3 tahun lagi? 

2-3 tahun lagi boleh bayangkan tak berapa pulak harga rumah? T_T

OMG. Beruntungnya sesiapa yang dah mampu beli rumah awal-awal masa harga masih rendah -_- 
Doakan kita murah rezeki dapat beli rumah sendiri jugak ye. AMIN. 

Tuesday 11 November 2014

ALLAH sebaik-baik Perancang.

Assalamualaikum.

5 bulan dah berlalu. Lebih tepat, dah nak masuk 23 minggu. Alhamdulillah. Tak terasa langsung masa. Tambahan dalam masa mengandung ni banyak yang berubah dalam life. Sejak dapat tau pregnant bulan 7 ari tu, saya stop pergi melawat tapak. Mintak kebenaran dari bos untuk bagi kelonggaran sepanjang saya mengandung ni. Memang tak berani nak pergi site sebab site yang dilawat selalunya melalui jalan-jalan yang agak mencabar. Tak berani tanggung risiko sebab anak pertama kita tak tau lagi kekuatan rahim. Nasib baik jumpa bos yang consider. 

Dalam masa yang sama saya terfikir jugak. Masa tu saya berkhidmat secara kontrak, dan staf lain pun ada untuk cover lawat site yang saya tak dapat pergi. Tapi macam mana kalau saya kerja tetap sebagai kakitangan teknikal?? Masih boleh ke saya diberi pengecualian turun ke site masa mengandung? Akan jumpa lagi tak bos yang bagi kelonggaran macam bos saya masa tu?? Semua tu jadi persoalan. Lepas tu saya fikir lagi, kerja saya masa tu memerlukan saya travelling setiap bulan. Macam mana dengan baby H yang bakal lahir nanti masa saya takde kat rumah?Kesian kalau tinggalkan dia dengan abahnya saja.
Masa tu la hati saya mula berbelah bagi. Memang minat saya kearah bidang teknikal. Penat, panas, hujan, kotor, saya abaikan. Saya enjoy kerja on the ground. Dapat tengok tempat orang, budaya orang. 

Dalam baru dapat tau mengandung tu saya dapat temuduga Pembantu Tadbir Kewangan. Saya pergi temuduga tu. Walaupun bukan bidang saya. Sebab apa yang saya fikir masa tu semua demi baby H yang bakal lahir ni. Saya perlu dapatkan kerja tetap. Biar pun interviewer sentiasa mempersoalkan bidang saya yang tak berkaitan. Dan akhirnya dengan izin Allah saya dapat jawatan tu. Mungkin rezeki mengandung. Alhamdulillah.

9 Oktober, saya pergi lapor diri di Putrajaya dengan hati yang sangat risau. Tak tau akan ditempatkan di mana. 1 yang saya paling risaukan, kalau dapat tempat jauh dari keluarga? Dengan tengah bawak perut. Tuhan saja yang tau betapa risaunya saya. Kalau nak tolak, sekarang bukan senang nak dapat kerja tetap. Syukur saya tak tolak tawaran sebab akhirnya saya dapat penempatan di tempat saya sendiri. Usaha untuk pastikan saya dapat kat tempat sendiri memang saya cuba buat. Orang lain lapor diri bawak dokumen dalam envelope pun da cukup. Tapi saya bawak 1 fail tebal macam buku sebab nak attach semua surat sokongan untuk mohon tempat sendiri. Alhamdulillah, berbaloi saya bawak fail macam buku. He.

Allah sebaik-baik perancang. Siapa tau kalau saya dapat kerja tetap lebih awal sebelum mengandung mungkin saya takkan dapat tempat sendiri. Sabar. Itu yang mak saya selalu bagi tau. Ya. Sekarang saya lebih yakin, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap apa yang kita terlepas dahulu mungkin memang bukan rezeki kita & InsyaAllah akan ada yang lebih baik. Mungkin memang ditakdirkan saya tak dapat kerja dalam bidang teknikal. Mungkin ini yang terbaik untuk baby H.


Doakan baby H sentiasa sihat. Lahir dengan sempurna. Amin. 

Thursday 23 October 2014

Gender Baby? BOY or GIRL?

Assalamualaikum.

Selalu baca kat internet orang cakap paling awal dapat check gender masa 18 – 20 weeks of pregnancy. Alahai. Masa tu masih 14 weeks. Lamanya lagi 1 bulan nak tunggu. Hati da tak sabar nak tau dia boy ka girl? Baby 1st ni memang tak kisah boy/girl asalkan dia sihat sempurna cukup sifat. Tapi rasa ingin tau tu memang sangatttt la kuat.

Mula la google sana sini carik info tentang gender baby. Macam-macam ada. Ada yang cakap kalau morning sickness teruk, means yang dalam perut tu baby girl. Saya memang ada morning sickness yang teruk. Bukan morning je. Tapi tiapppp masa. Langsung tak bole makan. Asal makan je muntah. Minum je muntah. Hidu bau je muntah. Tengok gambar makanan pun bole muntah. Sampai berat badan saya turun 5 kilos! Oh my! Dah la petite, turun lagi berat. Nurses & Doctor pun terkejut tengok berat saya yang serupa berat budak sekolah. Ringan sangat! Mula la perasan mengandung baby girl =p Tapi bila ingat balik, 2 years ago my bestfriend pregnant her 2nd child. Memang teruk jugak morning sickness dia. Lebih kurang macam saya. Tapi lagi teruk sebab dia sampai 5 months++ pun muntah lagi. Tapi keluar tengok. EH! Baby BOY! So, cancel percaya yang satu ni. EHEH.

Pastu masa 10 weeks macam tu muka saya meragam. Naik jerawat balik macam before saya kawen dulu. Ha. Mula la lagi perasan mengandung baby girl. Sebab orang cakap kalau ngandung anak perempuan ni, seri mak nya akan hilang. Ye la mana nak berseri lagi, dengah muntah, jerawat lagi bertempek kat muka. Pastu sekarang dah masuk 5 months, eh jerawat da hilang! Muka da ok balik. Konon dah berseri balik la. Sudah! Terus jadi confused lagi boy/girl.

Takpe. Tengok lagi tanda – tanda lain. Tahap kecerewetan! HAHA. Orang kata kalau masa ngandung ni cerewet lebih, maybe baby Girl.OK. Kalau tanya kat family saya, kawan-kawan saya semua teka saya ngandung baby Girl. Sebab sekarang saya SANGAT CEREWET. Sampaikan perfume adik saya pun saya paksa tukar! Dahsyat tak? Sebab tak tahan hidu bau tu =( Syampu, gel rambut husband semua saya complaint. Asyik nak memilih. Yang biasa saya suka pun jadi tak suka. Sampai adik saya stress! HAHA. Sian diorang. Sorry! So, gender baby? Maybe girl.  Katanyaaaa.

Tak puas hati berteka-teki, masa week 15, saya jumpa DR. Toh sebab nak mintak surat pengesahan pregnancy. Sambil tu scan baby la. Nak tengok dia macam mana. EH. Da makin besar! Masa tu cuba tanya DR, da bole tengok gender baby tak? Yela kan baru 15 weeks. Pastu DR cakap, boleh cuba kalau baby behave. Ok. FINE.

DR pun mula cari2 posisi yang sesuai untuk tengok burger/bebird! Pastu sampai kat satu part, dia stop gerakkan benda tu.

DR Toh  : See. Ini dia punya paha. Baby you 100% baby ____________ Confirm.
Saya : Confirm DR??
DR : Ya. Confirmed baby _______________ Tahniah.

Sengeh-sengeh tengok muka husband yang macam blur. His face was like, betol ke? Boleh check lagi tak. Haha. Saya pun macam eh, betol ke tu. Tak awal sangat ke. Haha. Sendiri yang excited nak tanya awal2, sendiri pulak tak yakin bila dapat tau result. Rasa-rasa saya dapat boy/girl? Leave your comments! =) Sama tak ngan yang DR Toh bagi tau. EHE.

Saturday 11 October 2014

DAPAT PENEMPATAN KERJA KAT MANA?

Assalamualaikum..

8 Oktober 2014. 0635 am. SBW (Sibu) --- KUL (Kuala Lumpur)

Hari ni mula perjalanan baru. Bukan g honeymoon. Tapi nak ke Putrajaya sebab perlu lapor diri pada 9 Oktober untuk Pembantu Tadbir Kewangan. Pergi kali ni tak dapat pergi dengan hati tenang. Bukan tak bersyukur dah dapat kerja. Tapi risau sebab penempatan memang tak di bagi tau sampai la hari lapor diri. Rasa berdebar dalam hati ALLAH saja yang tau. Ye la memang risau sangat sebab tengah preggy sekarang. Kalau kena penempatan yang jauh, tak dapat bayangkan nak bawa perut ni. Hmm..
Tiba kat KUL 0825 am. Terus gerak ke Putrajaya.

9 Oktober 2014. 0800 am (Homestay Presint 9 --- Dewan Auditorium Kementerian Kewangan)

1) Sampai-sampai je terus diberi penerangan nak kena sediakan dokumen apa untuk pendaftaran 0800 am - 0830 am.
2) Rehat untuk sarapan 0830 am - 0900 am.
3) Masuk dalam auditorium untuk dengar taklimat 0900 am - 1130 am.
4) Penyerahan surat penempatan bawah kementerian masing-masing ( Saya dapat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) Lepas dapat tau je kementerian ni terus saya google. Cari jabatan/ agensi apa jugak kat bawah diorang. Ada tak yang dekat Sibu??? Masa ni saya dah tak tentu arah. Ye la tunggu dapat penempatan dari pagi lagi. Bedebar tahu?
5) Pihak JPA arahkan kitorang pergi ke Kementerian masing-masing dulu untuk dapatkan tempat penempatan kat Negeri/Daerah mana.
6) Rehat makan tengahari 1200 pm-1400 pm.
7) Bergerak ke Kementerian untuk dapatkan surat penempatan kerja 1415 pm - 1600 pm. Sampai kat sini kitorang diarahkan untuk isi borang peribadi. Siap isi pulangkan kepada urusetia di kaunter. Saya sertakan sekali surat rayuan mintak ditempatkan di Sibu sekali dengan surat sokongan dari doktor tentang pregnancy saya ni. Tunggu-tunggu sampai pukul 4 petang baru kitorang dapat surat. Takut sangat nak tengok. Sebab takut dihantar ke tempat lain. Bila baca..................kitorang diarahkan pulak pergi ke Jabatan Perikanan kat bangunan sebelah. Sebab kitorang ditempatkan bawah Jabatan ni.
8) 1630 pm menyeberang ke bangunan sebelah. Jabatan Perikanan. Kat situ kita serahkan pulak surat tadi dengan pihak pengurusan. Dan tunggu surat rasmi & pastiiii tentang penempatan dapat kat mana.. Tunggu punya tunggu sebab kitorang sampai pun da lewat kan. Diorang pun tanya siapa yang urgently nak balik cepat ke tempat asal diorang akan tolong buat surat dulu. Saya pun jawab ya la. Sebab kalau tak balik the next day, nak kena fikir lagi kos tempat bermalam yang bertambah. Akhirnya, jam 530 petang cam tu, diorang keluar & serahkan surat masing-masing..Penempatan saya:

Pejabat Perikanan Laut Sarawak, Wilayah Sibu, Sarawak.

Ya Allah! Alhamdulillah. Tuhan perkenankan doa hambanya yang lemah ni! Rasa nak menangis masa tu! Bayangkan dari pagi saya tak tentu arah risau fikirkan penempatan. Dan bila dapat surat tu saya rasa macam beban kat dalam hati saya sebelum ni semua hilang terus! Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. =')

Buat keluarga, sahabat dunia nyata, kawan-kawan dunia maya, yang singgah baca blog saya sebelum ni tentang kisah kerja saya ni, TERIMA KASIH banyak-banyak pada yang sudi tolong doakan, tolong AMIN kan doa saya untuk ditempatkan di Sibu Sarawak. Alhamdulillah, mungkin sebab rezeki Baby H dalam perut ni jugak, ALLAH permudahkan urusan saya. Takde kata yang dapat saya ungkapkan tentang kesyukuran yang saya rasa sekarang. 

Buat sahabat yang baru saya kenali sepanjang di Putrajaya semasa lapor diri, saya ucapkan good luck & selamat berkhidmat! Buat Syafa, saya doakan awak dapat kembali ke Sarawak secepat mungkin. AMIN.




Friday 26 September 2014

PRE LOVED WEDDING ITEM MURAH!

Assalamualaikum.

Jual-jual! Hampir 90% barang kahwin tak pakai lagi. Macam mana nak pakai? Nak g mana pakai macam nak kahwin? Haha. So nak let go semua item yang takkan digunakan lagi sebab we need space for Baby H =)

So antara yang nak di let go... Lets check it out! Murah-murah jerrr..

1) Cream/ Off White Lacey Shoes.




Pernah blog out tentang kasut ni (KASUT KAHWIN MURAH). Saya beli dengan harga yang sangat affordable. So nak let go pun murah jer. 
HARGA ASAL : RM 48.85
HARGA JUAL : RM 38.00 INCLUDE POS
CONDITION : 8/10 (ADA STAIN SIKIT DEKAT TALI BELAKANG)
COLOUR : OFF WHITE/CREAM
SIZE : 35 (EMILIO VALENTINO)
HEELS : 4 INCH
Wore once!

2) Cream Veil with Gold Beads & Sequins   SOLD!TQ!





Ni pun pakai sekali saja. 
COLOUR : CREAM WITH GOLD BEADS & SEQUINS
MATERIAL : NET
SHAPE : D SHAPE
HARGA : RM 40 INCLUDE POS! SOLD!TQ!

3) KURUNG MODERN LACE

Baju ni mulanya tak nak jual sebab walaupun baju sanding, baju ni very simple! Masih boleh pakai untuk certain event. Tapi memandangkan sekarang saya preggy, baju ni dah tak muat. Baju ni pun pakai sekali je. Daripada terperap dalam closet better saya let go. Kalau ada yang berminat, better ukur betul-betul dulu ikut ukuran yang saya bagi kat bawah ni sebab saya ni petite orangnya. 

MATERIAL : COTTON LACE
COLOUR : CREAMY + VERY LIGHT PEACH AS LINING
Ni close up material baju.

Ni masa outdoor p/shoot lepas majlis sanding. 

Ni gambar baju masa fresh from the oven.haha. Detail kat tangan ada button, belakang baju pun ada button. Pastu saya jahit sendiri beads cream kat tangan & kaki baju. Kain potong 6..

HARGA JUAL : RM 180 INCLUDE POS + FREE HALFMOON SHAWL SEDONDON
BAHU : 13.5 INCH
PANJANG LENGAN : 19 INCH
LILIT TANGAN BAJU : 8 INCH
DADA : 32 INCH
LABUH BAJU : 32 INCH
PINGGANG : 25 INCH
PUNGGUNG : 39 INCH
LABUH KAIN : 37 INCH

4) Set Tanjak



Ni pun pakai sekali masa sanding saja.

SET : SAMPIN + BENGKUNG + TANJAK
COLOUR : HITAM + GOLD
HARGA JUAL : RM 65 INCLUDE POS!

5) TEDDY BEAR KAHWIN    SOLD!TQ =)
Bole guna tuk decorate kereta kahwin. Comel tau.



SAIZ : APPROX 15 CM HEIGHT
HARGA JUAL : RM 28 INCLUDE POS! SOLD!TQ!

6) BROWN HEELS
Ok. Ni bukan barang kahwin.haha. Saya beli ni khas tuk pakai interview merangkap tuk kerja. Tapi sudahnya saya pakai sekali saja masa g interview sebab tak larat nak naik office tingkat 4 naik tangga dengan kasut tinggi. Sedar diri da tua. Tak larat lagi nak pakai tinggi-tinggi. Heels ni memang condition tip top sebab baru pakai sekali kan. Beli dulu harga RM79.90.





COLOUR : DARK BROWN
HEELS : 3 INCH
SIZE : 35 (FRANTINO)
HARGA JUAL : RM 45 INCLUDE POS!

Okeh! Tu je nak jual. He. Kalau minat tinggalkan komen kat bawah, phone number / emel. Atau bole direct emel kat saya mayrahmay8789@gmail.com. Kalau beli lebih dari satu item bole nego lagi. Jimat pos kan? 

* No return ; ukur betul-betul ye =)

BYE!

*Psst : Doakan saya dapat posting kat SIBU SARAWAK. AMIN!




Monday 15 September 2014

DILEMA -_-

Assalamualaikum.

Banyak perkara yang terjadi akhir-akhir ni. Boleh kata semuanya baik-baik, ok-ok, happy-happy. Tapi biasa la setiap benda yang jadi ada pros & cons. Buatkan saya jadi risau. Sedih. Ragu-ragu. Macam yang saya bagitau kat sini Keputusan temuduga P.T W17, Alhamdulillah ada rezeki saya ditawarkan jawatan tersebut.

Tarikh lapor diri : 9 Oktober 2014
Tempat lapor diri : Dewan Auditorium, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Saya, suami & family happy sangat-sangat bila saya dapat jawatan ni. Walaupun takde kaitan dengan bidang yang saya study dulu. Happy sebab saya dah berkhidmat sebagai pekerja kontrak selama 5 tahun! Ya. Saya tamat belajar tahun 2009. Sejak tu saya berkhidmat sebagai pekerja kontrak sampai la sekarang. Dan tinggal tak sampai sebulan lagi untuk saya tinggalkan tugas saya sekarang. Tinggalkan sebab memilih untuk jawatan bertaraf tetap. Alhamdulillah.

Tapi kerisauan tetap ada. Risau sebab tak di bagi tau penempatan. Means, kita takkan tau kita akan ditugaskan kat negeri/Bandar/daerah mana. TAKKAN tau selagi kita tak pergi lapor diri nanti. Ada kawan saya yang baru posting sebelum ni bagitau, diorang just tau penempatan masing-masing pada hari terakhir kursus transformasi minda dijalankan.

Risau. Ya. Saya risau tentang penempatan. Sebagai seorang isteri & bakal ibu yang baru hamil anak pertama, saya sangat risau dengan apa yang bakal saya terima nanti. Kerisauan ni hanya Tuhan yang tahu. Hamil kali pertama & baru masuk minggu ke 15 sekarang, dengan segala alahan yang saya hadapi buatkan saya susah hati. Macam mana kalau saya ditempatkan di kawasan yang jauh dari keluarga?

Doakan saya. Saya mohon doakan saya mendapat penempatan kerja di kementerian/jabatan di daerah Sibu, Sarawak. Keputusan ni sukar sangat bagi saya. Nak dilepaskan, 5 tahun saya tunggu jawatan tetap. Tapi kalau ditakdirkan saya dapat penempatan yang sangat menyukarkan keadaan saya nanti, saya redha melepaskan -_-. Sesiapa yang baca luahan hati saya ni, saya mohon agar tolong doakan saya ditempatkan di Daerah Sibu, Sarawak. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Updated ! DAPAT PENEMPATAN KERJA KAT MANA?


Wednesday 3 September 2014

KARENAH MENGANDUNG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Dah masok 3 bulan kandungan ni =) Perut pun da makin membuncit. Alahan dari segi muntah pun dah sangat berkurang. Kalau ada pun dalam seminggu sekali je. Alhamdulillah. Dah dapat makan dengan normal balik.he. Tapi ada juga yang masih tak berubah.

Antara nya, hidung masih sensitive. Masih tak bole hidu bau makanan yang tengah digoreng. Mual jadi nya. Bila tak bole hidu, means masih tak bole masak =( Masak makanan rebus2 je. Pastu masih tak mau hidu bau rejoice! No no no.

Part tido malam pulak. Kena pusing2, cari posisi, cari mood baru terlelap. Sebelum pregnant, letak je bantal kat kepala terus bam! TIDO! Sekarang??? Pusing seratus kali atas katil belum tentu dapat lelapkan mata. Tak tau nape -_- .

Bangun pagi-pagi, akan wajib sakit pinggang + bahu + leher. Pakej ye. Yang peliknya bila dah bawak jalan-jalan sikit, buat kerja, hilang la sakit tu. Ingatkan tido, rehat, tak la mendatangkan sakit badan. Terbalik pulak.

Yang latest ni pulak, dah masuk 3 minggu camtu JERAWAT sangat la menjadi. Sebelum kahwin dulu memang ada masalah jerawat. TAPI pastu cuba Dnars, kulit pun ok sangat. Takde jerawat baru keluar. Da licin pun. Tetiba sekarang, hah ambek kau. Bertubi-tubi jerawat keluar! Hormon agaknya. Kaklong saya pun ngandong sekarang tapi kulit muka dia makin licin! Dulu dia ada prob jerawat jugak. Saya terbalik -_-. Sedangkan masih pakai produk yang sama. Hurm. Takpela. Asalkan baby sehat & sempurna. Amin =)

Tak sabra tunggu masuk 18 weeks. Orang cakap masa tu da dapat cek gender kan? Kalau dah tau gender barula dapat mula beli barang. Checklist pun belum buat lagi. Google2 tengok wahhh panjangnya contoh senarai yang mummy to be lain pernah buat. Hope dipermudahkan semua urusan nanti. Till then.


Doakan saya & baby! =)

Friday 22 August 2014

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

Assalamualaikum..

Sebelum ni pernah share yang dapat 3 panggilan temuduga under SPA tahun ni.. TEMUDUGA SPA.
1st saya dapat interview Pembantu Pembangunan Masyarakat S17. Keluar keputusan lebih kurang sebulan pastu saya dapat jadi simpanan lantikan saja. Takpe. Kawan saya cakap memang akan dapat jugak nanti cepat atau lambat. FINE. Alhamdulillah. Sambung lagi kerja kontrak saya sekarang. Masih belum ada rezeki dapat kerja tetap.

Tengah bulan 6 pulak saya dipanggil untuk temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17. Ada share soalan yang di tanya kat sini SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR (P/O). Keputusan ni pulak keluar beberapa hari sebelum raya. Result ? SIMPANAN LANTIKAN jugak. Again. Takpe. Alhamdulillah. Tunggu rezeki sampai dulu. =)

Pastu hujung bulan 6 saya dapat emel dari SPA. Panggilan temuduga untuk Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 pulak. Interview ni bulan puasa hari tu. 10 Julai 2014. Masa ni saya baru dapat tau saya mengandung =) Nasib baik masa ni saya masih ok. Belum dapat alahan lagi. Kalau tak, entah cam mana nak g interview.hewhew.

Jumaat 15/8/2014 Saya bukak la SPA nak semak kot-kot keputusan untuk W17 da keluar kan? Tapi belum lagi.. Saya Log in je tuk semak permohonan lain. Tiba-tiba tengok kat bahagian Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17 macam ada perubahan. Ni saya interview tengah bulan 6 tu. & macam yang saya bagitau kat atas tadi, untuk N17 pun saya dapat Simpanan Lantikan saja. Tapi kali ni saya tengok, EH. Macam lain je. Status tu dah bertukar ke Lantikan Tetap! Happy sangat-sangat masa ni. Saya cek kat W 17 pulak keputusan belum keluar lagi masa tu.


Isnin 18/8/2014. Sepatutnya hari ni keluar keputusan W17. Tapi cek-cek asyik tak dapat sampai ke malam hari. Sabar je tunggu.


Selasa 19/8/2014. Pagi2 da bukak SPA nak semak lagi. Masih tak dapat. Asyik error memanjang. Last-last saya log in je untuk g kat bahagian semakan. Terus scroll kat bahagian W17. Alhamdulillah.




Status : Lantikan Tetap
Tahniah! Anda telah Berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan lapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.
Kementerian/Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam, Bhgn Perkhidmatan, Aras 6, Blok C2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510, Putrajaya.

Jumaat 22/8/2014. Saya terima surat tawaran untuk Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17 bawah Kementerian Kesihatan . Masih tak tau nak terima yang N17 atau W17. Tapi surat W17 belum sampai lagi. Ye la keputusan pun baru keluar kan. Jadi sekarang saya berbelah bagi nak pilih mana satu. Boleh kongsikan pendapat tak? Walau apapun saya pilih nanti saya harap saya dapat penempatan kat Sibu, Sarawak. Sebab saya mengandung & suami pun baru dapat kerja kat Sibu ni 3 bulan lepas. Kesian dia kalau saya pulak kerja kat tempat lain. Doakan saya dapat penempatan kat Sibu ye. Please. Amin =)


Updated : Saya dah dapat penempatan. Jemput singgah baca =)

Wednesday 6 August 2014

ALAHAN SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum.

Allah. Dah berhabuk blog ni ditinggalkan. Maaf la. Bukan sebok sangat beraya. Tapi keadaan diri ni tak mengizinkan saya tuk update apa-apa. Ni nak share alahan masa mengandung =(

Ok. Saya detect pregnancy pada minggu ke 3. Awal kan. Masa tu ok lagi. Masuk minggu ke 5, saya da mula rasa lain. Badan sakit tu biasala dari sebelum disahkan ngandung pun da mula sakit. Kali ni tanda yang menyebabkan saya tak larat nak update blog pun.hewhew.

Saya mula rasa lemah selalu + pening + loya. Masa ni minggu terakhir ramadhan. Saya ingatkan mungkin tak tahan sebab puasa. Jadi saya tunggu sampai berbuka & makan dengan gembira. Setengah jam pastu, bluekkkk! Saya keluarkan balik semua yang saya da makan tadi =( Fine. Saya ingat maybe terlalu kenyang. Takpe. Pasni makan sikit tuk cover balik yang dah keluar. Saya makan apa-apa sikit. Tak lama pastu, blueeekkk lagi. Ah. Sudah. Saya da mula rasa lemah. Malam memang rehat je & tido. Bangun sahur, selera da kurang. Makan pun sikit sangat. Setengah jam pas sahur, saya muntah lagi =( Nampaknya macam tak leh makan langsung. Makan je muntah. Kalau tak makan pun asyik bluekk2 muntah angin ='(

Tapi saya tetap teruskan puasa sampai satu tahap badan saya rasa terlalu lemah sebab asyik muntah, dahla puasa kan mana nak top up balik perut yang da kosong. So, en.husband bawak jumpa Dr. Toh lagi.

Dr. Toh : How are you?
Saya : Kurang sihat sebab asyik muntah2 je. Badan pun lemah.
Dr. Toh : Oh. Itu biasa. Memang ibu mengandung majority akan muntah2 on 1st trimester. Brapa kali you muntah dalam 1 hari?( Eh,eh dah nak pengsan aku muntah dia rilek je g tau biasa.huhu)
Saya : Masa ni saya puasa, jadi tiap kali after makan sahur & berbuka saya akan muntah. Siang pulak saya muntah angin je.
Dr. Toh : Oh! You puasa ke? (Muka macam tak puasa kot dia tengok) You tak bole puasa buat masa ni. Sebab bila you muntah, your baby nanti takde makanan. Kalau you puasa tapi takde muntah, then baru you bole proceed puasa macam biasa. Its not good for your baby. For the meantime, you hold dulu.
Saya : Mula dulu saya puasa ok je. Sebab tu saya puasa.. Tapi start this week saya muntah2..Macam mana saya nak kurangkan/ hilangkan muntah ni??( berharap)
Dr. Toh : Nak hilangkan itu mungkin tak dapat tapi bole kurangkan. You jangan makan banyak satu kali. You jangan minum banyak satu kali. Contoh kalau you makan crackers. Take one bite at a time. Then eat every 15 to 20 minutes. Minum pun sama. Kalau you makan banyak sekaligus nanti you muntah. Buat masa ni itu saja cara you bole makan. Asalkan sentiasa makan. Takpe, ni I kasi you veloxin, pil untuk tahan muntah. Makan pil tu kalau you tak tahan ok? But you memang tak bole puasa sekarang. Nanti you jadi terlalu lemah. The baby needs you.
Saya : Ok... -_-

Ha. Tu baru alahan pertama. Alahan kedua pulak, hidung terlalu sensitive! Saya tak dapat memasak langsung! Sebab tak bole hidu bau masakan =( Kalau hidu mula la loya, then blueekkk lagi. Kalau family masak kat dapur saya akan masuk bilik. Selain tu saya tak bole hidu bau syampu rejoice! Sebelum ni en.husband memang pakai syampu rejoice. Sekarang kesian dia kena tukar syampu. Kalau tak saya tak bole hidu bau dia pas mandi. Nak muntah =(

Camtula keadaan saya sampai sekarang ni da nak masuk minggu ke 8. Hari raya pun takde mood sangat nak beraya. Yela, makan pun bersekat, kalau tak keluar balik semua yang dah dimakan. Nak jenjalan berziarah pun tengok keadaan. Kalau rasa badan cergas sikit & takde mual baru leh keluar. Takkan nak bluek2 kat rumah orang kan? Kang kecik ati pulak orang tu. Haha. Sekarang ni saya skip2 makan veloxin. Kalau rasa ok, saya tak makan. Tapi belah malam confirm akan muntah2. Hurm. Harap keadaan macam ni tak berpanjangan. Doakan saya & baby sehat2 saja ye? Amin.


*pssst : kalau nampak tarian benda ni kat blog tolong sedekah klik ye ;)TQ..
Xperia Z2 Launch
Mayfair Bodyline
B.Liv Brand Visibility
Air Asia Go-Korea sale.

TQ Nuffnang! Lekat lama-lama ye =)



Friday 25 July 2014

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum.

Macam yang saya cerita kat SINI, Alhamdulillah saya dah disahkan mengandung. Masih awal lagi. Minggu ni baru masuk minggu keenam. Saya disahkan pregnant pada minggu ketiga! Macam mana saya leh tau mengandung seawal tu? Meh nak share tanda-tanda yang saya dapat.

  1. Seminggu sebelum tarikh period saya & suami demam teruk. Serentak.
  2. Sebelum tarikh period saya patut muncul ( 30 Jun 2014) saya sakit pinggang. Saya anggap biasa sebab masa nak period memang ni tanda saya dapat selalunya.
  3. Perut sentiasa buncit. Macam masuk angin. Saya jenis sekeping, tak pernah lagi buncit. Kalau buncit kenyang kejap tu adala. Tapi lepas membuang mesti kempis balik. Kali ni tak. Buncit je memanjang.
  4. Kurang buang air besar/sembelit.
  5. Perut rasa keras dari biasa kalau tekan pakai jari.
  6. Perut rasa memulas macam tanda sebelum period tapi period tak muncul-muncul.
  7. Period lewat!

So bila dah lewat period tu gatal la nak cek. Mulanya cek on 1 Julai. Keluar 1 line saja. Hampa. Tapi masih yakin there's sumone in my tummy. He. Esok lusa tulat cek lagi. Alhamdulillah. Ada 2 line. Makin terang pulak. Bagi yang plan nak baby tu, bole tengok-tengok sign macam kat atas ni. Mana tau rezeki kan? Kalau tau awal, bole kita jaga diri lebih lagi. Ubat-ubatan pun tak bole ambik suka ati. Nanti saya share alahan mengandung pulak. Eh. Dah nak raya ni. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Doakan saya & baby ni sihat2 saja ya. Amin.. =)

Saturday 19 July 2014

ANUGERAH TERINDAH DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.

Lama rasanya menyepi dari blog. Bukak, blogwalking kejap, then tutup laptop. Nak tinggalkan jejak pun jemari malas. Tersangat malas. Bukan hanya malas dijari. Tapi semua. Yup. Semua. Bukan sebab puasa. Bukan sebab penat. Bukan kerana tak sihat.


Tapi, mesti sentiasa bersyukur. Alhamdulillah masih diberi kesihatan. Memang malas yang melanda diri saya ni bersebab. Sebab yang terindah.

3 Jun ;
Last period

20 Jun - 23 Jun ;
Saya & en.suami demam teruk.  Tak tau sape nak jaga sape sebab dua-dua tak larat. Masa ni mak saya call dari Labuan larang saya makan ubat, takut melekat ;) 

2 Julai - 4 julai ;
Saya buat lawatan tapak di Song. Sepatutnya masa ni saya dah period. Tarikh period patutnya 30 Jun. Cycle period saya memang tak berubah. Kat Song macam biasa pergi site guna 4wd, hentak sana-sini. Masa ni saya ada terfikir, macam mana kalau saya mengandung? Dengan naik 4wd yang melompat sana-sini. Saya doa je dalam hati, Ya Allah, kalau dah ada baby dalam perut saya, tolong lindungi dia. Amin. Itu doa saya sepanjang saya jalankan tugas. Tiba kat tapak pulak macam-macam perjalanan saya lalu. Naik sana-sini. Turun naik bukit. Masa ni memang penat sangat. Tapi saya anggap biasa sebab pegi site dalam bulan ramadhan. Memang lagi mencabar.

4 Julai ;
Saya balik ke Sibu. Bagi tau en.suami yang saya masih belum period. Sebelum ni saya pernah beli UPT Test Strip ngan Sis Shakina. Dia jual murah sangat2! 1 strip RM1 je tau! Saya beli 9 percuma 1. So, saya pun cek sendiri. Tapi mula cek saya hampa. Macam takde pun 2nd line keluar. Tapi hati saya kuat rasakan yang saya mengandung. Mungkin sebab period saya tak pernah selewat ni.

5 Julai - 9 Julai ;
Tiap-tiap hari saya test tau! Haha. Sebab saya yakin dia ada kat dalam perut saya. Tau apa yang saya dapat?

* Maaf kalau ada yang rasa gambar ni kotor =) Ampun ye. Yang paling atas tu yang saya dapat 9 Julai. Yup. Alhamdulillah. Saya mengandung. Tapi kitorang masih rasa tak yakin. Saya tetap nak jumpa doktor untuk pengesahan. En. Suami cakap pergi cek next week la ye. Tapi saya tak bole tunggu.  
Saya cek & cek lagi sampai betul-betul jelas.

Makin jelas kan? =) Terus paksa lagi en.suami bawak pergi klinik.


10 Julai ;
Kitorang pergi ke jumpa Dr. Toh.

Dr. Toh : Morning. Sakit apa ya?( Terus tanya sakit apa)

Saya : Saya nak cek pregnancy. Dah buat UPT test kat rumah & positif. Jadi saya nak tengok perut.
(Hentam je explain.haha)

Dr. Toh : Bila last period?

Saya : 3 Jun..

Dr. Toh : Ok. Kita scan dulu.

Dr. Toh pun scan-scan-scan. Masa ni debar tak terkata. TAKUT sangat. Dahla en.suami tak masuk masa ni.

Dr. Toh : Belum nampak apa-apa lagi. Kantung pun belum nampak. Masih terlalu awal. 

Pastu duduk balik.

Dr. Toh : You datang lagi in 3 weeks, baru kita scan lagi. Masa tu baru dapat nampak your baby.

Saya : Oo.. Saya ingat da bole nampak. Tapi saya memang mengandung kan? Berapa lama suda? (Nampak sangat bengap kat sini) Haha.

Dr. Toh : Yes. You are pregnant. Very early pregnancy. I guess less than 3 weeks. ( Guess??) Awal you sedar you pregnant. Tapi masa ni memang masih belum nampak apa-apa. I suggest you come again after 3 weeks. Tapi saya kasi you vitamin for pregnancy terus. You mesti makan. Its good for your baby. 

Saya : Saya civil technician Dr. bahaya tak untuk saya terus buat tugas saya macam biasa?

Dr. Toh : You ada angkat barang berat ka masa kerja ?

Saya : No.. Takde.. Tapi selalunya perjalanan tu yang agak mencabar. 

Dr. Toh : Oo.. Sebab ini your 1st pregnancy you better be more carefull. Kalau bole slow down sikit. Dont push yourself. 

Saya : Kalau nak balik kampung masa raya??

Dr. Toh : Jangan jalan tanpa henti. Stop every 2 hour at least, so that you can relax. (Sambil senyum) Lepas ni kita bagi you vitamin ok? Makan ikut masa. Bubbye. ( Terus bubbye saya)

Saya : Olrite.. Tq Doktor =)

Pastu keluar dari bilik doktor cerita kat en.suami. Dia pun cakap; haa.. Tula excited tak sabar nak cek awal-awal.. Kan belum nampak. Alaaaaaaaaa...Huhu.

Takpe. Balik tu kitorang asek senyum jek. Haha. Tak sabar tunggu next check up. Nanti saya share tanda - tanda awal kehamilan ni & keadaan saya sekarang. Huhu. Jari dah mula malas lagi. Doakan saya & baby sihat, sempurna, & dilindungi Allah sepanjang kehamilan nanti. Amin..Till then.


Monday 7 July 2014

REZEKI ALLAH DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tadi bukak nuffnang dapat 1 lagi CPUV, Old Town True White Coffee baru mula hari ni. TQ so much Nuffnang sebab sudi bagi melekat lagi.. Harap melekat lama-lama.. Amin..

* Menari selalu ye kat blog =p

Actually ada 1 lagi rezeki yang rasanya dah dapat =) Tapi nanti la tunggu dah confirm kita share ye ;)
Doakan saya =) Amin.. 

Ya Allah, Kau murahkan lah rezeki kami, permudahkan lah urusan kami & lindungi lah keluarga kami. 
Amin Ya Rabbalalamin.

Saturday 5 July 2014

OLE-OLE KOTA SINGA

Assalamualaikum.

Nak join GA anjuran Pn. Faezah la hari ni ;) Mana tau rezeki. Nak join sekali klik banner kat bawah ni.

Good luck! =)

AYAM PANGGANG BLACKPEPPER.

Assalamualaikum.

Ok semalam wat teaser konon nak masak apa untuk ramadhan ke 6 kat sini MENU PUASA KE ENAM. Tapi macam biasa malam memang tak sempat nak buat entry. Kita sambung hari ni. Betul la tekaan Pn. Lya kita ;) Saya nak masak ayam panggang blackpepper guna grill pan =)



Cubaan pertama saya masak ayam panggang guna grill pan =p Sebelum ni pernah buat guna oven je.


Bahan - bahan :

- 5 biji bawang merah*
- 4 biji bawang putih*
- 5 sudu besar sos blackpepper*
- 1 sudu besar serbuk blackpepper (yang bijik-bijik tu saya tumbuk kasi halus sikit)
- 1 sudu kecil garam*
- 2 sudu sos tiram*
- 1 biji tomato*
- 1 inci halia*
- 1 kuib knorr patutnya tapi takde, saya guna 2 sudu kecil Tumix Penambah Rasa Kuah*
- 20 ketul ayam potong kecik-kecik. Boleh je kalau nak potong besar. Saya guna ayam yang ada dalam     freezer kat umah semua dah dipotong kecik-kecik

Cara menyediakannya :

Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga halus. Lepas tu just masukkan blackpepper yang ditumbuk halus tadi. Gaul sekali. Saya tak suka blend bijik blackpepper ni sebab lebih suka tekstur dia kalau tak terlalu halus.. Dapat rasa kalau gigit.. Paham kan?He.

Masukkan bahan bertanda & kisar sekali sampai halus.


Pastu just campurkan semua bahan perapan tu kat ayam.. Gaul/sapu rata. Saya buat semalam terlebih banyak. Dah macam kuah jadinya. Takpe. Saya lebih suka kalau ayam tu tak kering. So, proceed je. Kalau tak suka basah sangat, boleh kurangkan la yer. Bila ayam dah digaul rata ngan bahan perapan tadi, tutup dengan wrapping plastic, perap selama paling kurang sejam. Masukkan dalam peti sejuk. Saya perap dari kol 10 pagi. Masak kol 4.30 petang. Puasa kan? Masak pun lewat..


Tutup macam ni & simpan dalam peti sejuk sampai masa nak masak.

Bila da nak mula masak, keluarkan ayam dari freezer & masukkan dalam grill pan. Guna api kecil je. Lepas 10-15 minit, balik-balikkan ayam tu. Masak selama lebih kurang sejam. Saya guna ayam kecik-kecik so memang cepat masak. Kalau masak sekor ayam terus tu tambahkan lagi masa ye.


Ok. Memang lebihan bahan perapan saya masuk sekali sebab saya tak suka ayam panggang yang kering.. Lagipun boleh tuang sekali kat ayam masa makan tuk jadikan sambal. Sedap tau ;)


Rupa dah masak. Dah comot sebab saya dah ambik 2 ketol baru ingat nak ambik gambar. Haha. Semua puji sedap tau! Adik siap cakap bole jual lagi. Ahaha. Kembang hidung kak ngah kau ni =p

Ok la. Selamat mencuba! Memang lebih mudah guna grill pan ni =) Tak perlu risau ngan suhu macam pakai oven. Till then. Selamat berpuasa ;)

Friday 4 July 2014

MENU UNTUK PUASA HARI KE ENAM?

Assalamualaikum.



Teaser je =p Nak rasmikan double grill pan hari ni ;) Dah ready pun bahan-bahan. Cer teka kita nak masa apa? =p

Till then. Nanti la ye. =)

Monday 30 June 2014

REVIEW : MENU SINGAPORE CHICKEN RICE

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dah 2 hari puasa & masuk hari ke 3.. Tak terasa pun kan? Bulan puasa macam ni kalau balik kerja lewat, selalunya makan luar la kan. Kadang nak masak tak sempat. Apatah lagi kat Sarawak waktu berbuka awal. Hari kedua ni 6.46 dah berbuka =) Jadi masa untuk masak balik dari kerja memang terhad. Selalunya family saya prefer makan kat Singapore Chicken Rice. Dah pernah cerita tentang restoran ni kat sini SCR. Tapi cerita tentang favourite menu saya jer =p

Banyak lagi menu lain yang diorang ada. Memang sesuai untuk selera masing-masing. Sebab masakan melayu ada, western ada, makanan yang ringan-ringan ada, yang berat of course ada jugak! Kiranya memang sesuai untuk family la. Ya la kan dalam family ni tak semua seleranya sama =) Meh tengok menu-menu yang diorang sediakan ;)



Ni kira signature dish diorang la. Chicken Rice. Ada steamed & roasted.

Selain dari Chicken Rice, ada Chicken Fillet Rice, Roasted Black Pepper Chicken Rice, SCR Fried Rice, Blackpepper Fish/Chicken Rice. 

Ha. Rambang mata kan??



Ginger Chicken/Fish Rice, Sweet&Sour Chicken/Fish Rice, Baby Kailan Seafood Rice. See? Banyakkk.

Kalau tak nak makan nasi, noodles pun banyak choice!

Ha. Kalau tekak suka western food, boleh try ni..

Menggoda kan? Portion makanan dia semua besar-besar. Memang terlebih kenyang bila makan sini ;)

Nak yang ringan-ringan pun ada. Sandwich macam-macam filling. Fries, nugget.

Ni sedap tau. Very crunchy! Oh ya, tiap meja ada button merah tu. Kalau nak apa-apa just tekan then waiter akan datang =) Mudah kan? Tak perlu nak panggil-panggil adik kakak =p

Nyum - Nyum!


Ni menu wajib en.suami Steamed Chicken Rice + Baby kailan in oyster sauce. Takde gambar pulak sayur.

Ni memang ada kat setiap meja, kicap masin + halia +cili+limau. Memang kaw-kaw tuk makan ngan nasik ayam tu.


Favourite saya kat sini? Dah g tau hari tu. Asal datang sini asyik-asyik makan tu je. Ya, saya memang jenis macam ni. Sanggup makan benda yang sama berturut-turut kalau dah suka sampai satu tahap saya dah bosan baru tukar menu lain. Haha. Waiter sini tak payah tanya la saya nak makan apa. Memang setia pada yang satu =p Chicken Chop With Blackpepper Sauce! 

Ok. Recycle gambar. haha. Oh my. Dah rasa nak makan lagi bila tengok gambar.

Ok. Korang kalau datang jalan-jalan ke Sarawak, please-please singgah kat SCR ye. Menu banyak pilihan, pastu servis pun cepat tau. Takkan menyesal =p

Till then. Selamat Berpuasa =)