Nuffnang Ads

Saturday, 5 July 2014

AYAM PANGGANG BLACKPEPPER.

Assalamualaikum.

Ok semalam wat teaser konon nak masak apa untuk ramadhan ke 6 kat sini MENU PUASA KE ENAM. Tapi macam biasa malam memang tak sempat nak buat entry. Kita sambung hari ni. Betul la tekaan Pn. Lya kita ;) Saya nak masak ayam panggang blackpepper guna grill pan =)



Cubaan pertama saya masak ayam panggang guna grill pan =p Sebelum ni pernah buat guna oven je.


Bahan - bahan :

- 5 biji bawang merah*
- 4 biji bawang putih*
- 5 sudu besar sos blackpepper*
- 1 sudu besar serbuk blackpepper (yang bijik-bijik tu saya tumbuk kasi halus sikit)
- 1 sudu kecil garam*
- 2 sudu sos tiram*
- 1 biji tomato*
- 1 inci halia*
- 1 kuib knorr patutnya tapi takde, saya guna 2 sudu kecil Tumix Penambah Rasa Kuah*
- 20 ketul ayam potong kecik-kecik. Boleh je kalau nak potong besar. Saya guna ayam yang ada dalam     freezer kat umah semua dah dipotong kecik-kecik

Cara menyediakannya :

Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga halus. Lepas tu just masukkan blackpepper yang ditumbuk halus tadi. Gaul sekali. Saya tak suka blend bijik blackpepper ni sebab lebih suka tekstur dia kalau tak terlalu halus.. Dapat rasa kalau gigit.. Paham kan?He.

Masukkan bahan bertanda & kisar sekali sampai halus.


Pastu just campurkan semua bahan perapan tu kat ayam.. Gaul/sapu rata. Saya buat semalam terlebih banyak. Dah macam kuah jadinya. Takpe. Saya lebih suka kalau ayam tu tak kering. So, proceed je. Kalau tak suka basah sangat, boleh kurangkan la yer. Bila ayam dah digaul rata ngan bahan perapan tadi, tutup dengan wrapping plastic, perap selama paling kurang sejam. Masukkan dalam peti sejuk. Saya perap dari kol 10 pagi. Masak kol 4.30 petang. Puasa kan? Masak pun lewat..


Tutup macam ni & simpan dalam peti sejuk sampai masa nak masak.

Bila da nak mula masak, keluarkan ayam dari freezer & masukkan dalam grill pan. Guna api kecil je. Lepas 10-15 minit, balik-balikkan ayam tu. Masak selama lebih kurang sejam. Saya guna ayam kecik-kecik so memang cepat masak. Kalau masak sekor ayam terus tu tambahkan lagi masa ye.


Ok. Memang lebihan bahan perapan saya masuk sekali sebab saya tak suka ayam panggang yang kering.. Lagipun boleh tuang sekali kat ayam masa makan tuk jadikan sambal. Sedap tau ;)


Rupa dah masak. Dah comot sebab saya dah ambik 2 ketol baru ingat nak ambik gambar. Haha. Semua puji sedap tau! Adik siap cakap bole jual lagi. Ahaha. Kembang hidung kak ngah kau ni =p

Ok la. Selamat mencuba! Memang lebih mudah guna grill pan ni =) Tak perlu risau ngan suhu macam pakai oven. Till then. Selamat berpuasa ;)

2 comments:

Syira Haizy said...

Singgah sini :D Thanks for sharing resepi. Tengok gambar pun dah terliur, nasib baik puasa. Behee.. Boleh try masak kat rumah. :D Jemput singgah blog saya balik.

http://syirahaizy.blogspot.com/

Humairah Jimat said...

welcome..pasni singgah kat sana ;)