Nuffnang Ads

Friday 12 July 2013

KASUT KAHWIN MURAH?BIG YESSS!

Assalamualaikum..

Nak beli kasut kahwin murah?Suka tak kasut kahwin macam ni??
Sebelum ni pernah jumpa kasut macam ni kat online shop..Paling murah RM 89.90..Lupa pulak nama online shop tu. Masa jumpa kat online memang da tekad nak beli sebab harga tu pun da berpatutan. Tapi ditangguhkan sebab masih lama lagi nak pakai. So buat keputusan nak utamakan apa yang penting dulu..
Sebulan lepas tu, g jalan-jalan kat Giant dengan en.tunang..Singgah la kat LEA CENTRE..Eh eh..Nampak kasut yang exactly macam ni, Emilio Valentino.Ada white, cream & black! Tapi heels rendah lagi. Tau berapa harga??huhu..
RM 69.80!!!!!Murah tak???Dengan penuh semangat terus cuba yang warna cream. Sebab senang nak matching dengan mana-mana warna baju nanti.. Cantik yang amat!!!Hati memang berkobar-kobar nak beli..Tapi masa tu tengah bulan la..Saya & en.tunang memang da decide takkan kacau simpanan..
En.tunang cakap tak pe la..Tunggu gaji, boleh beli..Kalau memang jodoh ada dengan kasut tu, memang masih ada la nanti..Dengan berat hati melangkah tinggalkan kasut tu=( sob sob..
Lepas tu, semalam g GIANT lagi takeaway untuk sungkei=)Tak sempat nak masak.heheh.
Tapi sempat pulak menyimpang kat Lea Centre. Saja a nak jenguk lagi kasut tu.
Dari jauh da nampak SALEEEEE!!! Terus pergi kat kasut ni lagi.hehe.ALHAMDULILLAH kasut tu ada lagi saiz saya yang petite ni..Saiz 35.^^
Tau apa yang paling best??Mestila harga selepas diskaun!Ada diskaun 30% pulak tu. Jadi harga kasut tu pun bernilai RM 48.85 after diskaun!!!  Murah gilaaa kan??Berkat kesabaran hari tu, dapat juga beli dengan harga yang tersangat murah..Dari 89.90, jadi 69.80, jadi 48.85!!Syukur sangat-sangat..huhu.So, sapa-sapa yang nak carik kasut macam ni, try g LEA CENTRE sekarang!Mana tau ada lagi kan.Ye la, mana nak dapat kasut kahwin under RM50??Kalau rasa macam simple sangat, bole la DIY jahit manik ke sikit-sikit kat lace shoes ni.=)





Wednesday 10 July 2013

BONUS RAYA 2013

Assalamualaikum...

Selamat menyambut bulan Ramadhan..Semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.
Ada yang tau tak untuk raya tahun ni ada bonus tak ek?? Harap - harap ada la.. AMIN..Dapat jugak guna untuk menampung belanja raya nanti..Kalau ada yang tau tentang bonus raya, kongsikan la keyh!=) SELAMAT BERPUASA..

^_^

Wednesday 3 July 2013

Segmen Jom Tambah Kenalan By MBS


Assalamualaikum...

Bilangan follower sekarang 17=)
Target follower nak tambah sikit-sikit la sampai 50 ke.^_^
Klik banner/link kat atas untuk join ek.
Selamat bersegmen=)