Nuffnang Ads

Saturday 11 October 2014

DAPAT PENEMPATAN KERJA KAT MANA?

Assalamualaikum..

8 Oktober 2014. 0635 am. SBW (Sibu) --- KUL (Kuala Lumpur)

Hari ni mula perjalanan baru. Bukan g honeymoon. Tapi nak ke Putrajaya sebab perlu lapor diri pada 9 Oktober untuk Pembantu Tadbir Kewangan. Pergi kali ni tak dapat pergi dengan hati tenang. Bukan tak bersyukur dah dapat kerja. Tapi risau sebab penempatan memang tak di bagi tau sampai la hari lapor diri. Rasa berdebar dalam hati ALLAH saja yang tau. Ye la memang risau sangat sebab tengah preggy sekarang. Kalau kena penempatan yang jauh, tak dapat bayangkan nak bawa perut ni. Hmm..
Tiba kat KUL 0825 am. Terus gerak ke Putrajaya.

9 Oktober 2014. 0800 am (Homestay Presint 9 --- Dewan Auditorium Kementerian Kewangan)

1) Sampai-sampai je terus diberi penerangan nak kena sediakan dokumen apa untuk pendaftaran 0800 am - 0830 am.
2) Rehat untuk sarapan 0830 am - 0900 am.
3) Masuk dalam auditorium untuk dengar taklimat 0900 am - 1130 am.
4) Penyerahan surat penempatan bawah kementerian masing-masing ( Saya dapat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) Lepas dapat tau je kementerian ni terus saya google. Cari jabatan/ agensi apa jugak kat bawah diorang. Ada tak yang dekat Sibu??? Masa ni saya dah tak tentu arah. Ye la tunggu dapat penempatan dari pagi lagi. Bedebar tahu?
5) Pihak JPA arahkan kitorang pergi ke Kementerian masing-masing dulu untuk dapatkan tempat penempatan kat Negeri/Daerah mana.
6) Rehat makan tengahari 1200 pm-1400 pm.
7) Bergerak ke Kementerian untuk dapatkan surat penempatan kerja 1415 pm - 1600 pm. Sampai kat sini kitorang diarahkan untuk isi borang peribadi. Siap isi pulangkan kepada urusetia di kaunter. Saya sertakan sekali surat rayuan mintak ditempatkan di Sibu sekali dengan surat sokongan dari doktor tentang pregnancy saya ni. Tunggu-tunggu sampai pukul 4 petang baru kitorang dapat surat. Takut sangat nak tengok. Sebab takut dihantar ke tempat lain. Bila baca..................kitorang diarahkan pulak pergi ke Jabatan Perikanan kat bangunan sebelah. Sebab kitorang ditempatkan bawah Jabatan ni.
8) 1630 pm menyeberang ke bangunan sebelah. Jabatan Perikanan. Kat situ kita serahkan pulak surat tadi dengan pihak pengurusan. Dan tunggu surat rasmi & pastiiii tentang penempatan dapat kat mana.. Tunggu punya tunggu sebab kitorang sampai pun da lewat kan. Diorang pun tanya siapa yang urgently nak balik cepat ke tempat asal diorang akan tolong buat surat dulu. Saya pun jawab ya la. Sebab kalau tak balik the next day, nak kena fikir lagi kos tempat bermalam yang bertambah. Akhirnya, jam 530 petang cam tu, diorang keluar & serahkan surat masing-masing..Penempatan saya:

Pejabat Perikanan Laut Sarawak, Wilayah Sibu, Sarawak.

Ya Allah! Alhamdulillah. Tuhan perkenankan doa hambanya yang lemah ni! Rasa nak menangis masa tu! Bayangkan dari pagi saya tak tentu arah risau fikirkan penempatan. Dan bila dapat surat tu saya rasa macam beban kat dalam hati saya sebelum ni semua hilang terus! Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. =')

Buat keluarga, sahabat dunia nyata, kawan-kawan dunia maya, yang singgah baca blog saya sebelum ni tentang kisah kerja saya ni, TERIMA KASIH banyak-banyak pada yang sudi tolong doakan, tolong AMIN kan doa saya untuk ditempatkan di Sibu Sarawak. Alhamdulillah, mungkin sebab rezeki Baby H dalam perut ni jugak, ALLAH permudahkan urusan saya. Takde kata yang dapat saya ungkapkan tentang kesyukuran yang saya rasa sekarang. 

Buat sahabat yang baru saya kenali sepanjang di Putrajaya semasa lapor diri, saya ucapkan good luck & selamat berkhidmat! Buat Syafa, saya doakan awak dapat kembali ke Sarawak secepat mungkin. AMIN.




20 comments:

Mrs NurulAsyraf said...

Tahniah alhamdulillah habis debaran kan..Selamat bertugas.:)

areinazlan.blogspot said...

Alhamdulillah..tahniah humairah..selamat bertugas..n jga kshtan..

sara23 said...

Tahniah humairah..saya pnyr blum sampai surat lg..sabar menanti..

Unknown said...

@nurul : makaseh..huhu..tu la..baru lega rasa hati ni =)
ain : alhamdulillah..insyaAllah jg ksihatan btol2 ni =)
sara : makaseh..mungkin dlm bln ni smpai surat kot..xpe..dh cnfirm dpt;) goodluck sara =)

sara23 said...

trm ksih humairah..insyallah amin..xsbr nk brkhidmat utk negara..hehe

Anonymous said...

sy batch kedua. surat belum sampai lg.tahniah humairah

sara23 said...

assalamuaikum humairah..saya dh dpt surat lpor dri dr SPA dn JPA..Sy lpor dri d putrajya 18/11/14..happy sgt..tp rsau jgk x tau pnenmptan kt mane..hrp2 dpt yg dkt2..klu dpt kt kb lg best blh duk kt kg..tlg doa kn sy ye.. :)

Anonymous said...

Mcm mana nk buat surat tu ye.. just wt surat rasmi n attach skli msa isi borang ke?

Unknown said...

anon : sy just buat surat rasmi biasa & nyatakn sebab2 knpa sya merayu d tmptkn kat tmpt asal..pastu saya serahkn dgn pihak kementerian tmpt sya lapor diri..

Anonymous said...

As Salam...bp lame surat akan sampai ke rumah klu status dah Lantikan Tetap? tgk status dah tukar 14 Jan...p xde surat pon...huhuhuhu...ngah tgu.....

Unknown said...

wsalam..singgah kat sini. sya ada share tarikh2 tukar status & terima surat skali =)
http://meyrahumeyrah.blogspot.com/2014/08/keputusan-temuduga-pembantu-tadbir.html

hidayah said...

Salam kak.. nak tanye.. tmpt bkumpul lapor diri akak di JPM atau JPA? :)

Anonymous said...

tahniah

LAILA said...

salam. tumpang tanya ye, possible tak kalo org yg da kawen dapat penempatan dekat negeri suami kerja? sy dapat pelantikan tp skrg tgh risau takut tak dapat negeri suami kerja skrg. and kalo x dpt penempatan yg kita nak, possible ke nak tolak after dah pergi lapor diri? huhu. dilema sangat sekarang. :(

Unknown said...

assalam laila..possible rasanya tapi kalau by request..pndpt sy, better laila buat 1 surat & poskan kat pihak jpa/kementerian yg melantik laila.dlm surat tu laila request la nk kt mana atas sbb apa, etc..at least diorang tau.kalau x request, diorang xtau nnti..pastu dulu masa lapor diri pn sy bawak lagi surat yg sama ke kementerian.diorang take note & sy dpt keutamaan utk d tmptkn kat tmpt yg sy nk. kbetulan mmg ada 0 kat sini. laila cuba la ya.mana tau nasib baik. lagi 1, bole tolak after lapor diri tapi sayang la kn dh dpt..mcm ada sorg kwn sy dulu dpt kt putrajaya tp dia jumpa lg phk kementerian merayu btol2 nk kt sarawak.akhirnya dpt jgk balik sini..so, better buat secara bertulis..just my 2cents =) good luck n tahniah..

LAILA said...

thank you awak sebab reply. really appreciate your helps. :) nanti sy akan cuba buat surat tu and hantar dekat jabatan tersebut. itulah sy pon rasa syg jugak nak tolak kalo x dpt penempatan yg sy nak. tp, x sanggup nak berpisah dengan suami, lagi2 baru kawen. Suami pon mcm keberatan walaupun dia cakap takpe. huhu. terima kasih sekali lagi ye. doakan saya dapat penempatan kat jb ye. :)

Unknown said...

Assalamualaikum akak. sy dapat pelantikan tetap untuk post W19 dan akan kursus di johor hujung bulan ni.. selalunya lah kan penempatan yang akan diorang bg ni, orang semenanjung akan dapat posting semenanjung dan sebaliknya atau jpa pilih random ye kak?.. kalau tak keberatan akak boleh emel ke sy firsyasyafiqah@gmail.com .. t,kasih akak

Anonymous said...

kalau call utk request tempat lantikan boleh ke kak? akak request tempat kerja by pos ke?

Anonymous said...

hi boleh saya tahu surat rayuan macam mana yg puan tulis ya . saya mengandung anak pertama baru 5 minggu mengalami alahan dan suami dari johor akan posting di perak tempat asal saya . macam mana saya nak buat surat tu ya .

Anonymous said...

hi akak buat surat bertulis yg mcm mna ya . boleh ajar pada saya tak . yayausna@gmail.com . khamis 15/9/22 saya bakal lapor diri di putrajaya tp kalau boleh nk sngt penempatan di perak