Nuffnang Ads

Thursday, 23 October 2014

Gender Baby? BOY or GIRL?

Assalamualaikum.

Selalu baca kat internet orang cakap paling awal dapat check gender masa 18 – 20 weeks of pregnancy. Alahai. Masa tu masih 14 weeks. Lamanya lagi 1 bulan nak tunggu. Hati da tak sabar nak tau dia boy ka girl? Baby 1st ni memang tak kisah boy/girl asalkan dia sihat sempurna cukup sifat. Tapi rasa ingin tau tu memang sangatttt la kuat.

Mula la google sana sini carik info tentang gender baby. Macam-macam ada. Ada yang cakap kalau morning sickness teruk, means yang dalam perut tu baby girl. Saya memang ada morning sickness yang teruk. Bukan morning je. Tapi tiapppp masa. Langsung tak bole makan. Asal makan je muntah. Minum je muntah. Hidu bau je muntah. Tengok gambar makanan pun bole muntah. Sampai berat badan saya turun 5 kilos! Oh my! Dah la petite, turun lagi berat. Nurses & Doctor pun terkejut tengok berat saya yang serupa berat budak sekolah. Ringan sangat! Mula la perasan mengandung baby girl =p Tapi bila ingat balik, 2 years ago my bestfriend pregnant her 2nd child. Memang teruk jugak morning sickness dia. Lebih kurang macam saya. Tapi lagi teruk sebab dia sampai 5 months++ pun muntah lagi. Tapi keluar tengok. EH! Baby BOY! So, cancel percaya yang satu ni. EHEH.

Pastu masa 10 weeks macam tu muka saya meragam. Naik jerawat balik macam before saya kawen dulu. Ha. Mula la lagi perasan mengandung baby girl. Sebab orang cakap kalau ngandung anak perempuan ni, seri mak nya akan hilang. Ye la mana nak berseri lagi, dengah muntah, jerawat lagi bertempek kat muka. Pastu sekarang dah masuk 5 months, eh jerawat da hilang! Muka da ok balik. Konon dah berseri balik la. Sudah! Terus jadi confused lagi boy/girl.

Takpe. Tengok lagi tanda – tanda lain. Tahap kecerewetan! HAHA. Orang kata kalau masa ngandung ni cerewet lebih, maybe baby Girl.OK. Kalau tanya kat family saya, kawan-kawan saya semua teka saya ngandung baby Girl. Sebab sekarang saya SANGAT CEREWET. Sampaikan perfume adik saya pun saya paksa tukar! Dahsyat tak? Sebab tak tahan hidu bau tu =( Syampu, gel rambut husband semua saya complaint. Asyik nak memilih. Yang biasa saya suka pun jadi tak suka. Sampai adik saya stress! HAHA. Sian diorang. Sorry! So, gender baby? Maybe girl.  Katanyaaaa.

Tak puas hati berteka-teki, masa week 15, saya jumpa DR. Toh sebab nak mintak surat pengesahan pregnancy. Sambil tu scan baby la. Nak tengok dia macam mana. EH. Da makin besar! Masa tu cuba tanya DR, da bole tengok gender baby tak? Yela kan baru 15 weeks. Pastu DR cakap, boleh cuba kalau baby behave. Ok. FINE.

DR pun mula cari2 posisi yang sesuai untuk tengok burger/bebird! Pastu sampai kat satu part, dia stop gerakkan benda tu.

DR Toh  : See. Ini dia punya paha. Baby you 100% baby ____________ Confirm.
Saya : Confirm DR??
DR : Ya. Confirmed baby _______________ Tahniah.

Sengeh-sengeh tengok muka husband yang macam blur. His face was like, betol ke? Boleh check lagi tak. Haha. Saya pun macam eh, betol ke tu. Tak awal sangat ke. Haha. Sendiri yang excited nak tanya awal2, sendiri pulak tak yakin bila dapat tau result. Rasa-rasa saya dapat boy/girl? Leave your comments! =) Sama tak ngan yang DR Toh bagi tau. EHE.

2 comments:

orked violet @ SYA said...

tahniahhh dear. Sya doa both u and baby selamat, sehat. Doa kite dapat experience cmni jugak. uhukk

BTW, sya da follow cni. free nnti visit/follow Sya jugak ek~

sya-orked.blogspot.com

Humairah Jimat said...

tq sya..amin.. =) mg sya dpt experience lg best dr ni nanti ;) insyaAllah..

done follow sya.. =p