Nuffnang Ads

Tuesday 28 May 2013

TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA

Assalamualaikum..

Tragedi bot karam berlaku di Belaga pagi tadi selepas 1 jam berlepas dari jeti Belaga. Moga mangsa yang terlibat dapat ditemui segera.AMIN.

Sangat terkejut setelah dengar TV3 cakap 181 terselamat & 23 lagi belum ditemui. Ya Allah. Saya pernah menaiki bot express yang sama menuju ke Belaga beberapa bulan lepas. Muatan nya x sepatutnya lebih daripada 80 penumpang. 181 + 23 = 204??? Speechless.-_-

Beberapa bulan lepas saya pernah ke Belaga menaiki bot ekspress yang sama atas urusan kerja. Bertolak dari Sibu menuju ke Belaga dengan menggunakan bot ekspress memakan masa 9 jam perjalanan. Ya, 9 jam perjalanan melalui sungai termasuk melalui jeram & arus yang deras di kawasan Pelagus. Sepanjang perjalanan hanya Allah yang tahu rasa takut yang saya & rakan sekerja rasa. Pergi kerana tugas & tanggungjawab. Dengan bot ekspress yang penuh, kurang selesa, serta perjalanan yang sangat panjang. Sebaik melalui kawasan jeram, penumpang lebih memilih untuk berdiam. Mungkin banyak yang berdoa memohon perlindungan. Saya menjenguk melalui tingkap melihat keadaan arus. Memang deras. Batu-batu sungai yang sangat besar nampak sangat menakutkan. Tapi kami tiada pilihan. Bot ekspress merupakan jalan mudah untuk sampai ke Belaga. Setiap hari hanya akan ada 1 perjalanan sahaja dari Sibu ke Belaga yang akan bertolak seawal jam 5.45 pagi dengan tambang dari RM 55.00. Kenapa hanya satu??

Membaca & mendengar berita tragedi bot karam tadi buat saya rasa sedih sangat. Akses ke Belaga sangat terhad. Memang dapat pakai jalan darat. Tapi sama bahaya macam lalu sungai. Kalau pakai darat, x ada jalan bertar. Cuma pakai jalan balak, jalan tanah. Jalan yang melalui lereng2 bukit & gaung. Licin, x berlampu & melalui kawasan muka bumi yang berbahaya.

Tolong. Berikan mereka sedikit kemudahan. Ya, saya bukan penduduk Belaga, saya bukan tinggal di Belaga & saya hanya pernah menjejak kaki sekali sahaja di Belaga. Namun pengalaman sekali itu cukup memberikan pengajaran kepada saya tentang betapa sukarnya hidup di sana.

Moga kehidupan penduduk di Belaga akan lebih terbela. Moga mangsa - mangsa akan ditemui segera. AMIN.




Monday 27 May 2013

POS YANG TAK BERAPA NAK LAJU.

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita, 2-3 minggu lepas saya ada order baju dari satu online shop.Da sampai nanti buat review ek..Ok.Baju ni siap last week, jadi online shop ni poskan on 22 Mei 2013 iaitu Rabu lepas. Tapi oleh kerana pos dari semenanjung ke sarawak makan masa 2 hari pakai POS YANG X BERAPA NAK LAJU TU, & kena pulak 24 Mei 2013 (Jumaat) adalah cuti labour day, maka, barang saya tadi bercuti & bermalam jugaklah dekat ofis tu..

Saya cek tracking number, barang memang da sampai Sibu pun on 23 Mei (Khamis). Xtau la napa x deliver jugak.Maybe barang baru sampai Sibu masa tu. Jadi saya expect memang barang tu akan dihantar on Monday, means TODAY 27 Mei. Dari pagi tadi saya cek tracking number tengok2 pukul 10.25 da attempting delivery..

So, saya memang confident la akan received parcel by today. Tunggu punya tunggu sampai pukul 5.30 x nampak jugak batang hidung cik abang pos x brapa laju tu.Saya rasa kureng berpuas hati da tunggu seharian kat pejabat tapi barang x sampai jugak. Sampai je kat umah tadi pukul 6.15 camtu saya cek balik tracking number dan kat situ cakap.............................

UNABLE TO DELIVER THE ITEM DUE TO ADDRESSEE REQUESTED LATER DELIVERY

TIDAK DAPAT MENGHANTAR BARANGAN TERSEBUT KERANA PENERIMA MEMINTA PENGHANTARAN KEMUDIAN.

 *Click 

Bila masa pulak saya request penghantaran kemudiannn????OMG.Sangat menguji kesabaran.Dari 22 Mei saya tunggu parcel sampai. On 27 Mei diorang bole cakap saya request penghantaran kemudian sedangkan saya tunggu sepanjang hari kat pejabat xde pun muka Cik Abang Pos X Berapa Laju ni muncul!Hope esok diorang akan hantar barang tu. *GRRRRRRRRR





Sunday 19 May 2013

ONLINE SHOPPING.

Online shopping Malaysia.


Assalamualaikum.

Online shopping adalah salah satu daripada aktiviti yang sukar untuk saya bendung.eheh.Logik la kan perempuan memang suka shopping.Apatah lagi dihujung jari.hwahwa.^_^
Duduk rehat, taip2, klik2, tadaaaaa...da dapat baju.Sapa x nak?huhu.Mula pandai shopping online ni tahun 2009.Masa mula2 kerja & pgang duit sendiri(walaupun gaji ciput sedut). Start tahun 2009, antara kedai2 online yang da pernah singgah :

Baju2 kat sini memang superbbb, lain & sangat menggoda.~.~hew.x caya? tengok ni


Baju kawen pun ada! Kacak eh!huhu.
Masa tunang hari tu pun saya pakai baju dari minaz..Baju ni=)



Selain daripada minaz, saya suka jugak beli dekat Butik Sue & Ija Aziz.Sebab harga sangat berpatutan & servis pun sangat cepat & bagus!=) Baju ni saya beli tahun lepas. Yang warna hitam oren beli kat Butik Sue, sepasang RM 60 sahaja.. Yang merah beli dekat Ija Aziz, sepasang RM 89.Murah kan??


Kalau nak tempah peplum pulak, bole la cuba kat Gojes ShoPp. Saya da tempah sepasang warna mustard + dark purple. Jahitan memang ok & selesa pakai.Cuma hari tu dapat lambat sikit sebab tempahan banyak kat situ.huhu.So, kena sabar tunggu kalau nak beli.. Kalau minat nak tempah, bole la survei dekat Gojes ShoPp ek..=) Kat cni pun ada buat custome made maxi skirt..Bole bagi ukuran waist & labuh kain..Best kan??


Bab baju2 biasa & seluar pulak saya suka beli dekat Lyn's Fashion Boutique. Kat sini memang banyakkk choice & harga pun berpatutan..Kat sini ada jual long pants skinny yg colorful & sgt murah! Semua item pre order tapi memang berbaloi tunggu;)

Skinny pants RM 39 sahaja!Macam-macam warna & saiz bole pilih kat sini :





Antara baju yang menjadi pilihan hati^_^ RM29/pcs. Berbaloi x??huhu..Bole rambang mata kalau tengok.

Jadi..kalau berminat bole la survei sekarang!Review ni ikhlas dari hati berdasarkan pengalaman membeli di kedai2 tersebut ek. Setakat ni memang puas hati. Ada rezeki lebih nanti saya datang lagi!^_^heheh. Till then, selamat membeli=)


RESEPI POTATO CROQUETTES


ASSALAMUALAIKUM=)

Jumaat lepas menggoogle puas2 carik resepi yang bole bukak selera. Terjumpa resepi potato croquettes..Tengok gambar & bahan untuk buat macam sedap..So, beli bahan-bahan suma & balik keja terus cuba buat. 

Bahan-bahan :
3 biji kentang
3 keping daging burger / 150 gram daging kisar
Sedikit daun bawang &daun sup
Sebiji bawang besar
Sedikit tepung gandum
Sebiji telur
Breadcrumb
Garam secukup rasa
Lada secukup rasa

Cara membuatnya mudah saja..

1) Bersihkan kentang & rebus sehingga betul-betul masak & lembut.

2) Kupas kulit kentang yang da masak tadi & lenyekkan.

3) Lepas tu, lenyekkan pulak daging burger tadi.





4) Bawang besar, daun bawang & daun sup dihiris kecik2 macam ni.



5) Tumiskan bawang besar hingga kekuningan & masukkan daging, daun sup & daun bawang tadi. Tambahkan garam & lada secukup rasa. Tumis hingga daging benar benar masak.


6) Daging yang dah di masak tadi, di masukkan ke dalam mangkuk kentang yang dah di lecek. Gaul hingga rata.


7) Adunan yang dah digaul rata tadi bole la mula dibentuk.Bentuk apa pun boleee..Saya buat bulat2 sebab nak cepat & mudah.heheh.


8) Da bentuk jadi bebola tu, guling2 kan kat tepung gandum sampai pening eh rata. Da macam biskut kan?

9) Lepas tu, celupkan kat dalam telur yang da di pukul, then terus gulingkan pulak kat dalam breadcrumb.




Maaf gambar yang da dibalut breadcrumb xde sebab excited nak makan da.Terus goreng!he. Hasilnya macam ni..Gambar ni pun diambil lepas da makan beberapa ketul.haha. Hasil adunan tadi memang agak banyak, jadi yang lebih bole la simpan dalam freezer & bole goreng bila nak makan.Memang sedap. 
Selamat mencuba!=)










Saturday 18 May 2013

BRUNO MARS

'WHEN I WAS YOUR MAN'

Love love love this song.Do appreciate someone before they walked away.



Wednesday 15 May 2013

BLOGLIST JUNE-SEPT 2013 BY KAK NURUL

Assalamualaikum..


Jom join BLOGLIST JUN-SEPT 2013 anjuran Kak Nurul. =)

Syarat-syarat nya :

1) Follow blog kak Nurul kat cni  MY LOVELY FAMILY BLOG
2) Tinggalkan komen dekat entry Kak Nurul ni : BLOGLIST JUN-SEPT 2013
Atau
3)Siapa yg rajin macam saya  buat entry, copy & paste banner kat atas & tinggalkan link diruangan komen kat entry yang sama : BLOGLIST JUN-SEPT 2013
4) Tarikh tutup : 31 MEI 2013

=)

Tuesday 14 May 2013

TAKUT KUCING / AILUROPHOBIA

Assalamualaikum..



Antara haiwan yang saya takut dari kecik sampai ke besar adalah kucing.Ya, saya ailurophobia. Saya tau ramai yang x paham kenapa ada manusia yang takut dengan kucing. But believe me, rasa takut saya dengan kucing sama rasa macam orang yang takut dengan ular, lipas, cicak, ataupun mana2 haiwan yang lain. Tolong jangan ketawa/rasa bebual(menyampah=p)Orang yang takut kucing xda pun nak protes orang yang takut ulat?ulat kan kecik.eheh.Ini contoh sahaja.=)



Banyak da kejadian yang memalukan jadi kat saya sebab takut kucing ni. Terutama kat tempat makan.Ya la kucing kan slalu jalan2 dkat kedai2 makan.Masa dekat politeknik dulu penah jerit sampai gema 1 kafe tu sbb kucing terlanggar kaki saya kat meja makan. 1 dewan toleh=( malu yang amat.Tapi x bole buat apa, sbb memang takut sgt..Tuhan je tau rasa kita yang ailurophobia ni. Sebab tu la sekarang kalau pegi makan dkat kedai yang ada kucing, memang kaki ni x penah kat bawah. Selalunya, saya akan dok bersila kat atas krusi=( Salah satu cara nak elakkan kucing. Kalau x buat camtu, bila kucing langgar/jalan/lalu/menari kat kaki saya, saya akan jerit/terlompat dan lain-lain. Jadi, ada baiknya saya sedar diri awal2 & letak kaki atas krusi=)eheh.

Mungkin bagi sesetengah orang anggap perkara ni lucu. Tapi bagi saya this is real & damn serious man!Masa makan kat tempat yang ada kucing, saya selalunya beware & sentiasa alert kat mana kucing tu berada.Macam spy pun ada. 

Tapi..walaupun saya seorang yang takutkan kucing, saya x penah nak buat jahat dekat kucing.Macam nak sepak ke, pukul pakai penyapu ke.Saya lebih rela larikan diri dari kucing tu. Mungkin da banyak kucing kucing yang tertawakan saya sekarang.xpa.Saya tau saya pengecut bila berdepan dengan kucing. 

Cuma satu yang saya x paham. Kalau saya g makan dengan kawan2 lain, kucing2 ni selalunya lebih cenderung nak pergi jalan2 dekat saya.knapa ek? Adakah kucing suka dekat2 dengan orang yang takut dengan nya?Saya pun xtau. Secomel mana pun kucing tu, saya tetap x dpt ajar diri untuk cuba x takut kucing apatah lagi memegang kucing tu-__- Maaf ya, saya tau awak comel, tapi meremang bulu roma 1 badan ni bila terlanggar dengan kucing.huhu.Ada x yang takut kucing macam saya?Angkat tangan <(^-^)>

Friday 10 May 2013

"Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A"

Salam..Jom join Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A
Untuk info lebih lanjut klik kat cni ek :
http://yayaonly.blogspot.com/2013/05/segmen-tingkatkan-follower-ke-xxxxx-by.html


Memandangkan saya masih sgt2 baru dalam dunia blog, saya rasa dgn adanya segmen mcm ni mmg sgt membantu..I haven't have any follower masa ni.kesian kn?huhu.xpe.skrg pn really enjoy reading other's blog.hope dgn join segmen ni bole jmpa mcm2, bnyk2 lagi blog yg best!=)Jangan lupa join segmen ni!

TUNANG & DIY HANTARAN

Engagement on 10 februari 2013, Ahad =)

Halfmoon sakura by Sakura shawl
Mini Kurung Qalisha Chiffony Rose by Minaz Boutique Studio


Sgt2 suka halfmoon & baju tu.da simpan baek2 dlm almari.raya nnti bru pkai lg..he.


Sebelum majlis mmg pnat sgt2..sbb hantaran smua buat sendiri termasuk hantaran dr pihak lelaki..en.tunang bagi semua brg utk hantaran & mntk tlg sya buat skali sbb diorang dtg dr jaohh..ssh nk bawak pkai kereta..5 jam perjalanan..huhu..nanti kalau bawak dr sana, habis rosak suma hantaran..jadi, ambik kptsn 2 2 pihak sya tlg buatkan skali kat cni..

Hantaran 7 berbalas 9 dulang..Untuk pihak lelaki, sya pakai bakul rotan yg Cikgu Edmund Pawie buatkan.Tq so much! suma bakul2 sgt cantek!!klu ada yg berminat nak tempah, bole la pm kat fb ni ek..https://www.facebook.com/edmund.pawie?fref=ts
Tema warna untuk pihak lelaki sya buat warna purple..pkai bunga tipu je, x larat nk pkai fresh flower.heheh.main letak2 je brg kat dlm bakul, pastu cucuk2 bunga, balutkan pemegang bakul pakai riben blink2..pastu, tadaaa!!jadi mcm ni.. gmbr 1 1 brg x complete..

Towel

Sejadah

Kemeja & Kain Pelikat

Barang lain ; Quran, Perfume, Kain Pasang, Kek&Coklat, Kasut. Suma bakul dari Cikgu Edmund Pawie.


Dari pihak lelaki plk warna oren!7 dulang dari pihak lelaki.


Kain Pasang

Telekung (Gubah sendiri; wink2*_~)

Duit Buka Mulut & Kain Batik

Al Quran Kecik(Sponsored)

Al Quran ada 2, 1 lg sponsored by Makcik!TQ.

Wedges

Duit Tanda Tunang, Watikah Pertunangan & Cincin

Majlis kecik2 saja..jemput keluarga terdekat & kwn rapat sahaja..=)

Dari kiri Mak, FMIL, En.Tunang, Me, FFIL, Bapak.

Maksu

Makngah (Bunga tangan DIY sendiri.heheh)

Myza, Lyn, Me, Embok, Kakak Embok & Mar

FMIL


Lyn, Pika, Embok, Ieyja, Me, Miza, Mar 
Ieyja & Me


Sesi menyarung cincin.Neves+blushing!


Da abis..TQ suma yg hadir..Maaf utk sgala kekurangan terutama bab catering yg lewat dtg sbb banjir..TQ sbb sbr menunggu..=) ALHAMDULILLAH da selesai..TQVM..