Nuffnang Ads

Friday 26 June 2015

STOP JUDGING

Assalamualaikum.

Sorry post kali ni quite emotional. 

Pernah tak korang buat sesuatu keputusan tapi orang lain yang sibuk judge or ambik tahu keputusan korang buat tu betul atau salah?

Sedangkan keputusan yang korang ambik tak beri kesan pun kat dia. 

Pernah tak jumpa orang yang sampai macam ni.
1. Korang bagi reason kenapa pilih macam tu.
2. Dia argue jugak & dengan yakinnya cakap yang keputusan korang pilih tu salah & nanti korang akan hidup susah sebab pilihan tu.

Well hello. Rezeki dari Allah. Setiap keputusan yang someone buat pastinya ada pro's & con's. It's everyone's right to choose. Please stop argue on others decisions. Especially kalau berkaitan hal peribadi, rumahtangga, etc. 

It's her family. Not yours. Saya sangat setuju dengan quote ni.


Yes. So true. Real friends akan faham sendiri keputusan yang kita pilih TANPA mempersoalkan.
Memang betul kita boleh bagi nasihat or pandangan. Yes, that's it. Jadi kalau orang dah pilih stop questioning. Jangan sampai mempersoalkan itu ini. Tuan badan lebih tahu. Tuan badan yang merasa. Siapa kita nak mempersoalkan? Everything works differently for different people.


Hormat keputusan orang lain, orang hormat keputusan kita.
Cukup dengan mendoakan yang terbaik. Jangan sampai menguasai keputusan hidup seseorang.

Thank you. 




Thursday 18 June 2015

PETPET HAPPY COMFORT CONTEST

Assalamualaikum..

Dah dengar tentang contest ni tak? Husna join awal bulan hari tu. Eh. Masih open lagi tau. So sapa yang ada baby / anak sampai umur 4 tahun boleh la join sekali.

Nak tau detail contest ni boleh jenguk page diorang PETPET MALAYSIA


Ni gambar yang saya hantar. Tolong vote untuk Husna boleh? ^_^ 


Doakan Husna ada rezeki menang ye. Amin.. Jom join sekali!

Thank you =)

HUSNA'S PROGRESS 1-3 MONTHS OLD

Assalamualaikum..

Hari ni Husna dah 100++ days. Haha. Tak kira. Yang pastinya dah 3 bulan lebih. Sebelum puasa hari tu selalu doa mintak-mintak Husna behave. Sebab......

1st & 2nd month, boleh dikatakan agak mencabar jaga Husna..1st week after lahir, she's still very weak. She didn't cry a lot. Buat bunyi sikit je macam ek. Then diam. Movement dia pun very slow. So mak saya pun cakap, tu beza baby boy & girl. Sebab before ni kak long saya dapat baby boy. Very active! Since day 1! But Husna pulak very soft, lemah lembut. Nak pandang kiri kanan pun with a very slow movement. Ini masa 1st week.

Day 4. Dok diam je.


But then when she turned 2 weeks, she started to show what she got actually. Husna ada masalah kerap muntah susu sejak lahir. Tapi masa 1st week dia tak nangis pun. Tapi... masa masuk minggu kedua, dia mula nangis dengan kuat! Dapat bayangkan bunyi macam siren? That's the way she cried -_-
Sampai kitorang panik takut dia rasa sakit ke apa. 

2 weeks. Tengok muka tunjuk belang.

Lepas tu, she didn't sleep at night for a month! Yup. Dia tido di siang hari tapi akan bangun dari 9 pm sampai 5 am. Hahaha. Dia takkan tido & merengek sepanjang malam sebab dia selalu muntah susu, jadi maybe lapar, so dia akan nangis. -_- Lagi satu dia ikut sikap pemarah & tak sabar ibunya ni =( Kalau lambat bagi susu, dia akan merajuk, marah, menangis lama-lama sampai la puas hati, baru dia nak hisap balik. Ha. Hebat tak? ( Sekarang dah insaf nanti kalau ngandung ibu pun kena behave, tak nak kuat merajuk, marah-marah lagi)

1 months. Siang macam ni la. Tido. Like a boss.Haha

1 months. Ha ni muka malam. Hayun berapa lama pun mata tetap macam tu.


Attitude tu berlarutan la sampai minggu ke enam. Wah. Baru 6 minggu tapi rasa macam lama sangat. Haha. Ibumu tercabar Husna.

Alhamdulillah bila masuk 2 bulan ++ macam tu, dia macam dah pandai communicate sikit. Kalau marah & nangis pun takde dah sambil tutup mata tak layan orang pujuk. Masa ni nangis sambil buat muka sambil mata raih simpati. Nak marah pun tak jadi bila tengok muka macam tu. Dia dah boleh di umpan dengan barang-barang. Especially by her so called BFF, bantal polkadot dia. Dia akan senyum-senyum bila tengok bantal tu. Cantik sangat kot.


6 minggu. Dah pandai tengok orang lain.



Dah pandai buat muka eksyen.


Sekarang dah 3 bulan ++, dia betul-betul dah behave.Alhamdulillah.. Lega sangat sebab start 3 bulan dah kena hantar kat babysitter. Cuti dah habis pun. Dia muntah susu pun dah jarang, nangis just masa mintak susu. Pastu paling suka mandi! Bukak je baju, dia tahu dah nak mandi. Lebar la senyuman dia. Dahtu dah mula terjerit-jerit. Bercakap la bagi dia ^_^


Ambik gambar suka tengok camera


Dah pandai Nangis sambil mintak kesian




Pandai selfie dah =p



 DAN yang paling best, siang bangun, main-main tengok tv & malam pukul 8 malam macam ni la sampai pagi... Alhamdulillah.. Tu je. Husna belum pandai meniarap tapi dah cuba senget-senget kan badan. Its ok sayang! Chaiyok! 

Till then. Selamat berpuasa =)



Tuesday 16 June 2015

ZALIA TOP LACE MAXI DRESS FOR SALE

ASSALAMUALAIKUM

Dengan dukacita nya nak let go dress ni sebab besar sangat untuk saya. Biasa pakai XS, TAPI sebab suka sangat baju ni beli jugak saiz S. Masa tu XS da habis. Malangnya saiz S wayyy to big untuk saya. 

Nak let go murah sikit. Saya beli kat Zalora last week.Kat situ RM 155. Cuba pakai sekali sahaja untuk cek muat atau tak. Pastu memang tak pakai dah. Masih ada label/tag kat baju.

HARGA JUAL : RM 150 INCLUDE POS
Kalau ambik by hand will reduce price. Saya dari Sibu sarawak.

WARNA : NAVY WITH SILVER LACE TOP
Baju ni memang sangat cantek! Sayangnya saya kecik sangat =(
DETAIL SIZE S :
Sleeve Length 43.2cm x Bust circumference 89cm x Waist circumference 73.6cm x Hip circumference 132cm x Hem circumference 279.4cm x Length 149.9cm




So kalau ada yang berminat please emel kat saya mini_meyrah87@yahoo.com
Thank you =)