Nuffnang Ads

Monday 30 June 2014

REVIEW : MENU SINGAPORE CHICKEN RICE

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dah 2 hari puasa & masuk hari ke 3.. Tak terasa pun kan? Bulan puasa macam ni kalau balik kerja lewat, selalunya makan luar la kan. Kadang nak masak tak sempat. Apatah lagi kat Sarawak waktu berbuka awal. Hari kedua ni 6.46 dah berbuka =) Jadi masa untuk masak balik dari kerja memang terhad. Selalunya family saya prefer makan kat Singapore Chicken Rice. Dah pernah cerita tentang restoran ni kat sini SCR. Tapi cerita tentang favourite menu saya jer =p

Banyak lagi menu lain yang diorang ada. Memang sesuai untuk selera masing-masing. Sebab masakan melayu ada, western ada, makanan yang ringan-ringan ada, yang berat of course ada jugak! Kiranya memang sesuai untuk family la. Ya la kan dalam family ni tak semua seleranya sama =) Meh tengok menu-menu yang diorang sediakan ;)



Ni kira signature dish diorang la. Chicken Rice. Ada steamed & roasted.

Selain dari Chicken Rice, ada Chicken Fillet Rice, Roasted Black Pepper Chicken Rice, SCR Fried Rice, Blackpepper Fish/Chicken Rice. 

Ha. Rambang mata kan??



Ginger Chicken/Fish Rice, Sweet&Sour Chicken/Fish Rice, Baby Kailan Seafood Rice. See? Banyakkk.

Kalau tak nak makan nasi, noodles pun banyak choice!

Ha. Kalau tekak suka western food, boleh try ni..

Menggoda kan? Portion makanan dia semua besar-besar. Memang terlebih kenyang bila makan sini ;)

Nak yang ringan-ringan pun ada. Sandwich macam-macam filling. Fries, nugget.

Ni sedap tau. Very crunchy! Oh ya, tiap meja ada button merah tu. Kalau nak apa-apa just tekan then waiter akan datang =) Mudah kan? Tak perlu nak panggil-panggil adik kakak =p

Nyum - Nyum!


Ni menu wajib en.suami Steamed Chicken Rice + Baby kailan in oyster sauce. Takde gambar pulak sayur.

Ni memang ada kat setiap meja, kicap masin + halia +cili+limau. Memang kaw-kaw tuk makan ngan nasik ayam tu.


Favourite saya kat sini? Dah g tau hari tu. Asal datang sini asyik-asyik makan tu je. Ya, saya memang jenis macam ni. Sanggup makan benda yang sama berturut-turut kalau dah suka sampai satu tahap saya dah bosan baru tukar menu lain. Haha. Waiter sini tak payah tanya la saya nak makan apa. Memang setia pada yang satu =p Chicken Chop With Blackpepper Sauce! 

Ok. Recycle gambar. haha. Oh my. Dah rasa nak makan lagi bila tengok gambar.

Ok. Korang kalau datang jalan-jalan ke Sarawak, please-please singgah kat SCR ye. Menu banyak pilihan, pastu servis pun cepat tau. Takkan menyesal =p

Till then. Selamat Berpuasa =)


Saturday 28 June 2014

CABARAN RASA KUAH TUMIX! TELUR MASAK MERAH

Assalamualaikum..

Hujung minggu macam ni berkesempatan la jugak nak buat kerja-kerja rumah. En. suami kerja sabtu ni. So saya dok sorang kat rumah buat la apa yang patut. Da settle kemas-kemas kita mula masak pulak. Hari ni masak telur masak merah. En.suami yang request. Hari tu masak ikan kembung pun masak merah. Then dia cakap hari nak makan telur pulak buat sama macam ikan hari tu. Jadi ni la peluang nak test masakan dengan Tumix Penambah Rasa Kuah =)

Petang Jumaat received sampel. Ada 3 pek. Dah bersemangat nak cuba masak guna tu bila balik rumah. Tapi en.suami ajak makan luar pulak. Kita on jer. Lagipun semalam banyak kerja kat ofis, penat. Hari ni takde buat apa, jadi jom masak!

Bahan - bahan :


1 sudu kecil TUMIX Penambah Rasa Kuah
*3 biji bawang besar (kisar halus)
* 2 ulas bawang putih (kisar halus)
* 4 biji bawang merah (2 biji kisar halus, 2 biji hiris nipis2)
* Cili padi / apa-apa cili yang pedas! Saya guna cabik hantu orang Sarawak sebut =) Pun kisar sekali.
Sedikit garam & gula sesedap rasa.
Sos cili 8 sudu besar.
Telur rebus saya guna 7 bijik. Terpulang nak banyak mana ;)

Cara-caranya :


1.Rebus telur & kupas.
2.Guna kuali yang berasingan. Panaskan minyak secukupnya.
3.Bila minyak dah cukup panas, masukkan hirisan bawang merah. Kacau & tunggu sampai kekuningan.
4.Masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar halus. Kacau & tunggu hingga pecah minyak.
5.Masukkan TUMIX Penambah rasa kuah.
6.Masukkan garam & gula secukup rasa. (Adjust la yer)
7.Masukkan sos cili. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan air sedikit demi sedikit kalau kering sangat.
8.Bila kuah dah mendidih, boleh la masukkan telur yang dah direbus & dikupas tadi. Biarkan mendidih bersama kuah. Dah siap!!!


He. Sorry saya takde seni nak hiaskan masakan. Ni la yang paling cantik saya boleh buat. Haha. Saya dah sempat  rasa sikit kuahnya tadi. Waaaa.. Sedap! Haha. Ok. Puji masakan sendiri. En.suami belum balik, so terpaksa guna pujian sendiri dulu =p Apa yang saya perasan lepas masukkan Penambah Rasa Kuah tadi, kuahnya jadi lebih pekat tau! Haa.. Rasa pun lebih sedap! Siapa yang belum cuba tu cepat gi dapatkan sampel percuma ni! Cara dapatkan sampel baca sini : Nak Menang RM100,000.00? 

*Tengah carik idea + model nak ambik gambar masakan ni untuk hantar penyertaan. Balik la cepat en.suami. Takde orang yang tolong ambik gambar =( hek hek. 

CPUV JUN.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Murah sikit rezeki bulan Jun ni. Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kan kan kan?
3 melekat bulan ni. TQ En. Nuffnang sebab murah hati bagi melekat jugak kali ni. Kasi lekat lama-lama ya =) 

* Klik gambar untuk lebih info =)

 Ikea Sale
* Ok! Ni confirm korang suka kan? Ikea sale bermula hari ni 28 June hingga 6 Julai! So, g terjah Ikea sekarang! Kat tempat kita takde Ikea. Bukak sini please en. Ikea =p. Klik kat gambar kalau nak tengok detail sale ye.


Pastu yang sama singgah sini CPUV UMobile Prepaid Free Meal & Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurants =) Hope lekat lama-lama ye. Kita tak kisah lama - lama =p Kalau nampak menari-nari iklan ni kasi tolong ye. Harap rezeki bulan Julai meriah lagi. Tq Nuffnang! =)

Friday 27 June 2014

Nak menang RM 100, 000.00 ??

Assalamualaikum..

Dah dengar pasal ni contest Cabaran Rasa Kuah Tumix? Kalau belum meh singgah sini untuk dapat info lebih Tumix Malaysia. Rasa tertarik nak join sebab hadiahnya memang lumayan. Cara join pulak boleh dikatakan mudah. 

1. Singgah kat website Tumix Malaysia
2. Baca How to win untuk tau syarat-syaratnya.
3. Isi borang Sampel percuma.
4. Tunggu sampel sampai.
5. Masak apa-apa masakan berkuah dengan Tumix Penambah Rasa Kuah.


6. Ambil gambar muka WOW bersama pek Tumix Penambah Rasa Kuah & masakan tadi.
7. Komen bertulis dalam 10 patah perkataan / kurang tentang Tumix Penambah Rasa Kuah.
8. Hantar Penyertaan tadi sebelum tarikh tutup 20 Julai 2014.
9. Simpan sampel percuma yang korang dapat tu sebagai bukti penyertaan.

Saya dah dapat sampel percuma petang tadi. Jom sama-sama join! Good luck! 


* Tengah fikir nak masak apa @_@

Till then! Thank you sudi singgah =) Datang lagi.

Wednesday 25 June 2014

TEMUDUGA SPA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur dapat panggilan temuduga. Lepas kahwin ni nampaknya murah rezeki dapat panggilan temuduga. 1st dapat temuduga SPA bulan April hari tu. 10 hari lepas kahwin tau. He. Masih merah lagi jari. Masa tu dipanggil untuk temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S17. Result da keluar pun. Tapi hampa sikit. Sikit. Tak banyak sebab jadi simpanan lantikan. Ada sapa-sapa tau lebih detail tak tentang status ni?


Ni keputusan yang saya dapat hari tu. Hopefully nanti akan tukar ke lantikan tetap. Amin.

Sebulan pastu terima SMS dari SPA cakap ada temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi pulak on 18 June. Alhamdulillah dah lalui pon last week. Sekarang tunggu keputusan dapat ke tak. Nak tau soalan temuduga ni? Singgah sini SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR P/O. Untuk temuduga ni belum keluar keputusan lagi. Kalau tak silap hujung bulan Julai nanti baru dapat result. Harap kali ni dapat result Lantikan Tetap =p Amin..



Petang tadi kat office bosan takde kerja nak buat, so saya bukak SPA. Memang macam ni la kalau belum dapat kerja tetap. Asyik-asyik bukak web tu. Haha. Tengok-tengok eh, macam ada update baru.
Tadaa!

Alhamdulillah. Kali ni dipanggil untuk temuduga Pembantu Tadbir Kewangan pulak.. 10 Julai nanti. Tak lama lagi. Berdebar dah ni. Ada yang pernah temuduga PT W17 ni tak? Apa jugak soalan yang panel tanya ye? Help me! Harap dapat buat yang terbaik kali ni. & harap dapat salah satu dari 3 temuduga ni. Amin..

Masih mengharap panggilan untuk ni pulak.


Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan kami. Kau murahkan lah rezeki kami.

Thank you for reading =)






Tuesday 24 June 2014

VIEW MORE?

Assalamualaikum.

Bukak blog siang tadi tengok kat dashboard ada satu entry saja dari semua blog yang saya follow. Mulanya ingatkan line kat office yang tak ok. Tapi ni kat rumah pun masih tak appear entry-entry lain. Klik view more pun macam takde effect. Masih satu entry jugak yang nampak. Ada tak yang lain ada masalah ni jugak? Kita tak dapat nak tengok entry korang =( 

Drop komen ye kalau korang pun nampak benda yang sama. Takut blog saya je masalah cam ni. Risau pulak.

*pstt. Tak lama lagi puasa. Azam tahun ni nak masak, tak nak g bazar ramadhan melainkan ada yang mengidam =p

Monday 23 June 2014

DEMAM & CPUV NUFFNANG

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekian lama blogging melekat jugak CPUV kali kedua. Kali ni yang melekat Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant.


Masih 0 lagi. HAHA. En. Nuffnang kasi lekat lama-lama ye kali ni =) Kalau ada nampak iklan ni menari kat blog kita, sedekah ye ;)

Actually masuk hari ni da 3 hari saya & en.suami demam =( Doakan kita cepat sembuh ya. Cuaca sangat - sangat panas kat sini. Mungkin sebab tu mudah demam. En.suami macam da ok sikit sebab makan ubat. Saya pulak masih panas badan. Tak dapat makan panadol/paracetamol sebab saya alergik. Kalau makan muka saya jadi kembang =( Hm.. Ada petua tak nak kurangkan panas badan tanpa makan ubat? 

Wednesday 18 June 2014

SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR (P/O)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Dah temuduga pagi tadi. Masuk jadi orang nombor 3. Sempat nervous pulak menunggu. Sebab tu saya lebih suka jadi orang 1st kalau pergi interview. Tapi tadi dah ada yang datang lebih awal. Huhu. Ok. Last 2 weeks dapat surat panggilan temuduga Pembantu Tadbir N17 (Perkeranian/Operasi) Alhamdulillah. Siapa yang belum dapat kerja tetap mesti rasa excited sangat bila dipanggil. Yela. Susah sangat nak dapat kerja sekarang.

So, ni nak share apa antara soalan yang interviewer tu tanya tadi. Hope bole tolong yang ada temuduga akan datang =)


1. Macam biasa diorang suruh perkenalkan diri ; selalunya saya mestila bagi NAMA PENUH, umur, asal dari mana, study kat mana, kelulusan apa, pernah bekerja kat mana & kalau sedang berkhidmat, g tau la kat mana =)

2. Soalan kedua salah sorang panel tu, tahu tak apa NKRA?Pernah dengar tak?
* Sila google ya. Saya tak dapat jawab ni tadi -_- Tak expect diorang akan tanya NKRA.

3. Tahu tak tugas pembantu tadbir? Apa diorang buat kat office?
* Menyediakan surat /dokumen rasmi
* Kerja-kerja filing
* Rekod surat masuk/keluar
* Rekod cuti staf pejabat
* Kerja pengurusetiaan ; meeting/ temuduga dll.

4. Kenapa nak kerja Pembantu Tadbir N17? Takde kaitan pun ngan bidang yang awak study dulu?
*Ni jawab ikut ikhlas hati korang la kan?hehe.

5. Kalau ditempatkan di Semenanjung sanggup tak? (Saya Sarawakian =) Baru je kawen sanggup ke jauh dari suami?
* Ni pun jawab ikut korang la ye.

6. Apa tugas awak sekarang? Skop kerja awak. Ceritakan sikit.
* Depends korang punya kerja.

7. Apa jugak bantuan kerajaan bagi dengan rakyat. Yang berkaitan ngan 1 Malaysia
* Klinik 1 Malaysia
* Baucer buku
* Bantuan rakyat 1 Malaysia ; Ni dia tanya satu-satu tau amount bantuan tu kalau bujang berapa, etc.
* Bole google ada lagi yang lain. Tayar teksi ke apa namanya tu.he. Pun 1 Malaysia. =)

8. Ada mintak kerja yang berkaitan dengan bidang yang awak study?
* Pandai-pandai la jawab ye.hehe. Kalau saya memang la ada, cuma rezeki ke situ belum sampai =)

Ok. Tu la antara soalan yang panel tu tanya, tapi kebanyakan soalan tentang tugas saya sekarang. Rasanya dalam 80% soalan berkaitan dengan bidang tugas saya yang sekarang ni. Tak tau ada peluang dapat ke tak. Interviewer macam push saya tunggu mana tau ada rezeki dapat pen.jurutera katanya -_- . InsyaAllah. So, da lepas interview, tunggu je la. Kalau dah rezeki tak ke mana. Hopefully melekat kali ni. Amin.. Bagi yang bakal interview, boleh cuba carik maklumat tu. Mana tau dapat soalan yang sama kan? Good luck! Mudahan di murahkan rezeki kita. Amin =)



Tuesday 17 June 2014

DOAKAN SAYA

Assalamualaikum.

Short update je malam ni. Memang sangat busy lately. Penat. But happy. =) 
Esok 18 Jun, saya ada temuduga Pembantu Tadbir under SPA. Wish me good luck. Sangat perlukan kerja tetap. Ya la, kerja sekarang pun masih kontrak & tak tau status masih sambung ke tidak=( So saya harap ada rezeki untuk temuduga kali ni. Tak kisah la bukan bidang yang saya study dulu. Yang penting bertaraf tetap.

Doakan saya ada rezeki. Dipermudahkan urusan temuduga esok. Yep?? Amin.

Update blog sambil baca nota sikit-sikit. Korang selalu buat nota cam ni tak? Haha. Dah lusuh kertas nota. Bukan lusuh sebab selalu ulangkaji. Tapi sebab simpan dalam beg lama sangat. Bacanya tidak.haha. Ok la. Nak sambung baca note jap. Doakan esok saya dapat jawab temuduga dengan baik ye? AMIN =)

Thanks for reading!

Sunday 8 June 2014

MY WEDDING HENNA

Assalamualaikum..

Dah 2 bulan lebih kahwin baru nak review inai di jari. =p Sebenarnya inai ni last minit saya booked.. Sebab mulanya ingat nak buat hujung jari je & nak suruh adik ipar sendiri buatkan.. Tapi gatal pulak jalan-jalan dalam online ni tengok design-design inai. And gatal jugak mintak quotation ngan certain tukang inai kat area Sibu ni. Heheh. Katanya nak buat sendiri tapi macam tergoda jugak tengok design yang cantik-cantik. Dah puas mintak quotation ada yang cas RM200, RM150, & last sekali usha kat Nass Henna Sibu. Saya bagi 1 gambar design yang saya nak & tanya berapa dia cas. & guess what! Dia cas RM100 only termasuk inaikan jari pengantin lelaki. I was like, waaa.. Macam berbaloi je. 

Terus niat asal nak buat inai sendiri tadi jadi goyah. Haha. Mula la pantun kat en.tunang masa tu. Dia cakap ok la kalau memang nak buat corak book la kat dia.. Sebab kalau nak lukis-lukis adik dia tak reti buat. Saya pun apa lagi terus whatsapp empunya badan, bagi tarikh nak buat inai.. Mulanya saya request design ni :

sumber : google

Tapi bila malam nak berinai tu, Cik Nass tunjukkan jugak design-design lain yang dia pernah buat sebelum ni.. Paling mahal RM150.. Saya tengok yang RM100 je. heheh. Terbekenan pulakkk. Terus cancel yang design asal tadi. He. Punya la penat rupanya kerja berinai ni. Tak nak buat lagiiiii! Haha. Dengan terpaksa dok diam berjam-jam. Sangat mencabar ok! Bagi saya yang tak reti dok diam ni. Memang penat menunggu. Penat dudok sebenarnya. Haha. Tapi... Hasilnya sangat memuaskan hati! Berbaloi sangat dengan cas hanya RM100.




Puas hati dengan ukiran yang dia buat.. So, bagi bridetobe area Sibu ni kalau berminat boleh usha page Nass Henna Sibu. =)



Friday 6 June 2014

PENGANTIN LAMA VERSI CARTOON?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 1 jun lepas selesai sudah majlis pihak lelaki.. Lega sangat-sangat.. Bukan pengantin baru lagi ni. Da 2 bulan lebih pun. Tapi semalam dapat lagi 1 hadiah dari SIL.. She gave us potrait versi cartoon punya. Tak tau actually nak sebut potrait ke apa. Saya sangat lembap bab lukisan ni. Yang saya tau saya & husband versi cartoon dalam lukisan tu.hehe. Comel je. Eh. Puji drawing tau. Bukan puji sendiri.heheh. Nanti nak frame kan la & gantung kat bilik.

Tadaaa!!


Yang asal?


He. Tu je nak cerita. TQ singgah =)

Tuesday 3 June 2014

AL-FATIHAH BUAT MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHD NIZAM

Assalamualaikum...

Dah 4 hari tak bukak blog. Tak update & tak blogwalking. Sebab last Friday balik kampung husband untuk majlis pihak lelaki pada 1 Jun. Hari ni baru berkesempatan jenguk blog & jalan-jalan. Terus bukak blog Nadia sebab nak tau update adik Izz. 

Terpaku kejap tengok entry latest. Muhammad Izz Rizzqi bin Mohd Nizam, tenanglah di sana wahai anak . Tengok tajuk pun saya dah down. Really hope to read a good news bout him =( ALLAH lebih sayangkan adik Izz. Moga keluarga adik Izz tabah dengan ujian ALLAH & redha dengan pemergiannya.


Muhammad Izz Rizzqi bin Mohd Nizam
- AL FATIHAH-