Nuffnang Ads

Showing posts with label WEDDING. Show all posts
Showing posts with label WEDDING. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

MY WEDDING HENNA

Assalamualaikum..

Dah 2 bulan lebih kahwin baru nak review inai di jari. =p Sebenarnya inai ni last minit saya booked.. Sebab mulanya ingat nak buat hujung jari je & nak suruh adik ipar sendiri buatkan.. Tapi gatal pulak jalan-jalan dalam online ni tengok design-design inai. And gatal jugak mintak quotation ngan certain tukang inai kat area Sibu ni. Heheh. Katanya nak buat sendiri tapi macam tergoda jugak tengok design yang cantik-cantik. Dah puas mintak quotation ada yang cas RM200, RM150, & last sekali usha kat Nass Henna Sibu. Saya bagi 1 gambar design yang saya nak & tanya berapa dia cas. & guess what! Dia cas RM100 only termasuk inaikan jari pengantin lelaki. I was like, waaa.. Macam berbaloi je. 

Terus niat asal nak buat inai sendiri tadi jadi goyah. Haha. Mula la pantun kat en.tunang masa tu. Dia cakap ok la kalau memang nak buat corak book la kat dia.. Sebab kalau nak lukis-lukis adik dia tak reti buat. Saya pun apa lagi terus whatsapp empunya badan, bagi tarikh nak buat inai.. Mulanya saya request design ni :

sumber : google

Tapi bila malam nak berinai tu, Cik Nass tunjukkan jugak design-design lain yang dia pernah buat sebelum ni.. Paling mahal RM150.. Saya tengok yang RM100 je. heheh. Terbekenan pulakkk. Terus cancel yang design asal tadi. He. Punya la penat rupanya kerja berinai ni. Tak nak buat lagiiiii! Haha. Dengan terpaksa dok diam berjam-jam. Sangat mencabar ok! Bagi saya yang tak reti dok diam ni. Memang penat menunggu. Penat dudok sebenarnya. Haha. Tapi... Hasilnya sangat memuaskan hati! Berbaloi sangat dengan cas hanya RM100.




Puas hati dengan ukiran yang dia buat.. So, bagi bridetobe area Sibu ni kalau berminat boleh usha page Nass Henna Sibu. =)



Friday, 6 June 2014

PENGANTIN LAMA VERSI CARTOON?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 1 jun lepas selesai sudah majlis pihak lelaki.. Lega sangat-sangat.. Bukan pengantin baru lagi ni. Da 2 bulan lebih pun. Tapi semalam dapat lagi 1 hadiah dari SIL.. She gave us potrait versi cartoon punya. Tak tau actually nak sebut potrait ke apa. Saya sangat lembap bab lukisan ni. Yang saya tau saya & husband versi cartoon dalam lukisan tu.hehe. Comel je. Eh. Puji drawing tau. Bukan puji sendiri.heheh. Nanti nak frame kan la & gantung kat bilik.

Tadaaa!!


Yang asal?


He. Tu je nak cerita. TQ singgah =)

Tuesday, 20 May 2014

REVIEW HANDBOUQUET

Assalamualaikum..

Baru hari ni berkesempatan nak publish entry tentang handbouquet saya ni. Dah 2 bulan berlalu majlis.he.Panjang cerita handbouquet saya ni =) Salah satu rezeki yang saya dapat untuk majlis kawen ari tu. Alhamdulillah & terima kasih sangat-sangat saya nak ucapkan kat Ciktie sebab murah hati bagi saya handbouquet walaupun saya tak menang tempat 1st & 2nd place masa join Giveaway by Handbouquet Ibtisam anjuran Ciktie kat page dia Handbouquet Ibtisam. Makaseh banyak-banyak sudi hadiahkan & buatkan handbouquet yang sangat owesomeee!

Mulanya saya idam handbouquet yang warna pastel. Bole singgah sini tuk tau HB Idaman saya : HB Idaman Hati. Konon-konon bagi saya sesuai dengan warna baju saya =p Ahaha.. Tapi Ciktie cakap, kalau baju warna pastel, better pakai handbouquet yang warna menyerlah. Bila tengok yang Ciktie bagiiii.. Waaaa.. Comeeeeyyyy..Warna pink+merah! Seriously cantik sangat! Terus bawak bunga jalan-jalan dalam rumah konon berlatih untuk masa majlis.haha! Very teruja ok! Ambik gambar, then wasap kat en.tunang(masa tu) g tau yang bunga yang Ciktie bagi da sampaiiii!

Terus tak sabar nak pakai masa majlis.Over kan. Bunga tangan ni la saya pakai tuk 2 2 majlis..Akad + sanding.. Bila lepas majlis, tengok dalam gambar, memang naik warna bunga tu! Betol cakap Ciktie. Kena pilih warna yang striking kalau warna baju tak striking. Eh. Baju akad macam striking je.hehe. Baju sanding laaa.Tapi 2 2 Nampak sesuai tau ngan bunga tu. Makaseh banyak2 Ciktie.. Bunga tu saya simpan lagi tau. Simpan baik2 dalam plastic takut kena debu. Nak wariskan wat bakal adik ipar pulak nanti =p Lama lagi. Tak kisah la. Janji simpan n bakal guna lagi nanti. Bakal adik ipar, U wajib guna tau! Kejam tak?? Bahahaha.

Meh tengok bunga tangan saya.. Comel xxx?? Mesti laaa..

Haa.. Menyerlah tak??he.

Masa outdoor photoshoot HB ni la satu2 nya props saya. 

Ni pakai masa akad =)

Cantik kannnn?? Eh, bukan yang macam ni je Ciktie jual tau! Ada banyaaakkkk choice sampai rambang mata nak pilih! Tengok!


Banyak pilihan kan??? Yang felt, pearl, lace, & macam2 lagi.

Ha.. Signage comel pun ada ciktie buat. Jadikan props pun boleee.

See? Tasbih ada, mini tasbih pun ada tau!

Hehe. Tergoda tak? Kalau ye cer usha page ciktie ni Handbouquet Ibtisam. Jangan malu-malu tau!
Lastly, nak ucap thank you so much kat Ciktie! Moga dimurahkan lagi rezeki =) Aamiin...

Till then!Thank you for reading =)




Tuesday, 29 April 2014

HIAS KERETA KAWEN DENGAN TEDDY BEAR COMEL!

Assalamualaikum...

Seperti yang saya g tau sebelum ni, saya memang nak DIY kereta pengantin..Sebabnya, bagi saya lebih save kalau hias sendiri! Biar pun comel kereta selepas di hias hanyalah di tahap sederhana. Saya tetap rasa puas hati.haha.

Ha..Comel x???haha.


Hari ni da genap sebulan saya kawen.Alhamdulillah.. Dah kawen mana nak main anak patung/ teddy lagi kennn?? Jadi saya nak let go pasangan comel ni!
Ukuran : 15 cm tinggi approx.
Yang girl pakai double layer veil. ha.
Yang boy pakai topi tu.
Price : RM 30 include pos!
SOLD!
Macam biasa kalau berminat boleh emel saya mayrahmay8789@gmail.com. =)

Cari pre loved barang kawen murah ? Singgah sini pleaseee : 

Wednesday, 23 April 2014

MAJLIS RESEPSI 300314

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.. Lega sangat-sangat sebab majlis akad & resepsi pihak perempuan dah berjalan dengan lancar. Sekarang sibuk sikit untuk majlis resepsi belah lelaki pulak 1 Jun nanti. Ya, jarak tarikh untuk majlis kami agak jauh. Tapi kampung en.suami pun bukan dekat. Pakai kereta hampir 6 jam perjalanan. Pastu parents saya pulak kat Labuan =( , Kak Long saya cikgu. Susah nak ambik cuti. So, nak carik masa semua pihak dapat hadir tu susah sikit.. Last-last kitorang ambik 1 jun, sebab masa tu cuti umum untuk Hari Gawai =)

Majlis resepsi belah saya hari tu kita buat simple-simple saja. Takde kompang, takde silat, takde potong kek. He. Just ada orang zikir & mainkan lagu yang kitorang dah burn sendiri dalam cd. Nahh. Majlis ni buat belah pagi. Guest mula datang jam 9.00. Kita kat umah lagi masa tu. Tunggu greenlight soh gerak ke dewan. Dalam jam 930 camtu mak pun call suroh gerak ke dewan. Haa.. Masa ni baru nebessss tau. Siap ketak-ketak bibirrr. Ahaha. Hambekk kau. Semalam masa akad kau konon-konon cool. Sekarang rasakannn.haha. Tapi memang nervous giler ar masa ni. Sebab malu la lagi ramai orang tengok.Otw ke dewan kita diam je tau. Ha. Pandai pulak ko dok diam masa ni.

Dahla masa otw ni ribbon & teddy bear yang kita diy tuk hias kereta tu hampir terbang pulakkkk. Terpaksa berhenti kat tepi jalan jap & pin kan ribbon tu. Pastu kereta bawak slow-slow.hahah. Makan masa 15 minit gak la nak sampai kat dewan sebab jalan slow & banyak kereta. Sampai kat sana memang rasa macam tak bole nak bernafas sebab nervous.haha.


Encik & Puan Teddy ni la yang nak terbang masa tu.haha. DIY orang yang tak berapa professional gitu la jadik nya. Senget da teddy. Takpe. Comel je. =p


Sebelum masok dewan. Bibir senyum pun ketar2 tauuu. Oh ye. Saya pakai handbouquet yang sama untuk 2 majlis. Nanti nak wat review. Thanks to Ciktie for the hb!


Nahhh.. Mula jalan masok ke dewan.. Pengapit yang laki adik bongsu saya, Kiko. Pengapit perempuan pulak adik en.suami saya, Ayu =)
Masa ni mata melilau tengok guest. haha. Dah x larat nak bagi caption 1 1. Layan gambar je keh!



























Majlis tamat..He. Lepas salam-salam semua tetamu baru mula sesi photoshoot kat dewan kejap. Next entry la ye. Tak larat nak upload gambar lagi. He. Terima kasih sudi singgah =) Datang lagi!



PERCAYA JANJI ALLAH UNTUK YANG INGIN BERKAHWIN

Assalamualaikum..


Mula-mula masa rancang nak mendirikan rumahtangga dulu, memang saya & ejan pening. Sebab kitorang kerja pun taraf kontrak. Bila-bila masa boleh dihentikan/ditamatkan kontrak. Sama-sama berkhidmat bawah 1 jabatan. Dengan jawatan & gaji yang sama. Memang terdetik, cukup ke gaji nanti? Masa bujang pun rasa macam kurang. Lagipun ejan kerja kat daerah lain. Tapi kitorang decide nak teruskan perancangan majlis. Tak nak tunggu dapat kerja tetap. Nak tunggu cam mana kan? Tak tau pun bila akan dapat kerja tetap. Kitorang nekad kumpul duit dengan gaji yang ada. Saya ubah sepenuhnya cara berbelanja. Kalau dulu hobi saya shopping online. Tapi pas decide nak kahwin semua pembelian barang-barang yang tak perlu saya stop.. Alhamdulillah dipermudahkan, dengan simpanan yang ada majlis berlangsung 29 Mac lepas.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Wahai pemuda, sesiapa antara kamu mampu berumah tangga, maka kahwinlah kerana perkahwinan itu dapat melindungi mata dan kemaluan daripada dosa. Sesiapa belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu syahwat.” (Riwayat Muslim)


Sebelum majlis kitorang berlangsung, ejan ada hantar resume kat satu company kat Sibu. Memandangkan kontrak kitorang akan tamat pada 17 April 2014, dia ikhtiar cari kerja kat tempat lain sebab status kontrak akan disambung atau tidak masih belum ada jawapan hingga ke hari ini =( (doakan kontrak saya dilanjutkan ye. Amin) Beberapa hari pas dia hantar resume, company tu pun call suruh turun interview =) Masa ni ejan memang semangat. So, dia g interview pada 19 mac, 10 hari sebelum majlis kitorang ;)


Hari berganti hari (ayat skema) haha. Tak jugak dapat apa-apa feedback dari company tu. Kitorang pun dah macam, mungkin takde rezeki.. Takpe.. Sebab tak sabar tunggu lagi, ejan pun call company tu on 31st Mac. Haha. Konon nak tanya keputusan interview. Jawapan diorang :


Ejan : Selamat pagi. Saya Hafizan yang datang interview hari tu.. Boleh saya tau status keputusan interview tu macam mana.. Dah ada yang dapat tak. Heheh.
Company : Selamat pengantin baru ( tau dia baru kawen.haha) Buat masa ni kitorang belum ada sebarang keputusan sebab tunggu HQ Putrajaya bagi feedback. Don't worry, nanti kitorang inform kalau ada apa-apa.
Ejan : Ooo..ok..takpe la..TQVM.. (hampa da masa ni.haha)


Kalau dengar dialog tu pun macam memang tak dapat la kan. So, kita pun berhenti berharap. Walaupun sebelum ni kawan saya g tau yang dia dapat job tu, dia dapat info dari SIL dia yang keja situ. Tapi da dengar jawapan macam tu, kita pun tak nak la harap sangat. Lagipun sampai la semalam masih tak dapat pun call dari company tu.


Hari ni 23 April 2014. Pagi-pagi jam 830 ejan call saya. Kasi berita gumbira. HQ company tu call bagi tau yang dia dapat job tu!!! I was like. OMG. Betol??? (Rasa nak jerit tapi kat ofis, so tahan dulu.haha) Ejan pun cakap, betol la.Diorang suruh report duty 2 Mei 2014.. Alhamdulillah. Rezeki selepas kahwin. TQ to our parents, family, friends, yang tolong doakan. Alhamdulillah.


“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.





* ada yang cari barang kahwin murah? tengok sini Barang Kahwin Pre Loved for Sale
















Monday, 21 April 2014

MADAM =)

Assalamualaikum..

Haa.. Baru hari ni ada kesempatan nak update lebih sikit. Semalam baru balik dari kampung en.suami. Balik pun sebab nak uruskan majlis belah sana pulak yang bakal berlangsung tak lama lagi. Alhamdulillah majlis pihak perempuan dah settle & berjalan dengan lancar. Cuaca pun sangat bagus hari tu. Paling takut kot2 hujan.huhu. 

Majlis akad kita buat hari Sabtu, pagi. Alhamdulillah, di permudahkan. Majlis selesai awal. & macam tak caye pulak masa majlis tu saya tak nervous langsung! Yup. Betolll. Tak tau nape tapi memang macam cool je.eheh. Mungkin sebab masa tu saya da set dalam fikiran yang macam ni ; alaaa.. kena dudok je pun. Pastu senyum-senyum. Pastu tunggu en.suami lafaz kan akad. Ye tak?? Dalam saya coolkan diri, siap senyum2 jeling2 pulak ofismate yang datang, tiba-tiba tok kadi cakap : 

Tok kadi : Bapak Humairah tolong tanya anak setuju ke tak nak di kahwinkan.
Me : Alaaa. Wat - wat tak tau pulak. Of course le setuju ( lam hati je cakap =p)
Bapak : Adakah anakanda Humairah ....bla bla bla setuju ..... (baca soalan dalam buku)
Me : Senyum malu-malu kuceng konon sambil jawab setuju. eheh.

* tiba-tiba tok kadi hulur buku tadi kat kita pulak. Eh eh. Apa ni. Rupanya jawab ikut yang tulis dalam buku tu la.Yang ko gedik jawab cepat sangat cakap setuju tu dah kenapa. 
Terus baca ikut yang dalam buku tu sambil sengeh tunjuk gigi besaa sebab rasa nak ketawa dah masa tu. Mengenangkan malu sendiri tanggung akibat tak ready carik info awal-awal yang rupanya perempuan bukan dok diam senyum2 je hokehh! Ingat tu. Aahaha. 

Kak long masa tu siap da besarkan bijik mata kat kita macam kasi warning la supaya behave. Dia tau adik dia ni susah nak dok diam. 

Heheh. Tapi Alhamdulillah saya baca lafaz setuju dengan lancar. Pastu giliran en.suami la...
Dengan sekali lafaz....kitorang bergelar SUAMI ISTERI.ALHAMDULILLAH...


* Masa terkedek2 keluar dari bilik. Oh ye, masa akad kita takde pelamin =) Yang pimpin kita tu la kaklong. Sengeh-sengeh sebelah tok kadi tu bapak.he.

* Dah halal. Alhamdulillah =)
* Masa ni baru nak berdebar. Malu yang amatttt.haha.

* See? Da boleh senyum nampak gigi kaw2 sebab lega.haha.

Cerita sanding nanti la ye? He.Terima kasih sudi singgah.

*ada x yang berminat nak beli veil chiffon saya pakai tu ;) singgah kat sini BARANG KAHWIN PRE LOVED FOR SALE


BARANG KAHWIN PRE LOVED FOR SALE =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..selesai sudah semua majlis pihak saya & pihak lelaki.. Untuk majlis akad & sanding hari tu, saya tempah semua baju & beli aksesori sendiri.. Beli yang murah-murah je sebab saya rasa lagi murah dari sewa kat butik. Sekarang majlis dah selesai, saya nak let go item-item tu dengan harga yang of course la murahhhh =) Antara item yang saya nak let go..


Tanjak + samping + bengkung - Ni saya beli baru online ari tu. Warna hitam + gold. Husband pakai sekali saja masa majlis sanding. Nak let go RM 80 include pos.  RM 65 INCLUDE POS.





Veil 1- Warna gold. Kain jenis net ye. Ada sequin(betol x ni) + beads kecik2. Pun pakai sekali saja masa sanding. Nak let go RM 50 include pos.  SOLD!


*nampak detail tak? ni je gambar yang paling jelas.he.

* panjang nya pulak kalau ikut ketinggian saya yg memang petite (145) macam tu la rupanya bila pakai.

SOLD.TQ.

Veil 2 - Warna coral peach. Kain chiffon + lace kat bahagian kepala ye =) Yang ni dulu tempah sekali ngan baju.tapi nak jual veil ni je ya.Oh ya, veil ni leh pakai cam halfmoon shawl jugak tau. Tak semestinya macam pakai veil je.hehe. Nak let go RM 40 include pos.
*kat bahagian atas kepala ada lace.

* saiz lebih kurang macam halfmoon biasa.


Dulang kerawang plastic - Dulang ni ada 5 pcs.. Warna putih, sesuai tuk letak atas bantal hantaran. Nak let go RM 45 untuk 5 pcs include pos. -SOLD- TQ.







Kalau ada yang berminat dengan item-item yang kat atas, emel kat mayrahmay8789@gmail.com.  Atau boleh komen kat bawah, tinggalkan emel / hp number ye? Kalau beli lebih dari 1 item boleh nego lagi . Harga di atas termasuk kos pos saya dari Sarawak ye. So kalau ada buyer dari Sarawak jugak, saya akan kurangkan la sikit harga sebab kos pos lagi kecik.=)TQ!


* psst, kat sini pun ada peplum comel nak let go =) PEPLUM COMEL + MURAH
PRE LOVED WEDDING ITEM MURAH