Nuffnang Ads

Monday 24 November 2014

KENAIKAN HARGA RUMAH!

Assalamualaikum..

Semua sedia maklum yang harga rumah ni memang NAIK NAIK & NAIK sahaja ye. Naik tu pulak bukan 2 3 ratus!Bukan jugak 2 3 riban! Tapi puluhan ribu malah boleh cecah ratusan ribu dalam masa setahun!

Contoh RUMAH A : Double Storey Intermediate
Januari 2013 : RM 265,000.00
NOW?
November 2014 : RM 360,000.00

RUMAH B : Single Storey Intermediate
Januari 2013 : RM 180,000.00
NOW?
November 2014 : RM 260,000.00

Design yang sama, ukuran yang sama, kawasan yang sama, cuma phase berbeza, spesifikasi pun sama. SEE?? Sekarang rumah single storey dah sama harga dengan harga double storey punya harga last year! Macam mana golongan muda mudi yang baru bekerja nak beli rumah sendiri? Kalau gaji memang besar maybe boleh la. Kalau macam kita yang gaji cukup-cukup makan? Nak harapkan kumpul duit dalam tempoh 2-3 tahun lagi? 

2-3 tahun lagi boleh bayangkan tak berapa pulak harga rumah? T_T

OMG. Beruntungnya sesiapa yang dah mampu beli rumah awal-awal masa harga masih rendah -_- 
Doakan kita murah rezeki dapat beli rumah sendiri jugak ye. AMIN. 

Tuesday 11 November 2014

ALLAH sebaik-baik Perancang.

Assalamualaikum.

5 bulan dah berlalu. Lebih tepat, dah nak masuk 23 minggu. Alhamdulillah. Tak terasa langsung masa. Tambahan dalam masa mengandung ni banyak yang berubah dalam life. Sejak dapat tau pregnant bulan 7 ari tu, saya stop pergi melawat tapak. Mintak kebenaran dari bos untuk bagi kelonggaran sepanjang saya mengandung ni. Memang tak berani nak pergi site sebab site yang dilawat selalunya melalui jalan-jalan yang agak mencabar. Tak berani tanggung risiko sebab anak pertama kita tak tau lagi kekuatan rahim. Nasib baik jumpa bos yang consider. 

Dalam masa yang sama saya terfikir jugak. Masa tu saya berkhidmat secara kontrak, dan staf lain pun ada untuk cover lawat site yang saya tak dapat pergi. Tapi macam mana kalau saya kerja tetap sebagai kakitangan teknikal?? Masih boleh ke saya diberi pengecualian turun ke site masa mengandung? Akan jumpa lagi tak bos yang bagi kelonggaran macam bos saya masa tu?? Semua tu jadi persoalan. Lepas tu saya fikir lagi, kerja saya masa tu memerlukan saya travelling setiap bulan. Macam mana dengan baby H yang bakal lahir nanti masa saya takde kat rumah?Kesian kalau tinggalkan dia dengan abahnya saja.
Masa tu la hati saya mula berbelah bagi. Memang minat saya kearah bidang teknikal. Penat, panas, hujan, kotor, saya abaikan. Saya enjoy kerja on the ground. Dapat tengok tempat orang, budaya orang. 

Dalam baru dapat tau mengandung tu saya dapat temuduga Pembantu Tadbir Kewangan. Saya pergi temuduga tu. Walaupun bukan bidang saya. Sebab apa yang saya fikir masa tu semua demi baby H yang bakal lahir ni. Saya perlu dapatkan kerja tetap. Biar pun interviewer sentiasa mempersoalkan bidang saya yang tak berkaitan. Dan akhirnya dengan izin Allah saya dapat jawatan tu. Mungkin rezeki mengandung. Alhamdulillah.

9 Oktober, saya pergi lapor diri di Putrajaya dengan hati yang sangat risau. Tak tau akan ditempatkan di mana. 1 yang saya paling risaukan, kalau dapat tempat jauh dari keluarga? Dengan tengah bawak perut. Tuhan saja yang tau betapa risaunya saya. Kalau nak tolak, sekarang bukan senang nak dapat kerja tetap. Syukur saya tak tolak tawaran sebab akhirnya saya dapat penempatan di tempat saya sendiri. Usaha untuk pastikan saya dapat kat tempat sendiri memang saya cuba buat. Orang lain lapor diri bawak dokumen dalam envelope pun da cukup. Tapi saya bawak 1 fail tebal macam buku sebab nak attach semua surat sokongan untuk mohon tempat sendiri. Alhamdulillah, berbaloi saya bawak fail macam buku. He.

Allah sebaik-baik perancang. Siapa tau kalau saya dapat kerja tetap lebih awal sebelum mengandung mungkin saya takkan dapat tempat sendiri. Sabar. Itu yang mak saya selalu bagi tau. Ya. Sekarang saya lebih yakin, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap apa yang kita terlepas dahulu mungkin memang bukan rezeki kita & InsyaAllah akan ada yang lebih baik. Mungkin memang ditakdirkan saya tak dapat kerja dalam bidang teknikal. Mungkin ini yang terbaik untuk baby H.


Doakan baby H sentiasa sihat. Lahir dengan sempurna. Amin.