Nuffnang Ads

Wednesday 18 February 2015

Menghitung Hari

Assalamualaikum..

Wah. Tajuk bukan main lagi kan. Hari ni dah 18 Februari.
EDD : 12 Mac 2015.
Mula cuti bersalin : 2 Mac 2015.

Tak sampai sebulan lagi jumpa baby, InsyaAllah. Sekarang baby kurang sikit kick2 maybe sebab dah sempit kat dalam tu. Tapi bila dia mengeras, semput jadinya. Naik tangga office pun dah makin slow. Tak sabar nya nak mula cuti. Nasib baik next week last turun kerja =) Saja ambik cuti awal 10 hari. Ye la anak pertama tak tau lagi macam mana so better ready awal. Lagipun rasanya tak larat lagi nak turun naik tangga office tingkat 3 ni. Hurm.. Sabar ye. Next week je lagi. Pastu exercise kat rumah je. He.


Tuesday 17 February 2015

Keracunan Makanan Semasa Mengandung =(

Assalamualaikum.

Semalam masuk 36 minggu 3 hari. Tunggu masa je lagi. Alhamdulillah. Macam biasa masih turun kerja. Start cuti 2 Mac nanti =) Rutin harian saya pagi2 sebelum masuk office singgah kat gerai tepi jalan beli apa-apa kuih ke nasik lemak ke untuk breakfast & makan-makan sementara tunggu lunch hour. Ye la sekarang dah berbadan 2 memang tak tahan kalau tak makan sampai tengahari. Kalau dulu boleh la macam tu.

So semalam macam biasa, makan kuih & nasik lemak tu. Lebih kurang 11 pagi dah habis semua bekalan.heheh. Ok pulak masa tu. Takde pun tanda-tanda sakit perut ke loya ke. Masa makan pun makanan tu elok je rasa nya. Takde pun ciri-ciri basi.

Pastu dalam pukul 1245, en.suami datang ambik bawak g lunch. Saya decide nak lunch kat pizza hut. Kitorang order piza & lasagna. Makan macam biasa tapi saya tak makan banyak pun sebab rasa kenyang lagi. Maklumla da habiskan nasik lemak sebelum tu.

Stop je makan saya da rasa mual. Ingatkan sebab kenyang sangat la ni. Air pun tak dapat habiskan sebab takut tekeluar balik. Rasa penuh sangat. Terus ajak en.suami gerak. On d way nak ke kereta pun saya asyik wek-wek. Muntah angin. Kenyang sangat la ni. Ok lagi masa tu.

Dah dekat nak sampai pagar office, muka saya dah merah padam menahan rasa. Nak terkeluar semua isi perut ni. Terus cepat2 ambik plastik piza yang tak habis tadi. Bluweeeekkk! Hah! Keluar segala macam. Huh. Sakitnya Ya Allah. Rasa tegang sangat kat perut.

Sampai je saya terus g tandas. Muntah lagi =( Takkan banyak sangat kalau sebab kenyang kan? Masuk office saya masih rasa loya. Tak sampai 5 minit dudok terus lari g toilet lagi. Dahla toilet kat tingkat 2 T_T

Muntah lagi & lagi. Sampai 3x turun naik tangga nak g toilet. Last2 tu tak sempat. Termuntah dalam tong sampah dalam bilik office ni =( Badan jadi lemah. Siap bergegar lagi. Terus whatsapp en.suami dapat hantarkan balik rumah tak. Sebab dah tak larat sangat-sangat. Bagitau yang lain mintak excuse balik awal ='( Dalam pukul 3 en.suami datang bawak balik rumah. Ingatkan nak bed rest je nanti ok la kan. Tapi sampai rumah muntah lagik! Pastu perut pulak jadi sakit macam masa period tu.

Terus teringat orang cakap kalau da nak bersalin ada sakit macam nak period. Saya pun macam, EH! Da nak bersalin ke?? OMG! Sambil muntah, sambil bagitau en.suami yang sakit perut sangat ni. En. suami terus ajak pergi jumpa Dr. Toh macam biasa. Ikutkan memang tak larat nak angkat. Tapi risau bagi kesan kat baby pulak. Gagahkan jugak kemas-kemas terus gerak ke klinik Dr.Toh. Nasib baik patient tak ramai.

Dr.Toh : Hye. You sihat?
Saya : No. After lunch tadi saya tak berhenti muntah.
Dr. Toh : Berapa kali sudah you muntah?
Saya : Maybe 6-7 times?
Dr. Toh : Ada cirit-birit?
Saya : Takde. Muntah saja.
Dr.Toh : Dapat minum air? 
Saya : Minum pun muntah.
Dr.Toh : You kena food poisoning. Saya akan kasi injection & pills. Let me check your baby's condition.

Terus bawak saya scan. Alhamdulillah baby takde apa-apa. Sehat je. Dah 2.6 ++ kg pun. =) Lega.
Pas siap scan terus kena inject kat bontot T_T Alahai sakitnya.. Nasib baik sakit masa inject tu je. Pastu takde rasa pun. Lepas tu Alhamdulillah memang takde mual lagi.. Huhu.

Sekarang da serik. Tak tau la food poisoning tu sebab kueh/nasik lemak/piza/lasagna. Tapi pagi tadi da tak berani lagi beli makanan kat gerai. Beli crackers & biskut oat je la untuk bekalan sampai tengahari.

Doakan saya & baby sihat2 saja yer? Tunggu masa dah ni. Harap dipermudahkan nanti. Amin. Bagi mom2be yang lain, hati-hati bila makan apa-apa. Huhu. Serik dah! T_T