Nuffnang Ads

Thursday 29 October 2015

ITS OK TO FEEL SAD SOMETIMES

PERNAH RASA SEDIH TAPI TAK PASTI SEBAB APA?

.
.
.
.
.
.
.
.
EVERYTHING IS GONNA BE ALRIGHT.

Monday 26 October 2015

BABY TAKUT ORANG

Assalamualaikum..

Husna sekarang dah 7 bulan 2 minggu. Next two weeks genap 8 bulan la. Sepanjang umur dia ni, pernah sekali la bawak dia balik kampung abahnya. Rumah atok & nekwan. Masa raya hari tu. Masa tu umur dia 4 bulan ++ la. Jarang balik sebab kampung abahnya agak jauh. Kalau pakai kereta 5 jam lebih jugak. Ha.. Kalau pakai flight tak la lama, 45 minit je. Tapi tu la nak jumpa tiket murah masa dapat cuti tu selalu non hado. Maka berdarat la kita.

Balik raya hari tu Husna ok jer dengan semua orang. Macam tak kisah la sapa pegang, bawak, tegur & so on. So saya tak expect la dia takut orang. Maybe masa tu kecik lagi. 

Jadi last week kitorang balik kampung lagi sebab alang2 saya ada exam kat sana. So daripada tinggalkan dia berdua je dengan abah, baik pergi sekali melawat atok & nekwan.

Tapiiii.. sampai je kat sana bila nekwan nya ambik, punya la menangis kuat sangat! Dengan hidung merah, tersedu-sedu dia. Lama jugak lebih setengah jam nak pujuk balik. Dengan auntie2 dia pun sama nangis jugak sebab takut. Diorang tengok pun boleh buat dia nangis. Alahai. 

Mula nya cadang nak tinggalkan dia kat rumah la masa abahnya hantar saya g exam. Tapi bila tengok dia macam tu tak jadiii.. Kena bawak sekali.. Takut nanti pening nekwan nya kena amuk seharian. Huhu. 

Maybe sebab jarang jumpa, pastu dia dah mula kenal orang. Sebab tu takut. Hurmm. Macam mana ek nak buat? Tapi ada sesetengah orang cakap biar la dia takut orang. So tak mudah untuk orang ambik2 pegang2 dia sesuka hati. Entahla. Tapi at least harap dia tak la takut ngan atok nenek makcik2 dia sendiri kan. Kesian diorang nak pegang pun dia dah nangis.

Alahai Husna. Muka samseng tapi takut orang pulak! Haha.



Pas menangis taknak nekwan bawak..hurm.


Muka ada senyum bila abah ambik.



Sekarang dah makin mengada. Jarang la nak dudok dalam kereta. Berdiri je. Hurm. Dalam carseat? Ha.. Malas nak cakap. Drama sangat kalau duduk situ.


Orang cakap kita macam amoi. Tak tau ikut muka sapa. Ibu Abah takde pun chinese look.





Dah makin pandai ambik gambar sekarang ye.


Aktiviti sekarang berlatih duduk selalu. Tapi selalu tumbang. haha.


Selain tu, kita juga selalu berlatih memanjat sambil usaha berdiri kat tepi playpen.
Kadang2 ibu turunkan pangkat playpen kita sebab risau kita jatuh.


Takpela asalkan Husna sehat2 saje. Pasni berlateh kurangkan sikit takut orang ye. Huhu.





Tuesday 13 October 2015

7 MONTHS OLD!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Husna dah 7 bulan!Yea. Singkat je masa eh dah 7 bulan. 
Kalau dulu tak rehat sebab husna jenis mudah nangis. Moody.

Sekarang tak rehat sebab budak ni dah makin laju. Jangan harap nak tinggalkan dia kat lantai tanpa pengawasan. No no no. Sekarang dia tengah belajar merangkak. Dapatla dalam 5 6 rangkak (eh ada ke word cam ni) haha. Bila penat dia mengensot balik. Belum expert la part merangkak ni. Tapi dia memang selalu cuba.

Lagi satu dia dah pandai letak dua2 belah tangan kat tepi atas playpen tu-_- Sebab tu sekarang dah tak berani tinggalkan dia sorang2 dalam tu. Dah boleh angkat punggung sambil pegang atas tu. 





  Ha. Tengok tu. Cubaan nak sangkut tangan kat tepi playpen.


Paling best tengok dia bangun pagi. Mengeliat kaw-kaw punya. Pastu senyum..



Pastu Ibu cakap, Husna jom ambik gambar. Terus posing. Ha. Posing la sangat.
Husna ni susah senyum. Tahla mungkin masa ngandong aritu selalu moody kot. Dia just senyum kat orang yang dia kenal & biasa jumpa. Kalau tak kenal tu memang tak nak dia senyum. Walau macam mana pun orang tegur dia. Ni ambik sapa tak friendly? Haha.

Kalau dah biasa dia ok je. Boleh main sama. Tapi dia tak takut orang. Cuma tak ramah la. Monyok je muka kalau tak kenal.

Monyok cam ni la. Kalau 1st time jumpa dah boleh buat dia senyum tu memang ajaib la.haha.


Sekarang susah tol nak ambik gambar dia senyum. Tak reti dok diam. Kalau gambar monyok banyakkk. Kalau senyum mesti muka toleh tepi. Malu katanya. Ikut Ibu eh pemalu.haha.

Tabiat baru pulak suka kena korek telinga. Kalau masa kecik dulu dia tak kasi orang sentuh telinga, Mesti mengamuk kalau korek telinga. Hari tu saja cuba sebab tak tahan tengok ada daki pulak. Haha. Try korek. Eh, layan pulak dia sampai last-last tertido. Hahaha. Meh layan gambar korek telinga.

Sebelum. Eksyen sangatt. Seluar pun dah singkat. 

Semasa. Muka layan la tu.

Pastu tetido..haha.

Moga Husna jadi anak yang solehah, yang dengar kata Ibu & Abah. Sihat selalu. Aamin..





Wednesday 7 October 2015

Review Santa Barbara Baby Activity Play Center

Assalamualaikum.

Akhirnya tercapai hajat Hunting for this! Hari ni nak buat review & nak share kat mana boleh dapat lebih murah =)

Last week asyik google cari mana website jual dengan harga terendah + pos termurah. Yela saya kan kat sarawak. Benda berat macam ni mahal kos pos nya. Mula-mula hari tu jumpa kat LAZADA, harga RM 209. Kos pos RM 155. Hambek kau. 209+155=364. NO NO NO.

Tunggu-tunggu jugak mana tau LAZADA buat offer free postage macam beli Carseat, Mattress & Playpen hari tu. Tapi tunggu punya tunggu & siap emel diorang cakap takde free postage. So macam give up la nak cari kat kedai sini je.

Tapi kat sini pun mahal. Pun 300+. Maybe diorang pun dah include transportation kan. So tengah scroll2 dekat FB jumpa iklan 11street. Ada offer untuk baby stuff. Apa lagi terus usha.. He. Jumpa la Play Center yang sama, harga RM 194.37, pos RM 82.15, so total 276.52. Kebetulan masa tu ada kupon diskaun 11%, so after deduct 11% jadi RM255.14. 

Yea! Save RM100++. Nasib baik jumpa kat sini. Purchased & buat payment petang Khamis. Sebab interbank transfer lambat sikit diorang buat payment confirmation on Friday. Isnin pos, & petang semalam dah sampai..

Yang excited of course ler Ibu nya. Haha. Husna tengok jer Abah & Uncle nya tolong pasang. Boleh tahan jugak nak pasang benda tu. Kalau saya buat memang tak siap la. 

Ni masa mula siap pasang. Try letak Husna, eh nangis kuat2 pulak. Please Husna. Nanti terpaksa Ibu cari pembeli pulak. Noo. Mungkin tak biasa. Sebab sebelum ni Husna memang takde walker ker baby chair ke. Kesian dia. Haha.

Try pujuk2 bagi dia leka dengan toys tu baru dia ok..Ada la 5 minit bertahan pastu nangis mintak keluar dari situ.Huhu.

Malam nya try letak lagi. Alhamdulillah dah ok. Dah boleh main kat dalam tu.

Tengok. Godek tisu Ibu kat dalam bakul. Hm.


Eh. Siap ambik bungkus lagi besar. Dah ada ciri-ciri nak tolong Ibu 'mengemas' la nanti. Moga jadi anak yang rajin ye Husna. Haha.

So far ok la. Yela baru semalam sampai kan. Play center ni kira macam fungsi walker jugak la. Cuma takde tayar, so baby stay kat lokasi sama jer. Haha. Tapi, kerusi dalam tu boleh pusing-pusing 360 darjah. So macam bergerak la kononnya. Pastu kat bahagian kaki boleh pilih, nak lock/jump. Kalau jump, baby boleh melompat2 la. Ada spring bawah tu. Setakat ni Husna takde pulak lompat2 dalam tu. Belum reti rasa nya. Pusing2 tu adala. 

Jadi kalau minat, sila google & usha dulu banyak2 website, pastu compare harga. Jumpa yang paling murah baru beli ok! Sekarang tengok tadi harga dah balik ke asal. RM329. Nasib sempat beli hari tu. 

Hye! Minggu depan kita dah masuk 7 bulan! =)

Doakan Husna sehat selalu ye. Aamin..






Tuesday 22 September 2015

HUNTING FOR THIS!

Assalamualaikum.


Santa Barbara Baby Activity Play Center

Lately asyik usha walker/baby chair, baby high chair, semua la. Tiap hari bukak LAZADA. Diorang leh amik saya jadi promoter tak? Kidding. Haha. Dah tiap hari bukak, baca review kat blog2 mummy2, ada yang tak support guna walker.

Bahaya katanya. Yela walker kan boleh pecut lelaju. Hik. So walker. Nak beli baby chair la boleh guna masa makan cum boleh letak Husna rehat-rehat. Tapiiii.. Anak buah saya yang umur masuk setaun tak lama lagi, kaklong saya cakap just guna high chair masa makan saje. Sebab nya tak boleh dah letak dia suka2 dalam tu. Dia pandai & selalu cuba lepaskan diri. Bayangkan kalau jatuh? So highchair jugak.

Last-last masa window shopping kat Lazada terjumpa yang kat atas tuuuu. Comel tak? Comel kannnn. Harga RM 209.00. Tapi tak dapat beli dulu =( Sebab postage ke Sarawak mahal. Kena tunggu LAZADA offer free postage la ya.

Offer pleaseeeee =) Aamin..

Review barang yang dah beli kat LAZADA sebelum ni. Jemput singgah : Sale LAZADA


Friday 18 September 2015

6 months old update?

Assalamualaikum..

13 September lepas Husna genap 6 bulan! Dah start makan pun a week before. Sebab dia da tak boleh tahan tengok orang lain makan.. Bulatt je mulut tengok makanan. Sambil kunyah2 padahal mulut kosong. Kesian tengok. So decide bagi awal seminggu la. Diskaun sikit. 


 Ni video second time dia makan. 1st try tu dia tak makan sangat. Maybe sebab belum biasa or masih kenyang. Ni try bagi dia bubur + puree carrot. So far dia tak memilih. Dah try bubur+puree carrot, bubur+puree epal, bubur+bayam+puree carrot(campur sekali sebab bayam+bubur je dia tak nak) 

Ikutkan hati memang nak bagi 100% homemade food. Bukan sebab nestum or cereal tak bagus. Tapi saya nak usahakan bagi Husna makan lebih vitamin sebab dia selalu & mudah sangat demam/flu. Apa boleh buat rupanya BS ada bagi Husna makan nestum cucu dia. Dia cakap Husna suka. Hurm. Nak larang sangat takut pulak BS dia kecik ati. Sebab cucu dia pun makan nestum kan. Dilema nya. Takpela Husna. Ibu tetap bekalkan Husna bubur+puree hari-hari. 

Mungkin sebab Husna ni tengok2 macam mintak bila cucu dia makan nestum. Tu la dia bagi. Husna memang macam tu. Even baru lepas bagi dia makan pun dia masih bulatkan mulut, tak boleh tengok orang lain makan.

Update lain.. Ha..Husna dah moving forward! Guna tangan.he. Bontot dah angkat tapi belum pandai merangkak. Sekarang just pandai mengengsot. Tak boleh dah nak letak dia suka hati. Kejap2 tengok, eh dah jauh ye. 


Ni video dia angkat2 bontot. Tapi tak gerak pun. haha. Goyang2 je. Takpe belajar satu2 ye.

Berat pulak tak pasti berapa KG da sebab belum check up lagi untuk 6 bulan. Lambat seminggu. Ye la bulan lepas injection dia pun postponed seminggu sebab demam kan. So, bulan ni pun delay jugak. 20 sept ni baru pergi untuk yang 6 bulan.

Moga anak ibu sihat selalu. Tak mau selalu demam lagi. Risau.




Kita dah 6 bulan!


Daa. =)


Tuesday 15 September 2015

Its not a failure. Its just a lesson.



Sad

Takpe. Maybe belum rezeki. Mungkin ada yang lebih baik.
Atau mungkin Allah lebih tahu kemampuan kita.
Wallahualam.

Pujuk hati untuk redha.
Berserah.
& yakin InsyaAllah akan ada suatu hari nanti.

Aamin.



Thursday 20 August 2015

5 months old!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Husna dah genap 5 bulan 13/8 hari tu. Baru je lepas demam. Kesian Husna. 5 hari demam. Suhu turun naik. Risau Ibu. Dah baik demam ceret beret pulak. Pastu tiba-tiba keluar ruam panas satu badan =(


Nasib baik demam kali ni Husna tak merengek. Tengok masih bole senyum2 lagi. Cergas & main macam biasa. Tapi badan panas sangat :(


Nak cuba meniarap dalam buai. Asyik meniarap je. Dalam buai ke, dalam kereta ke.



See? Kena selalu check dia kalau dalam buai. Tidur sangat la buasss. Dalam buai pun dia bole tidur macam tu.


Macam ni la badan Husna hari tu. Satu badan merah2. Kena pulak masa appointment cucuk 5 bulan, jadi kena postponed 1 minggu. 


Demam pun masih kuat main. Potpet potpet mulut bercakap dengan lion tu.


Tidur malam bagi pakai baju lubang2 je. Ingatkan tak nak pakaikan baju tapi risau dia garu kat badan yang ruam tu. hurm.


Lepas 5 hari baru sembuh sepenuhnya. Hye! Husna dah sehat =) Doakan Husna sehat selalu ye di jauhkan dari penyakit. Aamin..

5 MONTHS OLD
6.57 KG
63.5 CM.









Monday 3 August 2015

4 months ++

Assalamualaikum..

Little Husna's progress.13.3.2015.


Husna masa genap 4 bulan hari tu.

Setakat ni makin nakal. Makin manja. Kalau dulu tak boleh cium. Marah. Sekarang kalau kena cium sengih2 dia. Dah boleh meniarap masa umur 3 bulan ++. Tapi sampai sekarang belum dapat pusing balik sendiri. Menjerit dia bila dah letih.


Muka masa praktis niarap tapi gagal. Seminggu jugak dia cuba pusingkan badan tapi tak dapat.
 Pastu dapat pusing tapi tangan kiri pulak masih kena tindih. Belum expert lagi. Usaha lagi Husna.
Akhirnya berjaya! So sekarang sambung praktis nak pusing balik pulak masih tak reti.

Layan gambar je lah ya.









Anak abah. Manja sangat kalau dengan abah.

Moga terus membesar dengan sihat, kuat, cerdik, rajin, solehah.. Aamin..





Friday 31 July 2015

KEPERLUAN BABY. DO'S & DONT'S

Assalamualaikum.

Just nak kongsikan pendapat tentang keperluan wajib & tak wajib untuk 1st baby. Tiap baby maybe ada perbezaan. So saya nak share apa yang saya rasa kan penting =) & ni ikut pandangan saya la. 

1. Baby Cot vs Playpen

Saya pilih playpen. Sebab lebih jimat & kegunaan lebih flexible. Jimat sebab tak perlu beli bumper macam baby cot. Flexible sebab boleh jadi tempat tidur. Boleh jadi tempat bermain. Yang paling penting material dia soft jer. So tak payah risau baby terhantuk ke apa. Lagi satu boleh bukak & lipat kecik simpan dalam beg dia & boleh bawak pergi.Macam balik raya hari tu kita orang bawak balik kampung. Kalau baby cot jenuh jugak nak bukak & pasangkan balik.

2. Convertible car seat vs carseat biasa vs baby carrier

Yang ni rasa nya macam even. Tapi last2 saya pilih convertible carseat. Maybe kalau ada 2nd baby akan beli baby carrier. Boleh kakak duduk kat yang besar (convertible) adik duduk dalam carrier. Tapi memang wajib ada terutama kalau hantar anak kat baby sitter sorang2. Ataupun selalu jalan jauh-jauh. Boleh bagi baby relax dok sendiri kan. Lagipun lebih selamat.

3. Baby's Wardrobe

Sangat perlu melainkan almari korang memang banyak space lebih sebelum bersalin. Sebelum ni belikan Husna almari kecik tu. Tapi sekarang nak masuk 5 bulan almari tu dah penuh .Gift dari kawan-kawan, family. So, almari khas untuk baby memang keperluan penting.

4. Baby's chair

Ni belum beli. Tunggu dia umur 6 bulan la belikan. Rasanya better pilih yang 2 in 1 punya. Yang boleh bukak jadi kerusi rendah & boleh pasang balik kaki untuk jadi high chair kat meja makan. Pilih yang ada belt untuk lebih selamat.

5. Baby Walker

Bagi saya tak wajib kot. Sebab macam susah nak kawal bila baby dok dalam walker, Tengok la nanti kalau jumpa yang boleh lock tayar tu maybe akan beli. Kalau tak, tak beli.

6. Stroller

Pilih yang ringan, compact lipat kecik! Ni saya menyesal sikit pilih yang cantik kononnya. Balik kampung hari tu jenuh susun barang sebab stroller besar gedabak. So better pilih yang lipat payung. Dapat jimat ruang.

7. Baby bib

Saya tak beli satu pun bib dulu tau! Ingatkan tak perlu. Yang ada pun 2 helai gift orang bagi. Tapi sekarang Husna kuat main air liur-_- Baru sibuk belikan. Kalau tak pakai habis basah bajunya.

Hurm. Banyak lagi tapi lupa. Nanti sambung ye! =)


Thursday 30 July 2015

SHOPPING TAPI DAPAT DUIT??

#sticky post.scroll bawah untuk new post

Assalamualaikum.

Korang termasuk saya ni selalu suka shopping online berabis duit kan? Maklumla semua nya klik2 saja. Tak perlu carik parking. Tangan pun cerdik je klik sana sini cari barang. Kan? Pernah tak shopping tapi dapat duit balik? Ha.. Nak tak? Jadi sebelum shopping ONLINE sila baca entry ni sampai habis. Tak rugiii.

Kalau ikut cara ni korang boleh dapat dari 5% - 16% cashback tau! 
Contoh korang beli baju bernilai RM100, & ada tawaran cashback 10%, maksudnya korang akan dapat balik RM10! Nilai ni akan di kreditkan dekat akaun shopback korang. 

Macam mana nak dapat akaun shopback? Sila register melalui link kat bawah

Lepas tu boleh isi detail macam biasa dekat bahagian SIGN UP. Lepas Sign Up boleh la usha kat situ korang nak shopping kat website mana. Ada banyakkkk tau.

Then, klik kat link website yang korang nak terjah & shopping macam biasa! Habis shopping boleh cek cashback dekat akaun shopback korang tadi. Paling lambat masuk pun dalam 2 hari.

Ok. Cashback ni pulak korang boleh redeem selepas 60 hari dari tarikh korang shopping tadi. Boleh pilih nak masuk akaun bank korang / melalui Paypal. Minimum redeem cashback RM10. 

So sila ke SHOPBACK.MY untuk register, shopping, & dapat duit balik! 


Tengok offer cashback diorang bagi.. Ada yang samapai 16%. Banyak tu.


Selamat mencuba =)


Wednesday 8 July 2015

MY LITTLE SEPET

Assalamualaikum..

Mula-mula lahir dulu sampai laaa sekarang kita orang masih tak tau Husna ikut muka sapa. Abah ke Ibu? Yang paling orang kerap tegur, mata Husna. Quite sepet! Mula-mula lahir dulu lagi la. Muka masih kembang dengan angin. Her eyes was like just a thin line! Ya. Very sepet. Kita orang macam, eh dia ikut mata sapa eh. Haha. Saya takdela sepet walaupun mata tak la bulat kan. Abah nya pun sama.


Ni masa 2nd day. See. Sepet.


1 month old. Masih sepet. Bukak mata pun macam tutup. ^_^



Ni masa 1 month ++ 



2 Months old.




3 bulan. Sapa cakap saya sepet? =p So sampai sekarang dah nak masuk 4 bulan kita orang belum tau Husna ikut muka sapa. Ye la baby kan muka ubah-ubah. He.




Muka beberapa hari lepas. 


Jadi Husna macam Ibu ke Abah?

^_^