Nuffnang Ads

Thursday 20 August 2015

5 months old!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Husna dah genap 5 bulan 13/8 hari tu. Baru je lepas demam. Kesian Husna. 5 hari demam. Suhu turun naik. Risau Ibu. Dah baik demam ceret beret pulak. Pastu tiba-tiba keluar ruam panas satu badan =(


Nasib baik demam kali ni Husna tak merengek. Tengok masih bole senyum2 lagi. Cergas & main macam biasa. Tapi badan panas sangat :(


Nak cuba meniarap dalam buai. Asyik meniarap je. Dalam buai ke, dalam kereta ke.



See? Kena selalu check dia kalau dalam buai. Tidur sangat la buasss. Dalam buai pun dia bole tidur macam tu.


Macam ni la badan Husna hari tu. Satu badan merah2. Kena pulak masa appointment cucuk 5 bulan, jadi kena postponed 1 minggu. 


Demam pun masih kuat main. Potpet potpet mulut bercakap dengan lion tu.


Tidur malam bagi pakai baju lubang2 je. Ingatkan tak nak pakaikan baju tapi risau dia garu kat badan yang ruam tu. hurm.


Lepas 5 hari baru sembuh sepenuhnya. Hye! Husna dah sehat =) Doakan Husna sehat selalu ye di jauhkan dari penyakit. Aamin..

5 MONTHS OLD
6.57 KG
63.5 CM.









Monday 3 August 2015

4 months ++

Assalamualaikum..

Little Husna's progress.13.3.2015.


Husna masa genap 4 bulan hari tu.

Setakat ni makin nakal. Makin manja. Kalau dulu tak boleh cium. Marah. Sekarang kalau kena cium sengih2 dia. Dah boleh meniarap masa umur 3 bulan ++. Tapi sampai sekarang belum dapat pusing balik sendiri. Menjerit dia bila dah letih.


Muka masa praktis niarap tapi gagal. Seminggu jugak dia cuba pusingkan badan tapi tak dapat.
 Pastu dapat pusing tapi tangan kiri pulak masih kena tindih. Belum expert lagi. Usaha lagi Husna.
Akhirnya berjaya! So sekarang sambung praktis nak pusing balik pulak masih tak reti.

Layan gambar je lah ya.









Anak abah. Manja sangat kalau dengan abah.

Moga terus membesar dengan sihat, kuat, cerdik, rajin, solehah.. Aamin..