Nuffnang Ads

Friday 31 July 2015

KEPERLUAN BABY. DO'S & DONT'S

Assalamualaikum.

Just nak kongsikan pendapat tentang keperluan wajib & tak wajib untuk 1st baby. Tiap baby maybe ada perbezaan. So saya nak share apa yang saya rasa kan penting =) & ni ikut pandangan saya la. 

1. Baby Cot vs Playpen

Saya pilih playpen. Sebab lebih jimat & kegunaan lebih flexible. Jimat sebab tak perlu beli bumper macam baby cot. Flexible sebab boleh jadi tempat tidur. Boleh jadi tempat bermain. Yang paling penting material dia soft jer. So tak payah risau baby terhantuk ke apa. Lagi satu boleh bukak & lipat kecik simpan dalam beg dia & boleh bawak pergi.Macam balik raya hari tu kita orang bawak balik kampung. Kalau baby cot jenuh jugak nak bukak & pasangkan balik.

2. Convertible car seat vs carseat biasa vs baby carrier

Yang ni rasa nya macam even. Tapi last2 saya pilih convertible carseat. Maybe kalau ada 2nd baby akan beli baby carrier. Boleh kakak duduk kat yang besar (convertible) adik duduk dalam carrier. Tapi memang wajib ada terutama kalau hantar anak kat baby sitter sorang2. Ataupun selalu jalan jauh-jauh. Boleh bagi baby relax dok sendiri kan. Lagipun lebih selamat.

3. Baby's Wardrobe

Sangat perlu melainkan almari korang memang banyak space lebih sebelum bersalin. Sebelum ni belikan Husna almari kecik tu. Tapi sekarang nak masuk 5 bulan almari tu dah penuh .Gift dari kawan-kawan, family. So, almari khas untuk baby memang keperluan penting.

4. Baby's chair

Ni belum beli. Tunggu dia umur 6 bulan la belikan. Rasanya better pilih yang 2 in 1 punya. Yang boleh bukak jadi kerusi rendah & boleh pasang balik kaki untuk jadi high chair kat meja makan. Pilih yang ada belt untuk lebih selamat.

5. Baby Walker

Bagi saya tak wajib kot. Sebab macam susah nak kawal bila baby dok dalam walker, Tengok la nanti kalau jumpa yang boleh lock tayar tu maybe akan beli. Kalau tak, tak beli.

6. Stroller

Pilih yang ringan, compact lipat kecik! Ni saya menyesal sikit pilih yang cantik kononnya. Balik kampung hari tu jenuh susun barang sebab stroller besar gedabak. So better pilih yang lipat payung. Dapat jimat ruang.

7. Baby bib

Saya tak beli satu pun bib dulu tau! Ingatkan tak perlu. Yang ada pun 2 helai gift orang bagi. Tapi sekarang Husna kuat main air liur-_- Baru sibuk belikan. Kalau tak pakai habis basah bajunya.

Hurm. Banyak lagi tapi lupa. Nanti sambung ye! =)


Thursday 30 July 2015

SHOPPING TAPI DAPAT DUIT??

#sticky post.scroll bawah untuk new post

Assalamualaikum.

Korang termasuk saya ni selalu suka shopping online berabis duit kan? Maklumla semua nya klik2 saja. Tak perlu carik parking. Tangan pun cerdik je klik sana sini cari barang. Kan? Pernah tak shopping tapi dapat duit balik? Ha.. Nak tak? Jadi sebelum shopping ONLINE sila baca entry ni sampai habis. Tak rugiii.

Kalau ikut cara ni korang boleh dapat dari 5% - 16% cashback tau! 
Contoh korang beli baju bernilai RM100, & ada tawaran cashback 10%, maksudnya korang akan dapat balik RM10! Nilai ni akan di kreditkan dekat akaun shopback korang. 

Macam mana nak dapat akaun shopback? Sila register melalui link kat bawah

Lepas tu boleh isi detail macam biasa dekat bahagian SIGN UP. Lepas Sign Up boleh la usha kat situ korang nak shopping kat website mana. Ada banyakkkk tau.

Then, klik kat link website yang korang nak terjah & shopping macam biasa! Habis shopping boleh cek cashback dekat akaun shopback korang tadi. Paling lambat masuk pun dalam 2 hari.

Ok. Cashback ni pulak korang boleh redeem selepas 60 hari dari tarikh korang shopping tadi. Boleh pilih nak masuk akaun bank korang / melalui Paypal. Minimum redeem cashback RM10. 

So sila ke SHOPBACK.MY untuk register, shopping, & dapat duit balik! 


Tengok offer cashback diorang bagi.. Ada yang samapai 16%. Banyak tu.


Selamat mencuba =)


Wednesday 8 July 2015

MY LITTLE SEPET

Assalamualaikum..

Mula-mula lahir dulu sampai laaa sekarang kita orang masih tak tau Husna ikut muka sapa. Abah ke Ibu? Yang paling orang kerap tegur, mata Husna. Quite sepet! Mula-mula lahir dulu lagi la. Muka masih kembang dengan angin. Her eyes was like just a thin line! Ya. Very sepet. Kita orang macam, eh dia ikut mata sapa eh. Haha. Saya takdela sepet walaupun mata tak la bulat kan. Abah nya pun sama.


Ni masa 2nd day. See. Sepet.


1 month old. Masih sepet. Bukak mata pun macam tutup. ^_^



Ni masa 1 month ++ 



2 Months old.




3 bulan. Sapa cakap saya sepet? =p So sampai sekarang dah nak masuk 4 bulan kita orang belum tau Husna ikut muka sapa. Ye la baby kan muka ubah-ubah. He.




Muka beberapa hari lepas. 


Jadi Husna macam Ibu ke Abah?

^_^

Monday 6 July 2015

WOOO ATTENTION TO MUMMIES & MOM2BE. CARSEAT MURAH GILAAA.

Assalamualaikum.

Here I am. Super excited. Energetic, just because I got a very valuable discounted item from LAZADA.

Ok. Actually dalam beberapa bulan lepas saya & husband decided nak belikan Husna playpen / baby cot. Either one. So saya start google pro's & con's 2 item tu. Ada yang sokong baby cot. Ada yang pilih playpen. Macam seri pulak. Bila dah seri macam tu of course bandingkan harga pulak. Obviously harga playpen lebih murah. Baby cot lebih costing sebab nak beli bumper set lagi. Total kalau include pos ke Sarawak boleh cecah RM800. Tak mampu -_-. Dan rasa tak berbaloi sebab tak pakai lama rasanya.

So we decided to chose a playpen. Survey sana sini termasuk dekat mall kat Sibu. Malangnya kat sini memang mahal compare to online. Kat sini paling murah playpen pun RM400++ tak termasuk mattress. No no. Saya bagi tau husband, we can get a cheaper price online.

Jadi saya cari dalam LAZADA. Nak yang murah, cantik & ada toy sikit pun jadila :p Ha. Cerewet tapi nak murah. Mana nak dapat? Takpe. Cari dulu. Lama jugak saya cari. Tiap hari saya window shopping kat sini. Satu tips saya nak bagi, kalau korang cari satu item tu, dah jumpa jangan terus add to cart tau. Korang search nama model item tu. Nanti akan keluar semua. Harga berbeza tau sebab vendor diorang lain-lain. So compare dulu harga, then pilih yang termurah baru add to cart.

Dah habis cari, saya pilih playpen brand Sweet Cherry.


Harga kat atas RM264. Ni harga sekarang. Saya beli hari tu dengan harga offer hanya RM216. Untung tak? Sebab saya pilih jenis ni :
1. Comel la jugak.
2. Ada toys sikit
3. Ni paling penting free postage ke sarawak. Kalau ada cas pos maybe + around RM30? Sebab item berat kan.
4. Antara yang murah.

Lepas playpen cari mattress nya pulak.


RM79 for mattress.

So total RM216 + RM79 (FREE POSTAGE) = RM 295.
Tapi saya just bayar RM 245. Why? Sebab masa 24-26 Jun hari tu kan LAZADA buat sale. Ada diskaun RM50 untuk pembelian RM 200 ke atas. So after deduct RM50, total amount hanya RM245!


See. This is why I'm addicted with LAZADA.

Dan pagi ni macam biasa suka-suka usha LAZADA. Sebab ada target nak beli carseat untuk Husna. Sebelum ni jalan-jalan dok kat riba je. Nanti raya nak balik kampung 5 jam perjalanan takut tak larat.
Dari last month survey. Ada yang berkenan tapi quite expensive.

Macam biasa nak yang terbaik tapi nak murah. Haha. Tu yang susah dapat. Kan.
Tapi.. Alhamdulillah. Hikmah menjadi window shopper yang rajin saya terjumpa offer ni :

Hanya RM 179.10 free postage! Harga asal kalau include pos ke Sarawak RM 400++ tau. 
Wahhhh. Terus whatsapp husband bagitau yang ada sale gila-gila! Husband bagi green light terus. Yela kalau tak sale memang tak la nak beli dengan harga asal.

Yang paling bestnya, tau tak berapa saya perlu bayar?

Tadaa! Hanya RM 159.10! Sebab apa?? Sebab saya subscribe newsletter dari LAZADA. So ni satu lagi tips. Korang subscribe saja dah dapat kupon RM 20. Jadi RM179.10-RM20=RM159.10.

Mana nak dapat carseat yang convertible, boleh guna dari newborn sampai umur 4 tahun dengan harga hanya RM 159.10? Jadi mummies yang tengah usha carseat tu cepat-cepat beli SEKARANG! Sebelum offer tamat. Jangan lupa subscribe tau. Nanti dapat diskaun RM20.

Nak lebih diskaun tak? Ni extra la ye kalau rajin boleh cuba. Sila baca entry ni  dulu SHOPPING TAPI DAPAT DUIT? Ikut step tu, pastu shopping macam biasa. Dah! Sila shopping sekarang!

Good luck mummies =)