Nuffnang Ads

Tuesday 28 January 2014

Real Friends!

Assalamualaikum..


Betol tak? Kalau bagi orang macam saya memang 100% true! Kalau saya baru kenal someone, memang saya agak lambat mesra & akan jadi lebih pendiam. I'm not sombong. Just shy dengan strangers / orang yang baru kenal. I'm not the type of person yang terus mesra bila kenal. Biasanya saya ambik masa sebelum jadi the normal me ( outgoing + insane) Mana yang baru kenal saya memang assumed saya jenis quiet + shy + kurang mesra. Sangat tak betol ok! =) It takes time untuk saya betol-betol selesa with someone. Tapi once saya dah biasa, haaaa.. Habes laaaa.. 

Selalunya kan memang real friends sahaja yang betol-betol kenal kita. Betol tak? Nak tau ciri-ciri real friends?? Diorang akan terima kita seadanya. Tak kira la masa susah/senang. Masa kita pemalu ataupun jadi gila!=p  Yang bole buatkan kita gelak even da buat benda paling memalukan. Yang takkan berubah walaupun dah lama tak jumpa. The one yang will be happy for your happiness. Yang akan sedih bila kita down. Had one? Jaga la hubungan tu baik-baik =) 
Love u bestfriend =) You know who you are.


Friday 24 January 2014

Handbouquet Idaman Hati

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selamat sampai ke Sibu jam 1230 tadi. Sepanjang 19 hari bulan hingga semalam, saya ikut trip ke Tegulang, Murum Belaga. Nanti saya share tentang trip tu.Yang pastinya trip kali ni memang banyak memberikan saya pengalaman! =) Ok. Hari ni nak cakap tentang handbouquet! Bridetobe semua mesti la nak handbouquet comel2 tk majlis kan. 

Kalau masa saya tunang dulu saya DIY handbouquet. Oleh kerana tangan saya ni agak kayu, saya just compile kan bunga artificial pink+putih (nama bunga pun saya x tau), pastu saya lilit-lilit pakai pelekat bunga yang warna hijau tu.(pun x tau nama) he. Pastu siap! Dan jadi macam ni :


* ni je gambar yang paling jelas nampak handbouquet.heheh.

Kalau handbouquet memang saya lebih suka kalau buat dari bukan bunga hidup. Sebab bunga hidup ni saya tak pandai nak jaga. He. So saya memang lebih prefer selain dari bunga hidup. Banyak kali da saya usha dalam google. Dalam banyak-banyak jenis handbouquet yang saya jumpa, saya paling suka a tengok Daisy Handbouquet!

*simple yet beautiful kan?? Kredit to Handbouquet-Ibtisam.

Lagi pun saya rasa kalau daisy handbouquet ni sesuai dengan baju yang saya nak pakai nanti. Cewah. Ye la, baju saya nanti memang simple habis! Very plain & warna pun very soft. No manik-manik or liplap liplap.he. Jadi bagi saya bunga tangan macam ni sesuai. 
Kalau dari segi warna pulak pilihan hati saya peach + turqoise! Tak tau nape tapi memang dari dulu saya suka sangat tengok warna peach. Kalau plus turqoise memang idaman hati saya la. Sebab saya memang suka warna pastel macam ni =)



Nampak sweet kan? Ehem. Klu untuk warna tema my wedding nanti. InsyaAllah ;) Since saya ni very petite, memang saya suka kalau bunga tangan kecik/sederhana saiznya. Sebab kalau besar sangat nanti nampak macam bunga tu lagi besar dari saya. Cer tengok gambar bunga tangan yang saya DIY kat atas tu. Tu a, mak saya da cakap buat kecik je. Tapi saya da susun bunga tu cukup-cukup nak bentukkan jadi bulat. Tak pandai pulak saya nak kecikkan lagi. Bila saya tarik 1 2 bunga keluar, da tak jadi bulat pulak. Alahai. Memang kalau bab macam ni saya agak kayu. Ye la, seni pun saya belajar sampai darjah 6 je =p

Apa bole buat. Sebab nak save bajet, saya on jugak pakai bunga tangan besar gerabak saya tu. Dengan susunan yang senget benget. Dah tu nampak pulak pelekat hijau.he. Tak kisah la.. Lagipun saya bukan jenis yang cerewet sangat. 

Tengok dalam gambar come jugak kan? (ke saya je yang tengok macam comel?) Takpe la.. Mana tau tuk kawen nanti bunga tangan saya ganda-ganda comel? Haaa.. Berangan lagi. Majlis tinggal lagi  2 bulan. Doakan saya ye moga urusan dipemudahkan.. Amin.. Untuk bridetobe yang lain, share la ngan saya korang suka bunga tangan cm mana ek?=) 

Saturday 18 January 2014

Result 2nd giveaway by Handbouquet-Ibtisam

Assalamualaikum...

Yang dah joined giveaway ni mesti excited tunggu keputusan kan? Giveaway ni dah tamat pada 15 januari ye.. & seperti yang dijanjikan, hari ni Ciktie pun umukan dekat fb beliau Handbouquet-Ibtisam. Saya kan salah seorang peserta =) Bole baca kat entry ni Giveaway by Handbouquet-Ibtisam.


So, tadi saya terus jengok FB Ciktie nak tengok kalau-kalau Ciktie dah umumkan. Tadaaa! 1st post saya tengok gambar yang ada nama pemenang pertama.Jeng jeng jeng...

Cik Mariatulkhabtitah bt Hamzah.. Dia dapat 1 handbouquet + 30 tasbih fatihah. So lucky! Then, saya scroll bawah lagi. Usha nama 2nd place pulak. Dup dap dup dap. 

2nd winner : Cik Nurshafika bt Mohd Sakeh. Congrats! Pun dapat handbouquet + 20 tasbih fatihah. 
Ahhhhh..line tenet slow pulak. Tunggu-tunggu loading lagi nak scroll kat bawah. Pleaseeee nak tau sapa dapat 3rd place. 3rd place akan dapat 15 tasbih fatihah tau. Walaupun tak dapat handbouquet, tasbih ni sangat berguna. Hajat hati kalau saya menang, tak kira la dapat handbouquet + tasbih or dapat tasbih saja, saya nak bagi tasbih tu dengan kumpulan Zikir masa majlis sanding saya nanti. Ye la, tasbih kalau kita bagi kat orang & orang tu guna, kita pun bole dapat pahala sekali =) 

Sementara tunggu loading, sempat lagi cuci beras tuk masak nasi. Alahh..Line tak sporting a..Tau la saya tak menang 1st & 2nd place. Jangan a macam ni. Tup tup tengok da nampak gambar pemenang 3rd place.. Drum rollllllll... Bagi semangat sikit ye... Debar-debar ni nak tau dapat ke tak dapat. (Bridetobe yang bajet sangat ketat macam saya ni memang suka dapat hadiah=p) 
TADAAAAA!!!


3rd winner : dapat 15 tasbih fatihah. EHEM-EHEM.eh ehhh.. Nama saya la..Alhamdulillah.. Ha...walaupun tak dapat handbouquet (hoping) saya syukur sangat-sangat dapat jugak tasbih ni.. TQ sangat-sangat dekat Handbouquet-Ibtisam sebab buat giveaway macam ni.

Bridetobe kat lua tu boleh la usha page Ciktie ni.. Bukan handbouquet + tasbih je Ciktie jual tau.
* Bunga telur
* Veil pun ada tau! Cantik kan?
* Brooch/corsage. Comelnya!
* Signage

* Tasbih ;)

Dan handbouquet! Banyak jenis ada tau! Rambang mata tengok. Ada lace handbouquet, rose handbouquet, ada yang kristal, ada pearl handbouquet, satin, daisy.. Adoi. Memang cantik-cantik semuanya. My favourite daisy handbouquet & lace handbouquet.Sweet je! Bestnya kalau tangan saya ni macam tangan Ciktie. Bagi bridetobe yang berminat bole la tengok kat Handbouquet-Ibtisam ye. Confirm tak tau nak pilih mana satu. Tak caya? Tengok ni!


Alololo..Cantik sangat-sangat! Ok! So kalau berminat bole PM Ciktie kat FB Handbouquet-Ibtisam.
Kepada Ciktie makaseh banyak2! ;)

-Selamat mencuci mata-


Thursday 16 January 2014

Saya nak RM 300.00 Ang Pow daripada Nile.com.my

Assalamualaikum..

Firstly nak say sorry pada mana-mana yang dah terbaca entry asal saya tentang giveaway ni.Untuk makluman, ada kesilapan dalam tatacara nak join giveaway ni seperti dalam entry asal saya.Cewah. So, hari ni saya nak buat pembetulan dalam penyertaan saya setelah dimaklumkan pihak Nile.com.my

Sekarang Nile.com.my mengadakan giveaway ni sempena Chinese New Year. Hadiah -hadiah yang ditawarkan adalah...Drum rolllllll =)

2 lucky winner akan dapat RM 300 setiap seorang
4 lucky winner akan dapat RM 100 setiap seorang

Best kan hadiahnya?? Waa..Kalau la saya menjadi salah seorang lucky winner tu nanti, mestila nak guna duit angpow tu untuk shopping online kat Nile.com.my! Sebab before ni selalu je add barang kat favourite, tapi nak membeli nya asyik tertangguh. Al maklum la sekarang duit banyak mengalir ke arah persiapan majlis nanti. So kalau ada rezeki dapat Angpow nanti, boleh la yang dalam MY FAVOURITE tu berpindah dekat CART ;) InsyaAllah.. Hope ada rezeki.AMIN..



Giveaway ni tamat pada 21 Januari 2014 pukul 12 pm ye. Jadi sempat lagi nak join. Keputusan akan diumumkan dekat http://www.nile.com.my/page.php?cd=87 pada 23 Januari 2014 jam 2.30 petang =)

Nak join jugak? Ni cara nya =)
1. Buat entry : Saya nak RM 300 Angpow daripada Nile.com.my
2. Masukkan banner macam yang saya letak kat atas dan linkkan banner dekat http://www.nile.com.my/page.php?cd=76.
3. Lepas tu nyatakan apa yang korang akan buat dengan duit angpow tu kalau rezeki korang menang nanti =)
4. Lastly, emelkan dekat give_away@nile.com.my : NAMA PENUH, BLOGLINK & HP NUMBER

-GOOD LUCK-


BRIDETOBE : DARAH MANIS ATAU ..........................

Assalamualaikum..

Bridetobe berdarah manis ke? Selalu kita dengar kan orang pesan-pesan macam ni, macam tu dekat bakal pengantin / pengantin baru. Ye la sebab orang cakap kita darah manis. Kena hati-hati dalam segala hal. Pagi tadi saya turun kerja macam biasa la. Sampai kat ofis biasanya lebih kurang dalam 720 camtu. 

Cam biasa la saya masuk parking. Then, terhegeh-hegeh capai handbag, botol air & payung (musim hujan harus bawak payung) sebelum keluar kereta. Tengah capai2 semua tu tiba-tiba toink!@_@ Kereta rasa bergegar kejap. Mak aiii..Terus angkat muka tengok. EH EH bapak besar punya Honda CRV yang reverse kereta dia tanpa toleh belakang & langgar muncung depan kereta saya -_-. Saya pun... Alah.. takkan kena langgar lagi. Lepas bertunang ni, da 2 kali saya kena langgar tau!Bukan saya yang cuai. Tapi asyik2 kena langgar. Before ni pernah kena langgar kat bontot kereta sampai kemek. Few months ago =( Nasib yang menabrak tu ok je & terus bawak g bengkel. Kali ni muncung depan pulak yang kena CIUM. Alahaiii..

Terus saya keluar cek muncung. ALHAMDULILLAH.. Mujur kereta saya ada perisai kat depan! Ha.. Takde calar / kemek pun. Lega hati saya. Yang langgar tu pakcik cina.. Dia datang dengan wife dia nak tukar IC kat JPN. Muka diorang da susah hati sebab diorang yang salah kan sebab langgar saya. Aleh-aleh tengok kereta saya ok. Tapi malangnya, bontot CRV pakcik tu pulak yang calar. Kesian dia. Tak bole nak wat apa la kan da dia yang salah reverse tak tengok belakang lagi. Dia terus say sorry bertalu-talu. Ewah pakcik.. Mujur kereta saya takde apa-apa. So saya ok je la..

Ada baiknya pasang besi kat depan kembara tu =) Kalau takde besi tu memang kemek da muncung tadi =( Kalau kena masuk bengkel lagi memang patah la kaki saya nak g mana-mana. ALHAMDULILLAH, Allah selamatkan saya dari ditimpa musibah.

Ni la perisai kereta saya ;) Aummm..
* kes darah manis ke tak manis?? heheh.

Tak kira la korang darah manis ke tak manis ke, bridetobe ke bkn bridetobe ke, yang penting hati-hati la ye. Biar lambat asal selamat. Kes saya ni da parking pun bole kena langgar. Ha.. So, be careful tau! Moga ALLAH selalu lindungi kita dari segala musibah. AMIN..

Sunday 12 January 2014

GIVEAWAY BY HANDBOUQUET-IBTISAM

Assalamualaikum =)

Kali ni saya join giveaway by Handbouquet-Ibtisam pulak. Sebab hadiahnya sangat menarik tau! Sesuai sangat untuk bridetobe macam saya ni. So, bagi bridetobe yang lain tu, jom la join sekali. Mana tau rezeki kan? Cara nak sertainya mudah je. 

Langkah2 nya :-
1) LIKE page ini Handbouquet-Ibtisam
2) LIKE gambar ini 2nd Giveaway
3) SHARE pada wall anda & publickan
4) COMMENT "Done & Nama Penuh beserta tarikh mjlis"
5) Tunggu, Doa & Tawakal moga ada rezeki kalian
6) Tamat pd 15.01.14 dan pemenang akan diumumkan pd 18.01.14


Selain FB, korang jugak boleh join kat instagram & blog!

Kalau korang nak share di intagram, guna hashtag #2ndgiveawaybyibtisam #ordinaryibtisam dan tag nama '@ciktie' .. Nanti diorang akan cek di fb & intagram.. Bole jg refer ig @ciktie utk cara2...

Untuk blogger pulak.. Bole buat entry dan bg kat diorang link entry tersebut.. 

Giveaway ni terbuka pada mereka yang majlisnya bln Mac 2014 dan ke atas. So, saya sempat lagi nak join =) Doakan saya dapat ye? AMIN. Pemenang akan dipilih secara rawak tau.

Haaa..nak tau hadiahnya??BEST SANGAT!

1st - 1 Handbouquet + 30pcs Tasbih Fatihah (random color)
2nd - 1 Handbouquet + 20pcs Tasbih Fatihah (random color)
3rd - 15pcs Tasbih Fatihah (random color)


-GOOD LUCK-



Saturday 4 January 2014

WEDDING SONGS

Assalamualaikum..

=) Sekarang misi cari lagu yang sesuai untuk majlis resepsi nanti. Favourite song setakat ni :

1) Tercipta untukku - Ungu
2) For the rest of my life - Maher Zain
3) Terukir di bintang - Yuna
4) I do - Colbie Caillat
5) Ku pinang kau dengan bismillah - Ungu ft Rossa
6) Istikharah cinta - Sigma

Lagu apa lagi yang best untuk majlis nanti ye? Bole share x?? =)

Wednesday 1 January 2014

WEDDING PREPS

Assalamualaikum..

3 bulan lagi majlis akan berlangsung =) InsyaaAllah.. Tapi banyak lagi yang kena buat..huhu..

1) Ambik borang kahwin kat Jabatan Agama Islam. En.Tunang da ambik borang dia tapi belum complete kan. & saya tak dapat nak proceed dulu sebab tunggu borang dia lengkap. Kahwin berlainan daerah bertambah la sikit prosedurnya.

2) Ujian saringan HIV. Ni la yang paling tak nak buat. Alahaiii..

3) Bilik pengantin. Just dah clearkan barang-barang. Belum mula cat pun -_-.

4) Kad kahwin. Yang pihak perempuan dah settle. Yang pihak lelaki belum lagi -_-.

5) Doorgift . Belum decide nak beli apa untuk isi doorgift.

6) Hiasan kereta pengantin. Niat hati nak DIY sebab nak save bajet. =) Tapi belum beli material la..

7) Nak pilih/cari emcee untuk majlis sanding.

8) Tempah katering.

9) Bunga tangan untuk akad nikah. Ni pun nak DIY =)

10) Tempah MUA.

Banyak lagi yang belum settle.Doakan majlis saya nanti berjalan lancar & dipermudahkan ye..Amin..=)