Nuffnang Ads

Thursday, 16 January 2014

BRIDETOBE : DARAH MANIS ATAU ..........................

Assalamualaikum..

Bridetobe berdarah manis ke? Selalu kita dengar kan orang pesan-pesan macam ni, macam tu dekat bakal pengantin / pengantin baru. Ye la sebab orang cakap kita darah manis. Kena hati-hati dalam segala hal. Pagi tadi saya turun kerja macam biasa la. Sampai kat ofis biasanya lebih kurang dalam 720 camtu. 

Cam biasa la saya masuk parking. Then, terhegeh-hegeh capai handbag, botol air & payung (musim hujan harus bawak payung) sebelum keluar kereta. Tengah capai2 semua tu tiba-tiba toink!@_@ Kereta rasa bergegar kejap. Mak aiii..Terus angkat muka tengok. EH EH bapak besar punya Honda CRV yang reverse kereta dia tanpa toleh belakang & langgar muncung depan kereta saya -_-. Saya pun... Alah.. takkan kena langgar lagi. Lepas bertunang ni, da 2 kali saya kena langgar tau!Bukan saya yang cuai. Tapi asyik2 kena langgar. Before ni pernah kena langgar kat bontot kereta sampai kemek. Few months ago =( Nasib yang menabrak tu ok je & terus bawak g bengkel. Kali ni muncung depan pulak yang kena CIUM. Alahaiii..

Terus saya keluar cek muncung. ALHAMDULILLAH.. Mujur kereta saya ada perisai kat depan! Ha.. Takde calar / kemek pun. Lega hati saya. Yang langgar tu pakcik cina.. Dia datang dengan wife dia nak tukar IC kat JPN. Muka diorang da susah hati sebab diorang yang salah kan sebab langgar saya. Aleh-aleh tengok kereta saya ok. Tapi malangnya, bontot CRV pakcik tu pulak yang calar. Kesian dia. Tak bole nak wat apa la kan da dia yang salah reverse tak tengok belakang lagi. Dia terus say sorry bertalu-talu. Ewah pakcik.. Mujur kereta saya takde apa-apa. So saya ok je la..

Ada baiknya pasang besi kat depan kembara tu =) Kalau takde besi tu memang kemek da muncung tadi =( Kalau kena masuk bengkel lagi memang patah la kaki saya nak g mana-mana. ALHAMDULILLAH, Allah selamatkan saya dari ditimpa musibah.

Ni la perisai kereta saya ;) Aummm..
* kes darah manis ke tak manis?? heheh.

Tak kira la korang darah manis ke tak manis ke, bridetobe ke bkn bridetobe ke, yang penting hati-hati la ye. Biar lambat asal selamat. Kes saya ni da parking pun bole kena langgar. Ha.. So, be careful tau! Moga ALLAH selalu lindungi kita dari segala musibah. AMIN..

2 comments:

S. Faezah said...

luckily xde apa2 kann.. :)

Humairah Jimat said...

Tu la..syukur sgt xde pa2..kalau x,bnyk lg urusan kena buat..huhu..