Nuffnang Ads

Tuesday 29 October 2013

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST

Assalamualaikum.. =)

Hari ni saya join SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST anjuran Cik Icumm. Yela, sebagai orang baru, segmen macam ni bagus untuk saya tambah kawan kan=) Jom la join sekali.


Monday 28 October 2013

Saturday 26 October 2013

HIV TEST BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum..

5 months to go. Benda yang paling buat saya takut HIV TEST! Sebab saya takut injection, ambik darah, luka, & yang sewaktu dengannya =( Dulu saya dengar kat Sarawak tak wajib buat HIV test ni. Tapi tak pasti pulak sekarang dah wajib ke tak.Mohon pencerahan kalau ada yang tau..hm..Honestly lemah semangat saya nak buat. Bole tak buat HIV test pakai rambut??ahaha. Marah doktor kalau dengar saya tanya mcm ni.He. Tapi kalau kat Sarawak pun dah wajib, nak tak nak saya kena buat jugak.huhu. Kena beranikan diri kalau nak kawen ye tak?he. Doakan saya ye.=)

Wednesday 23 October 2013

BAJU KURUNG & BAJU MELAYU MURAH : MODISH.COM.MY

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak wat review tentang satu website yang jual baju kurung & baju melayu murah.. Saya tinggal kat Sibu Sarawak, kat sini memang tak banyak kedai pakaian muslimah..Kalau ada pun harga memang mahal.. Jadi saya memang lebih prefer cari online.. Saya jumpa website Modish ni masa cari baju melayu.. Kebetulan kat sini ada jual pakaian perempuan jugak..Murah pulak tu. So, saya beli sekali la.Mula-mula memang rasa ragu sikit sebab 1st time beli kat sini.Then saya google nak cari review tentang website diorang pun takde jumpa apa-apa..Oleh kerana jumpa yang berkenan & murah, saya cuba jugak order.. Mula-mula kena register akaun dulu tau. Isi borang macam ni :


*klik utk tengok lebih jelas.
Lepas siap isi borang, nanti korang akan receive email confirmation dari modish macam ni.

Pastu korang boleh la login & mula shopping! Shopping kat sini pun tak susah..
1- Add to cart barang yang korang nak.
2- Klik shopping cart. Dalam ni ada barang yang korang add tadi.
3-Pastu akan ada soalan :  What would you like to do next?
    * use coupon code (kalau ada kupon pilih ni)
    * use gift voucher (pun sama kalau ada guna ni)
    * estimate shipping & taxes ( kalau kupon & voucher takde, terus proceed pilih ni. nanti akan 
       keluar bandar & poskod kawasan yang korang isi masa register akaun.
4- Then akan keluar la estimate berapa shipping korang kena bayar, klik kan kawasan korang & apply shipping.
5- Shopping cart korang akan ada harga update lepas add up shipping tadi..
7- Klik Checkout untuk proceed kan order & payment=)

Nanti korang bole view order dekat my account. Sistem akan update macam ni list barang yang korang da order..


*klik utk tengok lebih jelas

Lepas tu diorang akan update lagi kalau korang dah buat payment. Semuanya akan ada detail tau. So, jangan risau la kalau nak shopping kat sini. Dapat semak order history kalau nak tau status order kita macam mana. Dari status pembayaran sampai la ke shipping, semua ada update dalam order history ni.

* klik utk tengok lebih jelas

Selain dekat website ni sendiri, diorang akan hantar jugak emel bagitau status order kita macam ni :

*klik utk tengok lebih jelas

So, boleh shopping kat sini tanpa was-was!heheh. Saya place order on 19 oct, Sabtu. buat payment on 20 oct..Diorang poskan 21st! & saya received parcel hari ni!Cepat kan servis diorang?

Harga baju kurung serendah RM 49.90


Harga baju melayu serendah RM42.90


Harga samping RM39.90. Murah kan?Ada banyak lagi pilihan kat sana.


Ada jual pakaian sekolah jugak tau.Bagi yang ada anak bersekolah leh la usha kat sini=)


Butang baju melayu pun ada=)


Haaa..Tengok!Family set pun ada tau!Tak payah susah2 cari kat lain-lain kedai.


Paling best. kalau beli above RM150, bole dapat free gift & free postage!=) 


Ni baju-baju yang saya order.Sampai pagi tadi.5 pasang baju total hanya RM261.50. Suka tak? Kalau suka g terjah Modish sekarang!huhu=) Selamat membeli.










Sunday 20 October 2013

KALENDAR CUTI SEKOLAH 2014.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Akhirnya keluar jugak kalendar ni..Dari bulan September tunggu sebab banyak yang cakap akan keluar on 15 September..Tapi tunggu punya tunggu tak keluar jugak sampai Oktober. Risau sebab nak tetapkan tarikh kahwin kena tunggu kalendar ni keluar..Sekarang lega sangat-sangat..Dah dapat pun tarikh & dah booking dewan untuk majlis sanding nanti=) Alhamdulillah..Doakan urusan saya & keluarga dipermudahkan ye.. Amin=) Ni kalendar cuti sekolah untuk rujukan semua..Bole la rancang nak pergi bercuti untuk keluarga masing-masing nanti..


*klik untuk lebih jelas=)


*klik untuk lebih jelas=)

p/s : my big day will be on March.Inshaa Allah ;) Moga semua urusan dipermudahkan Ya Allah & murahkan lagi rezeki Bride to Be yang bajet ni =) AMIN..

Wednesday 9 October 2013

Gred Jawatan Juruteknik


Assalamualaikum..
 
Berita baik untuk juruteknik..Sumber borneo post..Alhamdulillah..
 
Gred naik, 45,000 juruteknik nikmati skim gaji baharu


theborneopost.com




/2013/10/09/gred-naik-45000-juruteknik-nikmati-skim-gaji-baharu/


KUCHING: Seramai kirakira 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di negara ini kini menikmati skim gaji baharu ekoran keputusan kerajaan menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1 Julai 2013.
Skim gaji baharu itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Raz ak ketika membentangkan
Bajet 2014 di Parlimen, lewat bulan ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata, ia melibatkan semua juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, melainkan yang mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.
“Skim baharu ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September lalu dan ia telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.
“Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma.

“Sudah tentu tangga gaji akan berubah, gaji permulaan juga berbez a, misalnya kalau sebelum ini juruteknik baharu dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055,” jelasnya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaikan ucap tama pada Persidangan Kebangsaan Pertama bagi Juruteknik dan TVET Semi- Profesional Sarawak CREATE 2013.
Beliau menjelaskan, di bawah skim baharu itu, perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.
“Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang sama rata kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga gaji lebih baik. Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini.
“Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau ada diploma atau ijaz ah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada kekosongan.
Sebab itu, juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta gaji,” jelasnya.
Selain itu, katanya, sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan, jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1 Januari 2014.

“Mulai tahun hadapan, tidak ada lagi jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan, ia diganti dengan jawatan Penolong Jurutera.
Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma daripada politeknik atau mana- mana institusi pengajian tinggi menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan,” katanya.
Sementara itu, dalam ucap tamanya, Omar berkata semua juruteknik harus mempersiapkan diri menghadapi transformasi dengan mengubah cara berfikir dan bekerja serta memberi penjenamaan semula untuk menjadi penolong jurutera yang berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya semua juruteknik mesti ada ‘Green Card.’
“Pemberian ‘Green Card’ itu penting kerana bidang tugas juruteknik memerlukan mereka melawat tapak, tetapi tidak ada (dilaksanakan). Sudah 30 tahun sebagai juruteknik J22 dan J26 tetapi tidak tahu bidang kerja mereka dalam gred itu.
“Skim kita hari ini mundur kalau dibandingkan dengan juruteknik syarikat GLC. Sebab itu kita naik taraf juruteknik,mansuhkannya. Tiada lagi jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan ‘Time Based’ dari J29 terus ke J54,” katanya.