Nuffnang Ads

Thursday, 8 January 2015

THIRD TRIMESTER : MASALAH TIDUR!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Esok genap 31 minggu dah.. Da nak masuk 8 bulan. Yea! Antara yang dihadapi sejak masuk trimester ketiga ni tak la seteruk trimester 1 dulu. 

Minggu 26-28 lebih kurang;
Sakit pinggang, sakit kaki, sakit punggung, sakit semua la. Tambahan pulak hari-hari pergi office turun naik tangga. Office pulak kat tingkat 3. BAGUS sangat kan. Pastu decide nak cuba Ostematrix Shaklee. Kawan yang suggest. Masa pregnant dulu dia amalkan Oste ni & badan cergas je. Jarang sakit-sakit. So saya cuba la.

Minggu 29-31 ;
Dah mula makan Oste tiap hari. Patutnya makan 4 bijik sehari. Tapi saya makan 2 saja. Entahlah macam takut nak makan banyak. Pil tu besar la pulak. Dahla saya memang tak suka telan pil. Lagipun saya kecik je. Cukupla kot 2 bijik sehari. HAHA. 

Alhamdulillah lepas amalkan Oste ni memang kurang sakit badan saya. Sakit belakang & pinggang dah takde pun. Kaki kadang-kadang masih sakit la. Maklumla tiap hari turun naik tangga bawak perut yang makin besar. Memang semput jugak la.

Cuma sekarang saya memang susah nak tidur. Mata takde masalah. Pukul 9 malam pun da ngantuk. Masalahnya posisi tidur tu buatkan saya susah nak lelap lama. Pusing kiri tak selesa. Pusing kanan selesa tapi baby pulak kick kau2! Terlentang jangan harapla. Cukup 5 minit memang sesak nafas dibuatnya. Akhirnya tidur la pusing kiri kanan kiri kanan sampai ke pagi. HAHA. 

Takpela. Demi baby. He. Husband pun jadi susah nak tidur sebab saya tidur memang tak dok diam dah. Cari posisi yang selesa tu memang susah sangat. Harap-harap walaupun saya tak selesa, baby kat dalam perut dapat rehat & tidur nyenyak. Sebab sepanjang hari sampai la malam sebelum tidur pun baby masih aktif kick2 saya.

Ada lagi lebih kurang 9 minggu. Harap baby sihat & sempurna. Tak lama lagi boleh jumpa dah! InsyaAllah.. Amin.
Lebih kurang macam ni la mata kita sekarang. Takpe. Panda kan comel.

3 comments:

Asha Lya said...

X lma lgi baby dah nak kluar kan..wah x sbr rasanya nak jumpa org baru

Humairah Jimat said...

ya lya..edd 12 mac..dh mula bdebar ni..

misz sheyla said...

dah xlama lagi..moga dipermudahkan...hihi panda pun comel ape