Nuffnang Ads

Friday 26 December 2014

PRAY FOR MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR

Assalamualaikum..

Pagi ni bukak FB tengok update tentang banjir. Runtun rasa hati. Rasa nak nangis pun ada. Ya, saya berasal & menetap di Sarawak, takde keluarga yang tinggal kat sana. Tapi tetap rasa sedih tengok musibah yang menimpa mereka di Pantai Timur. 

Terbaca status seorang kawan yang dah menetap kat sana ikut suami. Ya Allah. Betapa beratnya dugaan yang dihadapi mereka sekarang. Dengan 2 anak yang masih kecik. & bersama adik iparnya yang tunggu masa nak bersalin. :'( Tak dapat bayangkan perasaaan mereka sekarang. 

Moga Allah melindungi kalian yang terlibat dengan bencana banjir ni. Mohon pada individu yang masih bercakap negatif, mengungkit tentang politik, pemimpin, hentikanlah. Ini ujian dari Allah. Bukan hanya ujian ke atas mereka yang terlibat. Tapi juga ujian buat kita. Lebih baik doakan & katakan yang baik-baik sahaja untuk mereka yang terlibat. Jangan ditambah dengan kata-kata sumbang & kosong yang takkan mampu ubah apa pun.


Moga ALLAH sentiasa melindungi kita dari musibah. AMIN YA RABBAL ALAMIN..



No comments: