Nuffnang Ads

Thursday 4 December 2014

Week 26.

Assalamualaikum.

Sekarang dah masuk bulan keenam ++. Lebih tepat dah 26 minggu. Alhamdulillah sekarang badan memang cergas. Orang kata 2nd trimester memang lebih cergas berbanding trimester lain kan? Cuma sekarang ada masalah tiap kali lepas makan/minum. Lepas makan / minum mula rasa tak senang duduk. Huhu T_T Perut rasa tegang sangat-sangat walaupun makan bukan dalam jumlah yang banyak. Mungkin sebab saya ni berangka kecik, perut pun kecik, bila baby mula membesar kat dalam ni + makanan / minuman pulak jadinya sangat padat. 

Tu baru makan biasa-biasa / sikit. Kalau makan banyak? Memang tak senang duduk saya. Bersandar sakit, tak bersandar sakit, bawak berdiri pulak rasa lagi tegang. Huhu. Anak Ibu da makin berat ek? Kick boxing pun da makin kuat sekarang. Kekadang macam berombak je atas perut. Entah apa Baby H buat kat dalam =) Paling aktif malam-malam sebelum masa tido. Terbalik pulak kan.

Tak sabar rasanya nak jumpa dia =') 

Sedikit info tentang minggu ke 26 (Sumber : Baby Center )


Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

Kelas antenatal anda seharusnya sudah bermula dalam satu atau dua minggu ini, atau mungkin sudahpun bermula. Kelas-kelas ini dapat memberikan anda maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi. 

Ya ALLAH, moga Kau permudahkan segala urusan kami. AMIN.

No comments: