Nuffnang Ads

Tuesday 2 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum.

LAZADA MALAYSIA akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.



Jadi.. Kalau ada RM1212 apa yang boleh beli di LAZADA MALAYSIA? Huhu. Rambang mata nak pilih tau! Sebab kat sini semua ada! Kira macam one stop centre la kan! Oleh kerana saya ni mak buyong / mother to be lagi lebih kurang 3 bulan, mesti la excited usha barang BABY! OMG. Banyak sangat pilihan kat sini. Antara yang saya berkenan.. Jeng jeng jeng!


Harga : RM 260.00. Kenapa saya nak this one?

Sebab harga berpatutan dengan fungsi nya! Car seat ni boleh guna dari newborn sampai umur 4 tahun! Kalau untuk newborn boleh guna rearward facing, & bila dah besar sikit boleh guna forward facing! Ha..Kan jimat tak payah beli 2 car seat. Beli satu ni je pun dah boleh guna lama kan?


Harga : RM379.00

Wah..Cantik tak? Kan kan? Sebab tu la terbekenan dengan stroller ni. Warna nya ceria sangat! Saya memang suka warna-warna macam ni. Lagipun warna macam ni girl/boy 2 2 boleh guna.He. Memang stroller idaman! Ni pun sama macam carseat tadi. Boleh guna dari newborn sampai umur 4 tahun. 


Okey! Enough with baby's stuffs sebab banyak item dah beli jugak. Next item, reward for myself. =)


Harga : RM 449.00

Mixer ni of course ler penting untuk guna masa perayaan. Mixer yang ada kat rumah sekarang ni dah agak uzur. Pusing pun dah slow. Oleh itu, memang berhajat nak beli mixer baru. Jumpa yang ELBA ni macam segak la! Dah lama usha yang jenis macam ni. Tapi beli nya tidak. Belum rezeki. Hope dapat beli sebelum raya nanti. EHEH.



Harga : RM 109.00

Ha..ni pun comel kan.. Luggage sekali dengan cover.. Tak yah risau takut luggage calar ke apa kan. Nak beli luggage ni mestila untuk travel. Almaklum la kita suami isteri, kampung suami 5 jam perjalanan dari sini. Memang berguna luggage untuk balik kampung. Nanti dah bertambah ahli kan. So kena la tambah luggage =p

Dan untuk item yang terakhir.. Apa yang boleh dibeli di LAZADA MALAYSIA dengan duit RM1212.00 . Alang-alang ada baki lagi RM 15.00, so kita usha lagi. Kata tadi stop beli barang baby kan. Tapi terjumpa pulak toy comel ni.

Harga : RM 15.00

See??Newborn da boleh main ni. He. Bole beli untuk Baby H. Memang selamat & sesuai untuk mainan bayi. Takyah risau.

So, dengan RM 1212.00, ni la antara barang yang boleh dibeli kat LAZADA MALAYSIA. Bukan sikit tau. Ada banyak lagi pilihan kat sana. Boleh terjah website diorang ye. Mana tau ada yang berkenan. EH. Mustahil takde. Semua item ada tau. Harga pun berpatutan & ada yang lebih rendah dari harga pasaran! Silap-silap yang tak dicari pun boleh terbeli! 

Korang pulak apa yang nak dibeli di LAZADA MALAYSIA dengan RM 1212.00? =)


No comments: