Nuffnang Ads

Monday, 30 June 2014

REVIEW : MENU SINGAPORE CHICKEN RICE

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dah 2 hari puasa & masuk hari ke 3.. Tak terasa pun kan? Bulan puasa macam ni kalau balik kerja lewat, selalunya makan luar la kan. Kadang nak masak tak sempat. Apatah lagi kat Sarawak waktu berbuka awal. Hari kedua ni 6.46 dah berbuka =) Jadi masa untuk masak balik dari kerja memang terhad. Selalunya family saya prefer makan kat Singapore Chicken Rice. Dah pernah cerita tentang restoran ni kat sini SCR. Tapi cerita tentang favourite menu saya jer =p

Banyak lagi menu lain yang diorang ada. Memang sesuai untuk selera masing-masing. Sebab masakan melayu ada, western ada, makanan yang ringan-ringan ada, yang berat of course ada jugak! Kiranya memang sesuai untuk family la. Ya la kan dalam family ni tak semua seleranya sama =) Meh tengok menu-menu yang diorang sediakan ;)



Ni kira signature dish diorang la. Chicken Rice. Ada steamed & roasted.

Selain dari Chicken Rice, ada Chicken Fillet Rice, Roasted Black Pepper Chicken Rice, SCR Fried Rice, Blackpepper Fish/Chicken Rice. 

Ha. Rambang mata kan??



Ginger Chicken/Fish Rice, Sweet&Sour Chicken/Fish Rice, Baby Kailan Seafood Rice. See? Banyakkk.

Kalau tak nak makan nasi, noodles pun banyak choice!

Ha. Kalau tekak suka western food, boleh try ni..

Menggoda kan? Portion makanan dia semua besar-besar. Memang terlebih kenyang bila makan sini ;)

Nak yang ringan-ringan pun ada. Sandwich macam-macam filling. Fries, nugget.

Ni sedap tau. Very crunchy! Oh ya, tiap meja ada button merah tu. Kalau nak apa-apa just tekan then waiter akan datang =) Mudah kan? Tak perlu nak panggil-panggil adik kakak =p

Nyum - Nyum!


Ni menu wajib en.suami Steamed Chicken Rice + Baby kailan in oyster sauce. Takde gambar pulak sayur.

Ni memang ada kat setiap meja, kicap masin + halia +cili+limau. Memang kaw-kaw tuk makan ngan nasik ayam tu.


Favourite saya kat sini? Dah g tau hari tu. Asal datang sini asyik-asyik makan tu je. Ya, saya memang jenis macam ni. Sanggup makan benda yang sama berturut-turut kalau dah suka sampai satu tahap saya dah bosan baru tukar menu lain. Haha. Waiter sini tak payah tanya la saya nak makan apa. Memang setia pada yang satu =p Chicken Chop With Blackpepper Sauce! 

Ok. Recycle gambar. haha. Oh my. Dah rasa nak makan lagi bila tengok gambar.

Ok. Korang kalau datang jalan-jalan ke Sarawak, please-please singgah kat SCR ye. Menu banyak pilihan, pastu servis pun cepat tau. Takkan menyesal =p

Till then. Selamat Berpuasa =)


3 comments:

ika zulkefli said...

semua menu best-2 je, sedappnya.

S. Faezah said...

gmbar last tu sedapnyaaa!! hehehe
hawa puasa ni kan..

klu maira free, jemput join GA. :)
http://sfaezah.blogspot.com/2014/07/giveaway-ole-ole-kota-singa.html

Humairah Jimat said...

ika : kan? dtg srwk jln2 nnti try eh. =)

faezah : sedap kn? he.nnti cba la.. insyaAllah kita join ye! =)