Nuffnang Ads

Monday 26 October 2015

BABY TAKUT ORANG

Assalamualaikum..

Husna sekarang dah 7 bulan 2 minggu. Next two weeks genap 8 bulan la. Sepanjang umur dia ni, pernah sekali la bawak dia balik kampung abahnya. Rumah atok & nekwan. Masa raya hari tu. Masa tu umur dia 4 bulan ++ la. Jarang balik sebab kampung abahnya agak jauh. Kalau pakai kereta 5 jam lebih jugak. Ha.. Kalau pakai flight tak la lama, 45 minit je. Tapi tu la nak jumpa tiket murah masa dapat cuti tu selalu non hado. Maka berdarat la kita.

Balik raya hari tu Husna ok jer dengan semua orang. Macam tak kisah la sapa pegang, bawak, tegur & so on. So saya tak expect la dia takut orang. Maybe masa tu kecik lagi. 

Jadi last week kitorang balik kampung lagi sebab alang2 saya ada exam kat sana. So daripada tinggalkan dia berdua je dengan abah, baik pergi sekali melawat atok & nekwan.

Tapiiii.. sampai je kat sana bila nekwan nya ambik, punya la menangis kuat sangat! Dengan hidung merah, tersedu-sedu dia. Lama jugak lebih setengah jam nak pujuk balik. Dengan auntie2 dia pun sama nangis jugak sebab takut. Diorang tengok pun boleh buat dia nangis. Alahai. 

Mula nya cadang nak tinggalkan dia kat rumah la masa abahnya hantar saya g exam. Tapi bila tengok dia macam tu tak jadiii.. Kena bawak sekali.. Takut nanti pening nekwan nya kena amuk seharian. Huhu. 

Maybe sebab jarang jumpa, pastu dia dah mula kenal orang. Sebab tu takut. Hurmm. Macam mana ek nak buat? Tapi ada sesetengah orang cakap biar la dia takut orang. So tak mudah untuk orang ambik2 pegang2 dia sesuka hati. Entahla. Tapi at least harap dia tak la takut ngan atok nenek makcik2 dia sendiri kan. Kesian diorang nak pegang pun dia dah nangis.

Alahai Husna. Muka samseng tapi takut orang pulak! Haha.



Pas menangis taknak nekwan bawak..hurm.


Muka ada senyum bila abah ambik.



Sekarang dah makin mengada. Jarang la nak dudok dalam kereta. Berdiri je. Hurm. Dalam carseat? Ha.. Malas nak cakap. Drama sangat kalau duduk situ.


Orang cakap kita macam amoi. Tak tau ikut muka sapa. Ibu Abah takde pun chinese look.





Dah makin pandai ambik gambar sekarang ye.


Aktiviti sekarang berlatih duduk selalu. Tapi selalu tumbang. haha.


Selain tu, kita juga selalu berlatih memanjat sambil usaha berdiri kat tepi playpen.
Kadang2 ibu turunkan pangkat playpen kita sebab risau kita jatuh.


Takpela asalkan Husna sehat2 saje. Pasni berlateh kurangkan sikit takut orang ye. Huhu.





3 comments:

Unknown said...

same mcm anak kite dulu mula2 takut ngan atok ngan neneknye...kite try buat mcm ni...bila sampai2 je kat kampung mintak mak ayah ngan mak2 sedare die jangan terus kerumun baby nk pegang or dukung..buat tak tahu je dgn die..mak sedare die pegang mainan kat depan die tapi konon2 main sorang2 buat2 xnampk pun kat anak kite..nnti slow anak kite dekat dengan mak sedare die main sekali...cube try buat mcm gini..

Unknown said...

nice tips.nanti nak cuba la mcm tu.btol jugak maybe hari tu dia tkejut kot. sebab sampai je kat sana nekwan dia trus dtg ambik dia dr kereta bawak masok dlm rumah..huhu..

Wak Lat said...

chomeyy jer ;p