Nuffnang Ads

Wednesday, 3 September 2014

KARENAH MENGANDUNG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Dah masok 3 bulan kandungan ni =) Perut pun da makin membuncit. Alahan dari segi muntah pun dah sangat berkurang. Kalau ada pun dalam seminggu sekali je. Alhamdulillah. Dah dapat makan dengan normal balik.he. Tapi ada juga yang masih tak berubah.

Antara nya, hidung masih sensitive. Masih tak bole hidu bau makanan yang tengah digoreng. Mual jadi nya. Bila tak bole hidu, means masih tak bole masak =( Masak makanan rebus2 je. Pastu masih tak mau hidu bau rejoice! No no no.

Part tido malam pulak. Kena pusing2, cari posisi, cari mood baru terlelap. Sebelum pregnant, letak je bantal kat kepala terus bam! TIDO! Sekarang??? Pusing seratus kali atas katil belum tentu dapat lelapkan mata. Tak tau nape -_- .

Bangun pagi-pagi, akan wajib sakit pinggang + bahu + leher. Pakej ye. Yang peliknya bila dah bawak jalan-jalan sikit, buat kerja, hilang la sakit tu. Ingatkan tido, rehat, tak la mendatangkan sakit badan. Terbalik pulak.

Yang latest ni pulak, dah masuk 3 minggu camtu JERAWAT sangat la menjadi. Sebelum kahwin dulu memang ada masalah jerawat. TAPI pastu cuba Dnars, kulit pun ok sangat. Takde jerawat baru keluar. Da licin pun. Tetiba sekarang, hah ambek kau. Bertubi-tubi jerawat keluar! Hormon agaknya. Kaklong saya pun ngandong sekarang tapi kulit muka dia makin licin! Dulu dia ada prob jerawat jugak. Saya terbalik -_-. Sedangkan masih pakai produk yang sama. Hurm. Takpela. Asalkan baby sehat & sempurna. Amin =)

Tak sabra tunggu masuk 18 weeks. Orang cakap masa tu da dapat cek gender kan? Kalau dah tau gender barula dapat mula beli barang. Checklist pun belum buat lagi. Google2 tengok wahhh panjangnya contoh senarai yang mummy to be lain pernah buat. Hope dipermudahkan semua urusan nanti. Till then.


Doakan saya & baby! =)

6 comments:

Asha Lya said...

Seronoknya da baby dlm perut..lya pun tringin nak merasainya

Humairah Jimat said...

InsyaAllah ada rezeki lya nanti..kita doakan tk lya jgk cpt2 dpt baby..amin =)

Sya Mimie said...

asslmkm.. bila kena alahan mengandung ni memang macam2 ragamnya.. sy sndiri pun sama.. macam2.. :)

Shakina Farhan said...

Tahniah dear! :)

ros_reeza said...

Seronoknya dengar cerita dari awak.. moga semuanya dipermudahkan :)

Humairah Jimat said...

TQ sis kina =)

ros_reeza : amin..tqvm =)