Nuffnang Ads

Monday, 15 September 2014

DILEMA -_-

Assalamualaikum.

Banyak perkara yang terjadi akhir-akhir ni. Boleh kata semuanya baik-baik, ok-ok, happy-happy. Tapi biasa la setiap benda yang jadi ada pros & cons. Buatkan saya jadi risau. Sedih. Ragu-ragu. Macam yang saya bagitau kat sini Keputusan temuduga P.T W17, Alhamdulillah ada rezeki saya ditawarkan jawatan tersebut.

Tarikh lapor diri : 9 Oktober 2014
Tempat lapor diri : Dewan Auditorium, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Saya, suami & family happy sangat-sangat bila saya dapat jawatan ni. Walaupun takde kaitan dengan bidang yang saya study dulu. Happy sebab saya dah berkhidmat sebagai pekerja kontrak selama 5 tahun! Ya. Saya tamat belajar tahun 2009. Sejak tu saya berkhidmat sebagai pekerja kontrak sampai la sekarang. Dan tinggal tak sampai sebulan lagi untuk saya tinggalkan tugas saya sekarang. Tinggalkan sebab memilih untuk jawatan bertaraf tetap. Alhamdulillah.

Tapi kerisauan tetap ada. Risau sebab tak di bagi tau penempatan. Means, kita takkan tau kita akan ditugaskan kat negeri/Bandar/daerah mana. TAKKAN tau selagi kita tak pergi lapor diri nanti. Ada kawan saya yang baru posting sebelum ni bagitau, diorang just tau penempatan masing-masing pada hari terakhir kursus transformasi minda dijalankan.

Risau. Ya. Saya risau tentang penempatan. Sebagai seorang isteri & bakal ibu yang baru hamil anak pertama, saya sangat risau dengan apa yang bakal saya terima nanti. Kerisauan ni hanya Tuhan yang tahu. Hamil kali pertama & baru masuk minggu ke 15 sekarang, dengan segala alahan yang saya hadapi buatkan saya susah hati. Macam mana kalau saya ditempatkan di kawasan yang jauh dari keluarga?

Doakan saya. Saya mohon doakan saya mendapat penempatan kerja di kementerian/jabatan di daerah Sibu, Sarawak. Keputusan ni sukar sangat bagi saya. Nak dilepaskan, 5 tahun saya tunggu jawatan tetap. Tapi kalau ditakdirkan saya dapat penempatan yang sangat menyukarkan keadaan saya nanti, saya redha melepaskan -_-. Sesiapa yang baca luahan hati saya ni, saya mohon agar tolong doakan saya ditempatkan di Daerah Sibu, Sarawak. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Updated ! DAPAT PENEMPATAN KERJA KAT MANA?


8 comments:

Mrs NurulAsyraf said...

Tahniah Dear Insyallah kita doakan yang terbaik utk awak..amin..

Humairah Jimat said...

tq nurul.. amin =')

Shakina Farhan said...

insyaAllah..:)

Humairah Jimat said...

insyaAllah.. amin =)

Asha Lya said...

Rezeki tu susah juga nak lpskn kan

Humairah Jimat said...

btol tu lya..hm..ssh nk dpt krja skrg..

Unknown said...

Salam kak. Kmk mok tnyk ktk something. Kmk sibu juak. Pini mok contact ktk ow.

mairah mairah said...

wsalam..emel kmk mini_meyrah87@yahoo.com