Nuffnang Ads

Tuesday, 28 May 2013

TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA

Assalamualaikum..

Tragedi bot karam berlaku di Belaga pagi tadi selepas 1 jam berlepas dari jeti Belaga. Moga mangsa yang terlibat dapat ditemui segera.AMIN.

Sangat terkejut setelah dengar TV3 cakap 181 terselamat & 23 lagi belum ditemui. Ya Allah. Saya pernah menaiki bot express yang sama menuju ke Belaga beberapa bulan lepas. Muatan nya x sepatutnya lebih daripada 80 penumpang. 181 + 23 = 204??? Speechless.-_-

Beberapa bulan lepas saya pernah ke Belaga menaiki bot ekspress yang sama atas urusan kerja. Bertolak dari Sibu menuju ke Belaga dengan menggunakan bot ekspress memakan masa 9 jam perjalanan. Ya, 9 jam perjalanan melalui sungai termasuk melalui jeram & arus yang deras di kawasan Pelagus. Sepanjang perjalanan hanya Allah yang tahu rasa takut yang saya & rakan sekerja rasa. Pergi kerana tugas & tanggungjawab. Dengan bot ekspress yang penuh, kurang selesa, serta perjalanan yang sangat panjang. Sebaik melalui kawasan jeram, penumpang lebih memilih untuk berdiam. Mungkin banyak yang berdoa memohon perlindungan. Saya menjenguk melalui tingkap melihat keadaan arus. Memang deras. Batu-batu sungai yang sangat besar nampak sangat menakutkan. Tapi kami tiada pilihan. Bot ekspress merupakan jalan mudah untuk sampai ke Belaga. Setiap hari hanya akan ada 1 perjalanan sahaja dari Sibu ke Belaga yang akan bertolak seawal jam 5.45 pagi dengan tambang dari RM 55.00. Kenapa hanya satu??

Membaca & mendengar berita tragedi bot karam tadi buat saya rasa sedih sangat. Akses ke Belaga sangat terhad. Memang dapat pakai jalan darat. Tapi sama bahaya macam lalu sungai. Kalau pakai darat, x ada jalan bertar. Cuma pakai jalan balak, jalan tanah. Jalan yang melalui lereng2 bukit & gaung. Licin, x berlampu & melalui kawasan muka bumi yang berbahaya.

Tolong. Berikan mereka sedikit kemudahan. Ya, saya bukan penduduk Belaga, saya bukan tinggal di Belaga & saya hanya pernah menjejak kaki sekali sahaja di Belaga. Namun pengalaman sekali itu cukup memberikan pengajaran kepada saya tentang betapa sukarnya hidup di sana.

Moga kehidupan penduduk di Belaga akan lebih terbela. Moga mangsa - mangsa akan ditemui segera. AMIN.




No comments: