Nuffnang Ads

Tuesday 13 October 2015

7 MONTHS OLD!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Husna dah 7 bulan!Yea. Singkat je masa eh dah 7 bulan. 
Kalau dulu tak rehat sebab husna jenis mudah nangis. Moody.

Sekarang tak rehat sebab budak ni dah makin laju. Jangan harap nak tinggalkan dia kat lantai tanpa pengawasan. No no no. Sekarang dia tengah belajar merangkak. Dapatla dalam 5 6 rangkak (eh ada ke word cam ni) haha. Bila penat dia mengensot balik. Belum expert la part merangkak ni. Tapi dia memang selalu cuba.

Lagi satu dia dah pandai letak dua2 belah tangan kat tepi atas playpen tu-_- Sebab tu sekarang dah tak berani tinggalkan dia sorang2 dalam tu. Dah boleh angkat punggung sambil pegang atas tu. 





  Ha. Tengok tu. Cubaan nak sangkut tangan kat tepi playpen.


Paling best tengok dia bangun pagi. Mengeliat kaw-kaw punya. Pastu senyum..



Pastu Ibu cakap, Husna jom ambik gambar. Terus posing. Ha. Posing la sangat.
Husna ni susah senyum. Tahla mungkin masa ngandong aritu selalu moody kot. Dia just senyum kat orang yang dia kenal & biasa jumpa. Kalau tak kenal tu memang tak nak dia senyum. Walau macam mana pun orang tegur dia. Ni ambik sapa tak friendly? Haha.

Kalau dah biasa dia ok je. Boleh main sama. Tapi dia tak takut orang. Cuma tak ramah la. Monyok je muka kalau tak kenal.

Monyok cam ni la. Kalau 1st time jumpa dah boleh buat dia senyum tu memang ajaib la.haha.


Sekarang susah tol nak ambik gambar dia senyum. Tak reti dok diam. Kalau gambar monyok banyakkk. Kalau senyum mesti muka toleh tepi. Malu katanya. Ikut Ibu eh pemalu.haha.

Tabiat baru pulak suka kena korek telinga. Kalau masa kecik dulu dia tak kasi orang sentuh telinga, Mesti mengamuk kalau korek telinga. Hari tu saja cuba sebab tak tahan tengok ada daki pulak. Haha. Try korek. Eh, layan pulak dia sampai last-last tertido. Hahaha. Meh layan gambar korek telinga.

Sebelum. Eksyen sangatt. Seluar pun dah singkat. 

Semasa. Muka layan la tu.

Pastu tetido..haha.

Moga Husna jadi anak yang solehah, yang dengar kata Ibu & Abah. Sihat selalu. Aamin..





1 comment:

Meeya Techik said...

comeynyaaaaaaaaaaaaa :D