Nuffnang Ads

Sunday 19 May 2013

RESEPI POTATO CROQUETTES


ASSALAMUALAIKUM=)

Jumaat lepas menggoogle puas2 carik resepi yang bole bukak selera. Terjumpa resepi potato croquettes..Tengok gambar & bahan untuk buat macam sedap..So, beli bahan-bahan suma & balik keja terus cuba buat. 

Bahan-bahan :
3 biji kentang
3 keping daging burger / 150 gram daging kisar
Sedikit daun bawang &daun sup
Sebiji bawang besar
Sedikit tepung gandum
Sebiji telur
Breadcrumb
Garam secukup rasa
Lada secukup rasa

Cara membuatnya mudah saja..

1) Bersihkan kentang & rebus sehingga betul-betul masak & lembut.

2) Kupas kulit kentang yang da masak tadi & lenyekkan.

3) Lepas tu, lenyekkan pulak daging burger tadi.





4) Bawang besar, daun bawang & daun sup dihiris kecik2 macam ni.



5) Tumiskan bawang besar hingga kekuningan & masukkan daging, daun sup & daun bawang tadi. Tambahkan garam & lada secukup rasa. Tumis hingga daging benar benar masak.


6) Daging yang dah di masak tadi, di masukkan ke dalam mangkuk kentang yang dah di lecek. Gaul hingga rata.


7) Adunan yang dah digaul rata tadi bole la mula dibentuk.Bentuk apa pun boleee..Saya buat bulat2 sebab nak cepat & mudah.heheh.


8) Da bentuk jadi bebola tu, guling2 kan kat tepung gandum sampai pening eh rata. Da macam biskut kan?

9) Lepas tu, celupkan kat dalam telur yang da di pukul, then terus gulingkan pulak kat dalam breadcrumb.




Maaf gambar yang da dibalut breadcrumb xde sebab excited nak makan da.Terus goreng!he. Hasilnya macam ni..Gambar ni pun diambil lepas da makan beberapa ketul.haha. Hasil adunan tadi memang agak banyak, jadi yang lebih bole la simpan dalam freezer & bole goreng bila nak makan.Memang sedap. 
Selamat mencuba!=)










2 comments:

Anonymous said...

bergedil la 2....

Unknown said...

lbih krg cuma bgdeil takde breadcrumb..