Nuffnang Ads

Tuesday, 18 July 2017

DUGAAN & HALANGAN BELI RUMAH PERTAMA

Assalamualaikum.

Nak cerita pengalaman nak dapatkan rumah pertama. Risau sebab umur tahun ni dah masuk 30. Makin berusia nanti of course makin tinggi bayaran bulanan. Sebenarnya hunting rumah ni dah mula sejak 3 tahun lepas. Bila saya dah dapat kerja tetap. Ye la sebelum ni kerja kontrak, bank tak terima even nak buat personal loan pun tak dapat. Apatah lagi nak loan rumah.

So 3 tahun lepas bila dapat kerja tetap, kita orang terus cari rumah. 1st rumah yang kita orang cuba Rumah teres setingkat, corner. Boleh tahan besar kawasan. Harga RM 290K. Kita orang cuba walaupun agak mahal sebab rumah ni boleh full loan under skim rumah pertama BSN tu, Tapi malangnya gaji tak lepas. Tak sampai ke situ pun.

Teruskan pencarian melalui agen. Agen jumpa 1 rumah 2nd hand. Teres setingkat intermediate. RM248K. So murah sikit. Banker try kira-kira percentage komitmen dengan gaji masa tu pun dia kata boleh lepas.

So kita orang hantar dokumen untuk apply loan. Deal dengan tuan rumah deposit bayar kemudian. Lepas tu dalam seminggu banker call cakap loan tak lepas sebab husband ada rekod CCRIS. Terkejut sambil fikir2 balik apa yang buat kan kena CCRIS? Yang ada loan kereta tapi tak pernah pun missed bayar every month.

Bila ingat2 balik, husband ada skip bayar PTPTN masa kerja kontrak dulu. ALLAH. So, pengajaran pada mana2 yang ada pinjam PTPTN & nak beli rumah, better check dulu rekod CCRIS dekat bank negara.

Masa tu rasa down sangat. Sebab dah yakin yang rumah tu memang akan dapat :( Lepas tau tu terus pegi PTPTN. Diorang suggest buat penjadualan semula & settlekan yang tertunggak tu. Tapiiii rekod CCRIS ni makan masa nak clear. Dalam setahun masih appear. Ada bank yang terima 6 bulan, tapi ada yang tunggu setahun baru boleh proceed kalau nak cuba loan apa2. 

Makaaaa... Setahun la kita orang tunggu nama bersih balik. Dalam pada tu, tahun 2016 teruskan jugak pencarian. Jumpa iklan kat FB, rumah teres setingkat RM 175K sahaja. Saya pun macam wow ni dah kira murah lagi pun kawasan rumah ni x la jaoh dari bandar. Walaupun ukuran rumah memang agak kecik kalau bandingkan dengan yang sebelum ni tapi yang penting, nak duduk rumah sendiri. Sebab sekarang masih tinggal rumah parents.

So saya PM FB diorang & dia pun bagi number agen. Agen inform untuk booking RM 3000.00. Lepas tu kalau loan approve kena bayar cash RM 10,000.00 (tolak 3000.00 dari booking tadi) + 10% dari harga rumah. Maksudnya RM10,000.00 + RM 17500.00 = RM 27,500.00.

Mula-mula kita orang bayar RM 3000 dulu. Tak lama lepas tu developer call bagi tau loan rumah ni hanya dapat submit bila rumah ni 100% siap. Sekarang rumah memang belum start pun bina. Pastu dia bagitau yang 10% tu pun kena langsaikan terus. Deduct 3000.00 so tinggal RM14,500.00 kena bayar.

Tapi semua amount tu boleh refund balik in case loan x approve. Kalau tak refund mati la kan. Bukan sikit. So settle bayar semua tu dalam bulan Ogos 2016. Masa ni rumah dalam 20% cam tu la siap.

Tunggu punya tunggu. Dalam hati nak rumah siap cepat. Tapi dalam masa yang sama takut jugak kalau siap cepat nanti nama belum clear pulak dari CCRIS. Sebab husband atur penjadualan haritu bulan 11 2015. Kalau betul setahun untuk clear, means kena tunggu november 2016 cam tu.

Tiap-tiap minggu rasanya kita pegi check progress rumah. Excited tengok dah mula ada bentuk. Tapi masa tu takut jugak nak berharap sebab dah 2 kali gagal sebelum ni. Lagipun tak tau status CCRIS macam mana. Lagi satu risau sebab dengar-dengar bank dah makin ketat nak bagi apa-apa loan.

Dalam hujung tahun 2016 nampak la rumah memang dah siap 100%..cuma singki & toilet diorang belum pasang. Januari 2017 banker pun call  suruh submit dokumen berkaitan.. Terus hantar pastu banker janji dalam seminggu macam tu dapat result. Kita org submit Isnin. So saya expect next Monday akan dapat tau lulus/tak.

Masa tunggu ni tuhan jer tau risau nyaaaaaaaa..

Pastu Jumaat banker whatsapp voice dekat husband. Saya bagitau dia jangan bukak dulu sebab dia tengah drive. Kot kot berita tak baik nanti susah. Huhu.

So bila dah stop, husband download & dengar banker cakap
I nak bagi tau U, U punya loan sudah approved o..Tahniah tahniah.
Esok boleh datang sign dokumen setuju terima dekat bank.

Dua-dua menjerit masa tu!Gembira sangat! Macam-macam dugaan nak dapatkan rumah pertama ni.
Esoknya terus g bank sign2 semua dokumen. Seminggu lepas tu sign S&P agreement pulak. So sekarang tengah tunggu stamping settle & kunci! Alhamdulillah..

Antara kos yang terlibat (lain-lain x semestinya sama ya)

Booking Fee : RM 3000.00 + RM 7000.00
10% dari harga rumah : RM 17,500.00 So rumah just loan bank RM 147,500.00

Semua yang di atas bayar kepada developer.

Processing fee untuk loan bank : RM 212.00 (Bayar kepada bank)
Lawyer fee utk loan bank & S&P : RM 2600.00 (Bayar kepada lawyer)
Valuation fee : RM 1000.00 (Bayar kepada valuer)

So total cash yang diperlukan sepanjang uruskan rumah ni
RM 31,312.00 ( RM17,500.00 iaitu 10% bayar masa mula2 dulu ; RM 10,000.00 bayar lepas loan approved. Yang lain-lain bayar setelah urusan berkaitan settle.

Updated.
Finally , 5 Mei 2017 dapat kunci..
Terus settle kan grill pintu & tingkap, kitchen cabinet. Sebab kalau boleh tak nak pindah masuk sebelum pasang semua tu. Sebab Husna ada asma tkt nanti debu simen buat dia kena asma attack.

Alhamdulillah tahun ni sempat beraya di rumah sendiri.


Sebelum & Selepas

 

Sebelum & Selepas


Sebelum & Selepas.


Happy nya hanya Allah yang tahu. Dapat rumah kecik comel macam ni pun da bersyukur sangat2. 


Nah belanja gambar terbaru Husna satu. Sekarang dah masuk 2 y 4 months. Besar dah. Harap2 ada rezeki dapat adik nanti. He. InsyaAllah. Moga di murahkan rezeki kita semua. Aamin.






















Sunday, 15 January 2017

PON PON! SAPA NAK VOUCHER DISKAUN ZALORA?

*sticky post.scroll down untuk new post.

Assalamualaikum..

Sharing is caring kan? Ni dah dekat nak raya of course ramai yang tengah cari baju. kasut, handbeg? Semua semua la. This year, beraya dengan ZALORA. Sebab, baju diorang ya ampun.. Banyak sangat pilihan, cantik, & berpatutan!

Check it out here Tampil Bergaya di Hari Raya

Korang pun suka kan.. So kat sini & hari ini =p, saya nak share voucher code diskaun kalau korang nak shopping kat ZALORA.

Sebelum tu, pastikan barang yang korang pilih tak termasuk dalam senarai jenama nonsale brand tau. Boleh check dekat sini NONSALE BRAND. Sebab barang-barang dalam senarai ni takde diskaun.. So check dulu ye. Kalau takde dalam senarai ni, means korang boleh guna voucher code kat bawah =) Diskaun 15%!

ZBAPQZZI


Masukkan code dekat atas ye. Selamat bershopping =)

Wednesday, 11 January 2017

Ketua Menteri Sarawak ; Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem kembali ke Rahmatullah..

Assalamualaikum..

Innalillahiwainnailaihirojiun

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

"Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

He is such a great leader. Our 5th Chief Minister. Such a great loss for our country especially for us the Sarawakian.

Tok Nan. Moga kitak di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Walaupun x pernah bertemu, kamek yakin every Sarawakian terasa kehilangan kitak. Biar pun dalam masa yang singkat, perjuangan kitak untuk Sarawak amat besar.

Moga Allah mengangkat darjat kitak. You will dearly missed. Deepest condolences to your family.

You are the best CM ever. Truly leader. Al Fatihah.


Wednesday, 28 December 2016

HUSNA TURN 2 SOON!

Assalamualaikum.

Husna dah 21 months old. 3 bulan je lagi masuk 2 years. Sindrom mak2 macam ni la. Lagi 3 bulan rasa macam wau x lama lagi. So kena prepare for next birthday celebration. Macam la nak buat kenduri kahwin kan.

Alhamdulillah sepanjang 21 bulan ni banyak belajar. Husna pun dah makin sihat. Makin berat. Agak nya dah 11 kg maybe. Dah mula belajar cakap sikit-sikit. Buat ayat pendek-pendek.






Hobi sekarang menyanyi. Haha. Kalau dengar radio dalam kereta sepanjang jalan dia boleh nyanyi. Sebutan tu tak payah cakap la memang ke laut. Ada bunyi nyek nyek nyek je kekadang.

Ibu doakan moga Husna terus sehat-sehat je. Jadi anak yang baik, dengar cakap & bijak.. 

AAMIN...

ORKED EDITION MODERN KURUNG

Assalamualaikum

Just nak post pendek je :) He. Sangat la busy sekarang.

Baju ni beli online include pos RM174.00. Nak jual balik RM 150.00 sahaja termasuk pos.
Pakai masa cuba sahaja. Belum pernah pakai g mana-mana. Nak jual sebab macam da tak muat pakai XS :( Dulu confident je beli XS. Sekarang da x boleh la nampak nya. Gambar & ukuran kat bawah.

SIZE : XS
BAHU : 14.5 INCH
DADA : 32 INCH
PINGGANG : 26 INCH
PUNGGUNG : 35 INCH
PANJANG TANGAN BAJU : 22 INCH
PANJANG BAJU : 31 INCH
PANJANG KAIN : 41 INCH

COLOR : OPAL PURPLE



Berminat boleh email saya mini_meyrah87@yahoo.com.

Thank you.

Wednesday, 29 June 2016

MINAZ BOUTIQUE. BADDDD REVIEW

Assalamualaikum..

Bersawang dah blog. Terpanggil nak share review. Sebelum ni pun pernah buat review tentang minaz. Thumbs up for them back then.

This year on May tertarik tengok MinazEid2016 punya collection. Semua cantik. Pre Order open pertengahan May & ETA  untuk baju 7 June-17 June.

So sebab memang suka design & kualiti baju diorang saya tertarik nak order through PS. Deposit paid on 11 May 2016 RM 100.00 & the PS said balance mesti settle 25 May-30 May. Agreed.

Ordered Sophea Kebaya Dusty Pink S size. RM 229 + RM 15 for postage.
 On 25 May paid the balance of RM144.00 including postage charge.

Tunggu punya tunggu PS update barang sampai tak muncul jugak. So on 16 June saya whatsapp PS tanya Sophea Kebaya dia dah receive tak dari Minaz? PS cakap belum & akan update once dah receive & pos out.

Tunggu lagi sampai 21 June masih takde bunyi pun dari PS. I dont have IG. Jadi saya view IG Minaz dari web saja. OMG kat situ baru jumpa a lots of complain! Majority complain baju tak sampai ikut ETA which is 7-17 June. Pastu ada yang cakap Sophea Kebaya ada masalah dengan production. Tapi PS tak inform pun!
So saya whatsapp PS balik. Bagitau dia kalau ada masalah dengan baju tu at least do inform me asap. At least sempat la nak carik baju back up.

PS replied cakap dia nak g butik hari tu & check dulu ok ke tak. OMG eta is on 17 June. & on 21 June baru nak g check sebab Minaz BELUM SIAPKAN BAJU TU.

On 22 June saya whatsapp PS lagi. No reply.

23 June PS INFORM Sophea Kebaya saya ada & will inform once dh post out.

26 June saya whatsapp lagi tanya dah pos x. No reply.

Saya view lagi IG MINAZ. Makin bingung pulak. Sebab banyak complain Sophea Kebaya yang diorang received kualiti jahitan sangat teruk . 

So saya whatsapp PS lagi tanya status memang Sophea ada masalah macam yang diorang cakap tu ke.
PS replied. Dia tak bukak pun baju tu. Tak sempat & terus pos kan saja.

So sekarang masih tunggu Sophea Kebaya ni sampai. Tak tau la macam mana nasib.

Untuk MINAZ Please improve ur servis. Customer bayar awal2 sebab nak dapat baju cepat. Ni dah minggu last PUASA. Saya pun tak tau sempat ke tak baju tu sampai ke SARAWAK BEFORE RAYA.

TAWAR HATI DAH NAK PAKAI. 

HOPEFULLY NEXT TIME MINAZ TEPATI JANJI. 
ETA 7-17 JUNE. NI DAH 29 JUNE BAJU MASIH OTW. TU PUN RISAU KUALITI MCM MANA.


Wednesday, 27 January 2016

HUSNA ADMIT (INTUSSUSCEPTION) -VERY LONG ENTRY

ASSALAMUALAIKUM..

13 JANUARI 2016 RABU

Husna genap 10 bulan. Ibu cuti sebab sejak semalam Husna panas badan tapi tak panas sangat. Untuk pantau sendiri ibu ambik cuti. Risau hantar anak kat babysitter bila macam kurang sihat. Hari ni Husna masih aktif bermain. Tapi moody, merengek asyik mintak dukung. Ibu ingatkan Husna demam nak tumbuh gigi baru. Setakat ni gigi dah 6 batang. Ibu ingatkan Husna demam biasa. Sorry sayang. Husna start muntah sikit2 dari pagi. Macam tak boleh makan & minum mesti muntah. Call abah bagi tau. Abah cakap dia balik kerja nanti bawak Husna pergi klinik. 

Husna masih aktif main sampai la 4.30 petang Husna berak. Ibu terkejut sangat tengok warna najis bukan macam biasa. Macam merah gelap. Macam darah + najis. Kebetulan Kaklong singgah kat rumah terus tunjuk kat dia. Dia pun cakap tak pernah tengok najis macam tu. 

Risau. Terus call abah suruh balik cepat. 5.30 abah sampai gerak terus ke klinik & bawak sekali pampers. Doktor sahkan memang darah tapi dia cakap maybe keracunan biasa sebab baby umur macam tu suka masukkan barang dalam mulut. Lagipun masa tu dia tengok Husna masih aktif. Dia sarankan balik rumah & pantau. Kalau Husna masih muntah kerap & lemah kena datang terus.

14 JANUARI 2016 KHAMIS

9.00 am

Abah kerja macam biasa. Ibu masih cuti. Paginya Husna tidur balik sampai 9 pagi. Bangun terus ibu bagi breakfast. Belum habis makan Husna dah muntahkan balik. Belum sempat ibu lap kan bekas muntah, Husna meneran. Tukar pampers. YA ALLAH. Sama macam semalam. Merah. Tukar cepat2 & simpan untuk tunjuk ngan doktor. 

Ibu nak lap bekas muntah, lepas habis je Husna meneran sekali lagi! Sambil nangis2 sujud. Macam sakit sangat. Terus bukak pampers. SAMA! Darah jugak. Masa ni dah tak keruan.dengan Husna yang menangis macam tahan sakit pastu lemah! Asyik baring je. 

Call abah suruh balik masa tu jugak! Husna dah lemah. Tak main. Tak buat apa pun kecuali baring!
Abah datang terus bawak jumpa doktor herman lagi. Doc tengok dia dah lemah sebab tak boleh makan minum kan. Terus suruh admit.



10.00 am

Pasang drip masukkan air sebab husna tak dapat menyusu langsung. Terus muntah. Admit kat rejang medical. Lepas tu diorang terus bawak scan perut Husna. Nak check punca. Lepas scan buat xray pulak. Selesai semua nurse hantar balik bilik. Tunggu keputusan scan. Abah balik ofis. Ibu teman Husna.

4.30 pm

Doc Herman datang kat bilik terus tanya bapa patient kat mana? Masa ni dah rasa tak sedap hati. Macam ada berita kurang baik dia nak sampaikan. Terus dia terangkan masalah Husna.

INTUSSUSCEPTION

Sebahagian usus kecil Husna termasuk ke dalam usus yang lain menyebabkannya tersumbat. Sebab tu Husna tak dapat makan & minum & berak darah. Kebanyakan kes tidak diketahui puncanya. Biasa terjadi kepada bayi berumur 3 tahun ke bawah .

RAWATAN

Doc kena masukkan tiub khas ke dalam punggung bayi. & sejenis cecair khas akan di alirkan ke dalam tiub tersebut untuk menolak usus kembali ke tempat asal.

RISIKO RAWATAN

1. Berjaya tapi ada risiko berulang dalam tempoh 3-7 hari selepas prosedur dibuat.
2. Usus pecah
3. Jika prosedur tak berjaya bayi terpaksa dibedah.

Masa dengar penjelasan tu langit macam runtuh. Patutla Husna nampak macam sakit sangat. Doc Herman tolak kes Husna ke Hospital Besar sebab kat Rejang Medical takde pakar buat prosedur tu. Terus call abah maklumkan. Abah balik rumah ambik kad pink sebab hospital kena ada kat tu.

5.30 pm

Ambulans hantar Husna & Ibu direct ke Emergency department Hospital Besar. Abah masih lekat jem dari rumah :( Ibu berdua dengan Husna. Doc terus bawak Husna & Ibu masuk. Diorang tengok report & xray Husna. Scan lagi sekali untuk tengok keadaan usus Husna. Sah memang macam doc herman terangkan tadi. 

Pasang drip lagi sekali. Cucok tangan Husna ambik sampel darah :( Luluh hati ibu tengok Husna nangis sakit. Lepas tu doc cakap kena pasang tiub kecing pulak sebelum buat prosedur :(


Luluh air mata ibu tengok Husna genggam baju Ibu tahan sakit. Husna nangis tak henti2. Setengah jam lepas tu baru abah sampai.

Doktor terangkan lagi sekali tentang prosedur & risiko. 

Husna ditolak atas katil sekali dengan ibu pergi kat bilik prosedur. Abah ikut sekali. Sampai kat situ doc bagitau Husna akan diberi ubat tidur supaya dia tak sedar & tak bergerak2 masa prosedur tu berjalan. Doc suruh parents tunggu sampai Husna betul2 terlelap. Doc suruh Ibu Abah tunggu kat luar. Sejam lebih berlalu. Hanya ALLAH yang tahu. Ibu tak henti2 nangis.

Fikirkan risiko yang Husna hadapi. Mintak semua doakan Husna masa tu tapi tak mampu baca pun setiap komen kawan-kawan. Makin sedih. Masa tunggu tengok gambar Husna tengah sihat. Ya ALLAH. Jatuh lagi air mata. 

Dia masih kecik sangat. Dia aktif. Dia mesti kuat. Abah diam. Tak bercakap tak menangis. Ibu tahu abah pendam rasa.  10 bulan mungkin tempoh yang singkat.

Tapi sayang pada seorang anak walau baru sehari tak dapat kalahkan rasa sayang dengan apa pun. 

ALLAH. Sungguh Ibu & Abah sayangkan Husna. Ibu rasa sedih bila ingatkan Ibu pernah marahkan Husna. ALLAH jangan Kau tarik nikmat & anugerah ini. Di saat Husna dah pandai bermain, menari, bertegur sapa. Air mata Ibu jatuh tanpa henti. Menunggu sakit sangat. Takut.

Hampir 2 jam doktor pun keluar. ALHAMDULILLAH prosedur berjaya. Tapi macam yang doc terangkan tadi risiko untuk berulang ada dalam tempoh 3-7 hari. Jadi kena pantau.


10.00 pm


Masuk wad kanak-kanak. Masih mamai kesan ubat tidur. Sedih tengok Husna kena cucuk sana-sini. Tiub berselirat. Masa mamai dia bukak mata. Sedih sangat tengok keadaan Husna. Malam tu 3 3 tak tidur sangat. Takut Husna tarik2 tiub tu semua.

15 JANUARI 2016 JUMAAT

Husna nampak ok. Berak pun ok. Petang start aktif balik. Doktor cakap kalau dia terus ok esok boleh balik dah.

16 JANUARI 2016 SABTU

7.00 am - 6.00 pm
Hati Ibu luluh lagi. Harapan nak tengok Husna sehat macam biasa ditarik balik. Husna berak darah lagi. Husna jadi lemah semula. Risiko yang doc terangkan semalam mula terbayang. YA ALLAH. Masih berharap semuanya ok. Risau. Doc tak benarkan Husna keluar.

5 kali Husna berak darah dari pagi. Petang nya baru doktor setuju bawak scan. Hurm. Malam nya baru ada tempat untuk scan. Kalau berulang maksudnya Husna kena lalui lagi prosedur yang sama.

8.00 pm

Tolak ke bilik scan. Doc sahkan berulang. Kena ulang prosedur lagi sekali. Pasang tiub kencing lagi. Cucuk tangan lagi. Pasang tiub oksigen lagi. & diberi ubat tidur lagi.

Semua risiko doc terangkan lagi sekali. Tapi kali ni lebih tinggi sebab usus membengkak akibat 2x berulang :( 

Sungguh Ibu lemah. Ibu angguk tiap kata doc. Sepatah pun tak jawab. Ibu nangis semahunya. Beratnya sakit yang Husna kena hadapi. Paling sayu bila tengok mata Husna mula layu sebab ubat tido. Ibu abah tunggu kat luar lagi. Tapi kali ni Husna menangis. Tak macam prosedur pertama. Prosedur pertama Husna macam pengsan. Tapi tak kali ni. Risau dengar tangisan Husna. Nak saja ibu redah masuk untuk peluk tenangkan Husna.

YA ALLAH. Kuatkan la Husna. Sejam lebih ibu & abah tunggu baru selesai semuanya. Husna sedar. Adakah diorang buat prosedur & Husna masih sedar sebab tu Husna menangis? Wallahualam.

Husna masih menangis. dengan tiub berselirat. Sampai kat wad terkejut tengok kaki Husna berdarah! Jarum tercabut rupanya! Nurse kat situ pun bising kenapa diorang tak lekatkan betul2 dengan plaster. End up Husna kena cucuk lagi sekali!!!!

12 kali cucuk total semua pada kaki & tangan Husna. Sampai Husna takut tiap kali tengok doc & nurse. Macam fobia. ALLAH. Lemahnya Ibu tak dapat lindungi kamu dari sakit sayang. :(

Mujur malam tu Husna tidur nyenyak.

17 JANUARI 2016 AHAD

Husna masih berak darah tapi amount darah sikit. Masih simpan gambar2 nak tepek takut viewers geli. 5 kali siang. Malam nya takde lagi. Ibu & abah terus berdoa moga Husna sihat & tak perlu ulang perosedur lagi.

Ibu tak sanggup tengok Husna kena cucuk sana-sini berkali-kali! Husna masih ditambah air.

18 JANUARI 2016 ISNIN

Takde lagi berak darah. Makan minum ok penuh selera. Tapi doktor masih tahan sebab kena pantau lebih lama untuk pesakit yang lalui prosedur 2 kali.

Tengahari Husna dah start aktif! Alhamdulillah. Main. Memanjat. Senyum! YA ALLAH terima kasih dah kembalikan senyum Husna.

Doc cakap kalau terus ok InsyaAllah esok Husna discharge. Aamin.



19 JANUARI 2016 SELASA

Bangun pagi2 Husna terus berdiri tepi pagar katil! Dah rasa sihat ye? Alhamdulillah. Lega. Husna dah senyum dengan nurses & doctors. Sebelum ni nangis jer. Doc cakap tunggu pakar paed datang sahkan boleh balik atau tak.

10.00 am.

Paed datang cek tengok Husna dah cergas & ceria. Cek perut Husna pun soft. Rekod berak pun ok so Husna pun dibenarkan balik.


ALHAMDULILLAH.

YA ALLAH. Sepanjang hidup ibu rasanya inilah dugaan terberat yang ibu hadapi. Hanya tuhan yang tahu perasaan Ibu & Abah masa Husna sakit. Ibu harap Husna terus sihat & kuat sayang. 
Ibu & abah sayangkan Husna sangat-sangat.
Tolong doakan Husna sihat selalu seperti biasa. AAMIN.








Thursday, 7 January 2016

POSLAJU YANG MAKIN LAMBAT!

SERVICE POSLAJU MAKIN TERUK.WORST!

Tahu kan saya memang suka shopping online. Tapi yang buatkan jadi terbantut nak beli online bukan sebab seller tak dipercayai. Tapi sebab POS YANG NAMA NYA LAJU TAPI SERVIS TAK MELAMBANGKAN NAMA DIORANG.

Sekarang saya tengok POSLAJU yang paling LAMBATT. Skynet, Gdex pun dah improve servis kat sini. Tapi entah kenapa POSLAJU ni mundur pulak. MOHON MAAF KALAU ADA YANG TERASA. Please improve your service. Customer bayar mahal sebab nak servis cepat. Kalau lambat better pakai yang murah. Hari ni dah hari ke 4 barang tak sampai-sampai. Tracking pulak dari semalam sama jerr consignment dispatch out from transit office?? Jauhnya la kan transit tu.

Call pulak PPL ada 3 nombor, ajaibnya 3 3 tak berjawab. Yang 1st try call pulak di angkat tapi pastu hang down balik. APAKAH??? Call lagi no kedua, engage memanjang. Call no 3 tak berjawab jugak. Saya pun kerja. Semua orang ada tanggungjawab. Please buat amanah tu. Kalau barang seringgit dua tak kisah. Harap-harap barang tu sampaila dengan selamat kat tangan saya.

Siapa-siapa yang terlibat, mohon jalankan tugas betul-betul. Janganla buat customer hilang kepercayaan. Moga semua orang yang bekerja, bekerja la dengan amanah. Kalau dah ramai sangat yang marah, cakap benda yang tak elok, jadinya tak elok jugak. 


Monday, 4 January 2016

9 MONTHS OLD

Assalamualaikum.

Dah lambat sangat da ni. Husna genap 9 bulan 13/12 hari tu. Tapi busy sangat tak dapat nak update. In 2 weeks nak masuk 10 bulan pun.hehe.

So far Alhamdulillah macam baby lain jugak kot perkembangan dia. Cuma badan je macam lambat dah berkembang. Macam ikut ibu je ni.he. Timbang 9 bulan hari tu just 7.56 kg. 

Tapi aktif nya sampai naik semput nak kejar. Memang macam tu la kot bila dah dapat bergerak. Tak boleh leka sekejap pun. Risau terhantuk. Sekarang pun dah tak terkira berapa kali dia rebah, terhantuk. Nasib baik light2 je. Tu pun berderau jugak. Masalah nya Husna suka rebahkan badan bila over excited. Ha. So kena beware la bila dia excited semacam tu ready2 la nak sambut. Haha.

Suka berdiri jalan sikit2 sambil pegang perabot. Kadang2 dia lepaskan tangan, dapat la berdiri dalam 5-6 saat. Ready la nak sambut ye. Pastu sekarang dah pandai menari bila dengar lagu. Tepuk tangan. Tapi bubye belom lagi.he.

Gigi dah ada 6! 4 kat atas, dua kat bawah. Nasib baik takde tabiat menggigit. Makan kuat tapi tak jadi ke badan. Entah. he.

Lagi satu sekarang dah tak takut sangat ngan strangers. Boleh la senyum malu. Kalau angin bagus boleh bawak. Kalau tak, boleh tengok je, jangan pegang.haha.

Tu je la rasanya. Nah belanja gambar macam-macam dah tak ingat ambik umur bila.











Happy new year!

Thursday, 29 October 2015

ITS OK TO FEEL SAD SOMETIMES

PERNAH RASA SEDIH TAPI TAK PASTI SEBAB APA?

.
.
.
.
.
.
.
.
EVERYTHING IS GONNA BE ALRIGHT.

Monday, 26 October 2015

BABY TAKUT ORANG

Assalamualaikum..

Husna sekarang dah 7 bulan 2 minggu. Next two weeks genap 8 bulan la. Sepanjang umur dia ni, pernah sekali la bawak dia balik kampung abahnya. Rumah atok & nekwan. Masa raya hari tu. Masa tu umur dia 4 bulan ++ la. Jarang balik sebab kampung abahnya agak jauh. Kalau pakai kereta 5 jam lebih jugak. Ha.. Kalau pakai flight tak la lama, 45 minit je. Tapi tu la nak jumpa tiket murah masa dapat cuti tu selalu non hado. Maka berdarat la kita.

Balik raya hari tu Husna ok jer dengan semua orang. Macam tak kisah la sapa pegang, bawak, tegur & so on. So saya tak expect la dia takut orang. Maybe masa tu kecik lagi. 

Jadi last week kitorang balik kampung lagi sebab alang2 saya ada exam kat sana. So daripada tinggalkan dia berdua je dengan abah, baik pergi sekali melawat atok & nekwan.

Tapiiii.. sampai je kat sana bila nekwan nya ambik, punya la menangis kuat sangat! Dengan hidung merah, tersedu-sedu dia. Lama jugak lebih setengah jam nak pujuk balik. Dengan auntie2 dia pun sama nangis jugak sebab takut. Diorang tengok pun boleh buat dia nangis. Alahai. 

Mula nya cadang nak tinggalkan dia kat rumah la masa abahnya hantar saya g exam. Tapi bila tengok dia macam tu tak jadiii.. Kena bawak sekali.. Takut nanti pening nekwan nya kena amuk seharian. Huhu. 

Maybe sebab jarang jumpa, pastu dia dah mula kenal orang. Sebab tu takut. Hurmm. Macam mana ek nak buat? Tapi ada sesetengah orang cakap biar la dia takut orang. So tak mudah untuk orang ambik2 pegang2 dia sesuka hati. Entahla. Tapi at least harap dia tak la takut ngan atok nenek makcik2 dia sendiri kan. Kesian diorang nak pegang pun dia dah nangis.

Alahai Husna. Muka samseng tapi takut orang pulak! Haha.



Pas menangis taknak nekwan bawak..hurm.


Muka ada senyum bila abah ambik.



Sekarang dah makin mengada. Jarang la nak dudok dalam kereta. Berdiri je. Hurm. Dalam carseat? Ha.. Malas nak cakap. Drama sangat kalau duduk situ.


Orang cakap kita macam amoi. Tak tau ikut muka sapa. Ibu Abah takde pun chinese look.





Dah makin pandai ambik gambar sekarang ye.


Aktiviti sekarang berlatih duduk selalu. Tapi selalu tumbang. haha.


Selain tu, kita juga selalu berlatih memanjat sambil usaha berdiri kat tepi playpen.
Kadang2 ibu turunkan pangkat playpen kita sebab risau kita jatuh.


Takpela asalkan Husna sehat2 saje. Pasni berlateh kurangkan sikit takut orang ye. Huhu.





Tuesday, 13 October 2015

7 MONTHS OLD!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Husna dah 7 bulan!Yea. Singkat je masa eh dah 7 bulan. 
Kalau dulu tak rehat sebab husna jenis mudah nangis. Moody.

Sekarang tak rehat sebab budak ni dah makin laju. Jangan harap nak tinggalkan dia kat lantai tanpa pengawasan. No no no. Sekarang dia tengah belajar merangkak. Dapatla dalam 5 6 rangkak (eh ada ke word cam ni) haha. Bila penat dia mengensot balik. Belum expert la part merangkak ni. Tapi dia memang selalu cuba.

Lagi satu dia dah pandai letak dua2 belah tangan kat tepi atas playpen tu-_- Sebab tu sekarang dah tak berani tinggalkan dia sorang2 dalam tu. Dah boleh angkat punggung sambil pegang atas tu. 





  Ha. Tengok tu. Cubaan nak sangkut tangan kat tepi playpen.


Paling best tengok dia bangun pagi. Mengeliat kaw-kaw punya. Pastu senyum..



Pastu Ibu cakap, Husna jom ambik gambar. Terus posing. Ha. Posing la sangat.
Husna ni susah senyum. Tahla mungkin masa ngandong aritu selalu moody kot. Dia just senyum kat orang yang dia kenal & biasa jumpa. Kalau tak kenal tu memang tak nak dia senyum. Walau macam mana pun orang tegur dia. Ni ambik sapa tak friendly? Haha.

Kalau dah biasa dia ok je. Boleh main sama. Tapi dia tak takut orang. Cuma tak ramah la. Monyok je muka kalau tak kenal.

Monyok cam ni la. Kalau 1st time jumpa dah boleh buat dia senyum tu memang ajaib la.haha.


Sekarang susah tol nak ambik gambar dia senyum. Tak reti dok diam. Kalau gambar monyok banyakkk. Kalau senyum mesti muka toleh tepi. Malu katanya. Ikut Ibu eh pemalu.haha.

Tabiat baru pulak suka kena korek telinga. Kalau masa kecik dulu dia tak kasi orang sentuh telinga, Mesti mengamuk kalau korek telinga. Hari tu saja cuba sebab tak tahan tengok ada daki pulak. Haha. Try korek. Eh, layan pulak dia sampai last-last tertido. Hahaha. Meh layan gambar korek telinga.

Sebelum. Eksyen sangatt. Seluar pun dah singkat. 

Semasa. Muka layan la tu.

Pastu tetido..haha.

Moga Husna jadi anak yang solehah, yang dengar kata Ibu & Abah. Sihat selalu. Aamin..





Wednesday, 7 October 2015

Review Santa Barbara Baby Activity Play Center

Assalamualaikum.

Akhirnya tercapai hajat Hunting for this! Hari ni nak buat review & nak share kat mana boleh dapat lebih murah =)

Last week asyik google cari mana website jual dengan harga terendah + pos termurah. Yela saya kan kat sarawak. Benda berat macam ni mahal kos pos nya. Mula-mula hari tu jumpa kat LAZADA, harga RM 209. Kos pos RM 155. Hambek kau. 209+155=364. NO NO NO.

Tunggu-tunggu jugak mana tau LAZADA buat offer free postage macam beli Carseat, Mattress & Playpen hari tu. Tapi tunggu punya tunggu & siap emel diorang cakap takde free postage. So macam give up la nak cari kat kedai sini je.

Tapi kat sini pun mahal. Pun 300+. Maybe diorang pun dah include transportation kan. So tengah scroll2 dekat FB jumpa iklan 11street. Ada offer untuk baby stuff. Apa lagi terus usha.. He. Jumpa la Play Center yang sama, harga RM 194.37, pos RM 82.15, so total 276.52. Kebetulan masa tu ada kupon diskaun 11%, so after deduct 11% jadi RM255.14. 

Yea! Save RM100++. Nasib baik jumpa kat sini. Purchased & buat payment petang Khamis. Sebab interbank transfer lambat sikit diorang buat payment confirmation on Friday. Isnin pos, & petang semalam dah sampai..

Yang excited of course ler Ibu nya. Haha. Husna tengok jer Abah & Uncle nya tolong pasang. Boleh tahan jugak nak pasang benda tu. Kalau saya buat memang tak siap la. 

Ni masa mula siap pasang. Try letak Husna, eh nangis kuat2 pulak. Please Husna. Nanti terpaksa Ibu cari pembeli pulak. Noo. Mungkin tak biasa. Sebab sebelum ni Husna memang takde walker ker baby chair ke. Kesian dia. Haha.

Try pujuk2 bagi dia leka dengan toys tu baru dia ok..Ada la 5 minit bertahan pastu nangis mintak keluar dari situ.Huhu.

Malam nya try letak lagi. Alhamdulillah dah ok. Dah boleh main kat dalam tu.

Tengok. Godek tisu Ibu kat dalam bakul. Hm.


Eh. Siap ambik bungkus lagi besar. Dah ada ciri-ciri nak tolong Ibu 'mengemas' la nanti. Moga jadi anak yang rajin ye Husna. Haha.

So far ok la. Yela baru semalam sampai kan. Play center ni kira macam fungsi walker jugak la. Cuma takde tayar, so baby stay kat lokasi sama jer. Haha. Tapi, kerusi dalam tu boleh pusing-pusing 360 darjah. So macam bergerak la kononnya. Pastu kat bahagian kaki boleh pilih, nak lock/jump. Kalau jump, baby boleh melompat2 la. Ada spring bawah tu. Setakat ni Husna takde pulak lompat2 dalam tu. Belum reti rasa nya. Pusing2 tu adala. 

Jadi kalau minat, sila google & usha dulu banyak2 website, pastu compare harga. Jumpa yang paling murah baru beli ok! Sekarang tengok tadi harga dah balik ke asal. RM329. Nasib sempat beli hari tu. 

Hye! Minggu depan kita dah masuk 7 bulan! =)

Doakan Husna sehat selalu ye. Aamin..