Nuffnang Ads

Friday, 10 April 2015

PENGALAMAN BERSALIN EMERGENCY LSCS

Assalamualaikum..

EDD : 12 MAC 2015

11 Mac 2015

Sehari sebelum due masih belum keluar apa-apa tanda nak bersalin. Dalam rumah asyik jalan-jalan konon untuk mudahkan bersalin. Dan nak cepat-cepat bersalin. he. 

12 Mac 2015 ; 2.00 Pagi

Masa ni perut dah mula memulas. Dari jam 2.00 pagi tu sakit tu macam berulang. Lebih kurang setengah jam sekali camtu. Masa ni dah tak boleh tidur. Terus whatsapp bff tanya macam tu ke rasa nak bersalin? Dalam pukul 3.00 rasa nak ke toilet.Tengok toilet bowl, eh eh macam ada ketulan darah. Lepas tu rasa sakit tu dah makin kerap. 15 - 20 minit sekali. Tengok en.suami masih nyenyak tidur. Malas la nak kejutkan. Saya dudok kat ruang tamu, tengok tv. He. Pastu jalan-jalan dalan rumah.

6.00 Pagi

En.suami dah bangun. Terus bagi tau dia yang saya dah mula sakit sikit & dah keluar tanda. Dia macam tak caye.he. Pastu terus ambik towel & mandi. Eh?? Saya biarkan aje. Haha. Patutnya kalau masih belum ada tanda saya mesti jumpa Dr. Toh jugak. Nasib baik dah ada tanda. Tak nak overdue. Lepas mandi en.suami ajak pergi KPJ terus. Saya cakap takpe la. Minum-minum dulu, nanti pukul 8.00 baru gerak ke KPJ. 

Inform dengan mak yang saya dah ada tanda. Mak suruh breakfast dulu. Sediakan semua beg, dokumen yang perlu bawak. Masa ni saya masih relax je. Sakit tu pun masih boleh tahan. Macam rasa senggugut tapi yang ni hilang datang sakit nya.

8.00 Pagi

Pergi KPJ. Daftar kat kaunter inform diorang yang dah ada keluar tanda nak bersalin & patient Dr. Toh. Pastu naik atas pergi ke bahagian wad bersalin. Diorang suruh tukar baju. Then masuk dalam bilik bersalin diorang pasang mesin untuk cek heartbeat baby & cek contraction tu. Tunggu dalam setengah jam camtu, ada sorang nurse datang nak cek bukaan. Nervous. Macam-macam cerita tentang cek bukaan ni yang saya dengar. He. Tapi Alhamdulillah takde la seram sangat rasanya. Maybe nurse ni pun tak kasar sebab tu tak sakit. Bukaan baru 1 cm -_- Huk aloh. Ingatkan dah bukak banyak sebab dari pukul 2.00 dah sakit.huhu. Nurse tu cakap kalau nak admit boleh, tapi kalau nak balik dulu pun boleh. Tapi saya & en.suami decide nak admit je terus. Anak 1st kan tak tau lagi cam mana. So better tunggu kat situ. Nurse tu pun bawak naik ke bilik dulu. Rehat-rehat. Dia pesan kalau sakit tu nanti dah sekerap 5 minit ataupun sakit yang datang tu da sakit sangat sampai tak boleh tahan, kena panggil diorang.

9.00 Pagi - 2.00 Petang

Sakit makin kerap & kesakitan tu pun dah bertambah. Pukul 2.00 surrender tekan loceng emergency. Terus nurse datang & bawak pergi bilik bersalin. Pasang lagi mesin untuk cek contraction & heartbeat baby. Cek bukaan; 3 cm -_-. Tapi kali ni diorang suruh stay situ je. Tak payah balik bilik rehat. So baring la kat situ tunggu bukaan 10 cm.

2.00 Petang - 6.00 Petang

Sakit dah makin kuat! Datang setiap 3 minit.Masa ni da kurang bercakap dengan en.suami. Diam je nak tahan sakit. Nurse datang lagi nak cek bukaan. Bukaan baru 4 cm!OMG. Bayangkan dari pukul 2.00 just bertambah 1cm! Nurse tu pun dah macam risau sebab tengok macam quite lambat saya punya jalan nak terbukak-_-. Saya & en.suami lagi la risau.Dengan kesakitan yang makin kuat. Saya dah terbayang kalau 4 cm dah macam ni tahap sakitnya, macam mana kalau 7 8 9 10 cm? Saya diam je tahan sakit. Memang tak mampu lagi nak berbual.

7.00 Malam

Dr.Toh datang untuk cek bukaan. Berdebar nak tau berapa cm. Sebab masa ni memang dah sakit sampai tahap menggigil. Sampai tahap genggam sambil cakar lengan en.suami. Sakit yang buatkan saya bergulung macam tenggiling. Sakit sangat-sangat. En.suami urut-urut pun saya tolak. Sebab kesakitan tu rasa macam tak tertanggung. Masa ni saya sedar memang betul orang cakap yang sakit bersalin ni paling sakittt! & bertarung nyawa. Masa ni saya dah tak dapat nak baca doa yang panjang-panjang. Hanya mampu sebut ALLAH!Saya ingatkan dah tiba masanya saya bersalin. Sebab dah sakit sangattt. Tapi bila Dr.Toh cek, bukaan saya tak berubah pun! Masih 4cm!-_- Hati dah tak sedap. Dr.Toh pun dah bagi kata dua. Dia cakap kalau sampai 11.00 malam bukaan tak sampai 6cm, saya mungkin akan kena bedah! Masa ni saya diam je. Tak larat nak bercakap. Masa ni sakit sangat dah sampaikan akhirnya saya menangis. Saya mengadu dengan en.suami sambil menangis. Cakap dah sakit sangat.. Tubuh saya menggigil tahan sakit. Sampai nurse off kan aircond sebab ingatkan saya gigil sebab sejuk. Sakit sampai saya lemah sangat. Akhirnya en.suami mengalah. Request dengan nurse untuk bagi saya epidural -_- Dia dah tak sanggup tengok saya tahan sakit sampai menggigil. Tak lama lepas tu pakar bius sampai & bagi saya suntikan epidural -_- Dr.Seng kata epidural boleh reduce kan sakit tu dalam 80%. Tak sampai 5 minit, sakit saya pun berkurang. Yes, it's true. Memang jauh berkurang tahap kesakitan tu. Nurse nasihatkan saya rehat & tidur. Takut nanti saya takde tenaga nak teran. Sebab masa ni saya dah nampak lemah sangat. Saya cuba tidur tapi tak dapat tidur nyenyak. Hati risau. & contraction pun masih terasa, cuma tak sakit sangat.

11.00 Malam

Macam yang diberitahu tadi, jam 11.00 malam Dr. Toh datang lagi nak cek bukaan. Saya harap sangat dah bukak 6cm atau lebih! Aminn.. Bila dia cek, alhamdulillah..Dah bukak 6cm! So dia bagi saya chance untuk tunggu lagi mana tau dalam few hours bukak 10cm. Dia suruh saya tidur balik untuk gain energy. Dia cakap 2.00 pagi dia akan datang lagi kalau saya masih belum bukak 10cm. Saya angguk je. Takde tenaga nak bercakap.

11.30 Malam

Terbangun tiap kali contraction. Bukan sebab sakit. Tapi sebab dengar bunyi mesin tu macam pelik. Tiap kali contraction ada bunyi yang tinggi dari yang saya dengar dari siang tadi. Nurse pun macam sibuk pantau mesin ni. Tak gerak pun dari situ. Tadi takde pun macam ni. So saya tanya diorang kenapa. Nurse tu bagitau, heartbeat baby tak consisten. Bila contraction datang, heartbeat dia too high! Tapi masih ok dia cakap. Saya makin risau. Saya tengok en.suami dah tertidur kat kerusi masa ni. Kesian dia temankan saya dari pagi. 

13 Mac 2015 ; 1.30 Pagi

Saya terdengar nurse call Dr.Toh. Cakap tentang heartbeat baby-_- Tapi saya tak paham sangat istilah yang dia sebut tu. Yang saya faham dia inform tentang condition heartbeat baby yang dah tak menentu dari pukul 11.30 tadi. Lepas tu nurse inform saya, kejap lagi Dr.Toh datang. -_- Saya kejutkan en,suami. Bagitau yang nurse dah risau pantau heartbeat baby yang tak menentu =(

1.45 Pagi

Dr. Toh sampai. Terus cek lagi bukaan. Masih 6cm-_- Dia pun terangkan kat saya & en.suami. Sekarang heartbeat baby dah tak menentu tiap kali contraction datang. Baby dah penat sebab dia usaha push diri dia untuk keluar tapi malangnya jalan saya tak bukak -_- Maafkan ibu sayang. Dr.Toh nasihatkan saya bersalin caesar sebab tinggi risiko kalau saya masih tunggu jalan bukak 10cm. Baby dah semakin lemah, macam tu jugak saya. Dr.Toh cakap bahaya untuk saya & baby kalau masih tunggu. Dia suruh saya & en.suami bincang & buat keputusan secepat mungkin. Masa ni saya dah menangis. Bukan sebab sakit. Tapi sedih & takut. Sedih sebab dengar baby dah lemah kat dalam. Takut. Takut kehilangan dia. Takut caesar. Ya. Saya takut luka, darah & yang sewaktu dengannya. Nurse tadi bagi nasihat supaya caesar. Demi baby. Dia tunjuk kat mesin masa heartbeat baby tengah drop. Akhirnya dengan berat hati kitorang setuju. Terus diorang bawak borang untuk sign setuju untuk dibedah. Masa ni nangis-nangis mintak maaf dengan en.suami. Seriously saya risau sangat nak caesar. Macam-macam yang saya fikir. Takut sangat. En.suami & nurse tu tenangkan saya. Nurse tu cakap takpe, semua akan selamat. Do this for your baby. 

Tak lama lepas tu datang 3 orang lagi nurse untuk siapkan saya. Tukar baju saya. Dr.Toh bawak en.suami ke bilik sebelah untuk tukar baju jugak sebab dia akan masuk temankan saya. Masa ni saya semakin lemah. Lemah fizikal, lemah dari segi emosi. Tambahan pulak epidural buatkan kaki saya kebas, Langsung tak dapat gerakkan kaki. Diorang terpaksa angkat saya untuk tukar katil. Diorang tolak katil ke bilik bedah.

Saya makin lemah. Suara nurse-nurse, doktor-doktor dah makin jauh. Tenaga saya habis. Benda terakhir yang saya ingat diorang depakan kedua-dua tangan saya. Lepas tu saya dah tak sedar. Patutnya saya masih sedar masa bedah sebab bius separuh badan saja. Tapi sebab dah terlalu letih dan lemah, saya pengsan. Baby dah keluar dari perut pun saya tak sedar-_- Nasib baik en.suami dapat temankan. Kesian baby kalau both ibu & abahnya tak sambut masa dia mula jenguk dunia.



5.00 Pagi

Baru sedar. Nampak en.suami dah tidur atas katil sebelah. Kitorang dah dalam bilik rehat. Masa ni saya tak tau how's my baby. Saya cuba gerak tapi masih kebas. Panggil en.suami, suara tak keluar. Akhirnya saya baring je tunggu dia bangun.

10.00 Pagi

1st met dengan my baby. Alhamdulillah cukup sifatnya. Thank you Allah. 

13/3/2015 2.37 Pagi
Emergency LSCS
Baby girl 
2.765 kg

Esok genap 30 hari usianya. Dah seminggu selsema, berkahak pulak tu -_- Dah seminggu jugak bawak dia pergi neb tiap hari. Doakan my baby sembuh cepat ya. Amin =(

Day 1 ; 2.765 kg : So tiny! Baju pun besar!haha.

Day 25 ; 4 kg : Dah mengembang =) Alhamdulillah. Doakan saya cepat sehat ya!



5 comments:

arein azlan said...

Alhamdulillah..comey'y die..tggu turn ain lak ni menghitung ari..neves lak dgr cte humairah..ape name bby?

Faridatulnain Rusli said...

alhamdulillah...comel sgt baby..sy x jangka akan continue baca story sis smpai habis,mulanya juz baca entry tentang interview SPA coz sy pn bakal diinterview,bca utk pengalaman....then melarat smpai dapat baby hehee.....by the way,xpuas baca story,I'm waiting for the next entry...nice to meet u sis

Humairah Jimat said...

ain : tq ain =)nama baby husna..edd ain bla?

farida : tq sudi singgh sini =) nice 2 meet u 2..baru smpat up entry..msih nk sesuaikn jadual dgn baby =)

arein azlan said...

Ain pnye edd 19.4..tp bby nk kuar awl..13.4 dh kuar..alhamdulillah..smua'y dh slamat..

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)