Nuffnang Ads

Tuesday, 27 May 2014

BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMMAD IZZ RIZZQI

Assalamualaikum...

Pagi-pagi tadi da bukak blog.. Then singgah baca entry Nadia tentang Sumbangan Ikhlas Untuk Muhammad Izz Rizqi. Ya Allah. Runtun hati saya baca tentang adik Izz ='( Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apa yang saya tau tentang adik Izz dari Nadia, dia adalah anak buah kepada blogger Rina Ellisa..

Jadi malam ni saya nak share kan tentang adik Izz. Moga dengan perkongsian ini dapat membantu adik Izz sedikit sebanyak.. Aamiin.. Untuk makluman info tentang adik Izz saya dapat dari Nadia & share kan tentang ni dengan izin..

Untuk lebih jelas saya kongsikan disini status dari ibu adik Izz ( PUAN NUR ATIKA RUSDAN )

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 

=========================================================================


I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."


=========================================================================

Dan latest news sekarang, adik Izz perlu dibedah pada minggu hadapan dengan kos anggaran RM50,000.00. Jadi saya dengan rendah hati nya memohon agar kita dapat sama-sama membantu meringankan beban mereka. InsyaAllah..Sama-sama kita berdoa agar adik Izz cepat sembuh.. Aamiin..

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas, bole salurkan ke akaun di bawah :


* LATEST UPDATE : UNTUK SUMBANGAN SILA SALURKAN KE AKAUN IBU ADIK IZZ YANG TELAH DI UPDATE KAT ENTRY NI AKAUN NUMBER IBU ADIK IZZ




Ya Allah, moga dengan izinMu, kau permudahkanlah segala urusan yang melibatkan Muhammad Izz Rizzqi. Kau berikanlah dia kesihatan. Aamiin..






No comments: