Nuffnang Ads

Thursday, 20 August 2015

5 months old!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Husna dah genap 5 bulan 13/8 hari tu. Baru je lepas demam. Kesian Husna. 5 hari demam. Suhu turun naik. Risau Ibu. Dah baik demam ceret beret pulak. Pastu tiba-tiba keluar ruam panas satu badan =(


Nasib baik demam kali ni Husna tak merengek. Tengok masih bole senyum2 lagi. Cergas & main macam biasa. Tapi badan panas sangat :(


Nak cuba meniarap dalam buai. Asyik meniarap je. Dalam buai ke, dalam kereta ke.



See? Kena selalu check dia kalau dalam buai. Tidur sangat la buasss. Dalam buai pun dia bole tidur macam tu.


Macam ni la badan Husna hari tu. Satu badan merah2. Kena pulak masa appointment cucuk 5 bulan, jadi kena postponed 1 minggu. 


Demam pun masih kuat main. Potpet potpet mulut bercakap dengan lion tu.


Tidur malam bagi pakai baju lubang2 je. Ingatkan tak nak pakaikan baju tapi risau dia garu kat badan yang ruam tu. hurm.


Lepas 5 hari baru sembuh sepenuhnya. Hye! Husna dah sehat =) Doakan Husna sehat selalu ye di jauhkan dari penyakit. Aamin..

5 MONTHS OLD
6.57 KG
63.5 CM.









Monday, 3 August 2015

4 months ++

Assalamualaikum..

Little Husna's progress.13.3.2015.


Husna masa genap 4 bulan hari tu.

Setakat ni makin nakal. Makin manja. Kalau dulu tak boleh cium. Marah. Sekarang kalau kena cium sengih2 dia. Dah boleh meniarap masa umur 3 bulan ++. Tapi sampai sekarang belum dapat pusing balik sendiri. Menjerit dia bila dah letih.


Muka masa praktis niarap tapi gagal. Seminggu jugak dia cuba pusingkan badan tapi tak dapat.
 Pastu dapat pusing tapi tangan kiri pulak masih kena tindih. Belum expert lagi. Usaha lagi Husna.
Akhirnya berjaya! So sekarang sambung praktis nak pusing balik pulak masih tak reti.

Layan gambar je lah ya.









Anak abah. Manja sangat kalau dengan abah.

Moga terus membesar dengan sihat, kuat, cerdik, rajin, solehah.. Aamin..





Friday, 31 July 2015

KEPERLUAN BABY. DO'S & DONT'S

Assalamualaikum.

Just nak kongsikan pendapat tentang keperluan wajib & tak wajib untuk 1st baby. Tiap baby maybe ada perbezaan. So saya nak share apa yang saya rasa kan penting =) & ni ikut pandangan saya la. 

1. Baby Cot vs Playpen

Saya pilih playpen. Sebab lebih jimat & kegunaan lebih flexible. Jimat sebab tak perlu beli bumper macam baby cot. Flexible sebab boleh jadi tempat tidur. Boleh jadi tempat bermain. Yang paling penting material dia soft jer. So tak payah risau baby terhantuk ke apa. Lagi satu boleh bukak & lipat kecik simpan dalam beg dia & boleh bawak pergi.Macam balik raya hari tu kita orang bawak balik kampung. Kalau baby cot jenuh jugak nak bukak & pasangkan balik.

2. Convertible car seat vs carseat biasa vs baby carrier

Yang ni rasa nya macam even. Tapi last2 saya pilih convertible carseat. Maybe kalau ada 2nd baby akan beli baby carrier. Boleh kakak duduk kat yang besar (convertible) adik duduk dalam carrier. Tapi memang wajib ada terutama kalau hantar anak kat baby sitter sorang2. Ataupun selalu jalan jauh-jauh. Boleh bagi baby relax dok sendiri kan. Lagipun lebih selamat.

3. Baby's Wardrobe

Sangat perlu melainkan almari korang memang banyak space lebih sebelum bersalin. Sebelum ni belikan Husna almari kecik tu. Tapi sekarang nak masuk 5 bulan almari tu dah penuh .Gift dari kawan-kawan, family. So, almari khas untuk baby memang keperluan penting.

4. Baby's chair

Ni belum beli. Tunggu dia umur 6 bulan la belikan. Rasanya better pilih yang 2 in 1 punya. Yang boleh bukak jadi kerusi rendah & boleh pasang balik kaki untuk jadi high chair kat meja makan. Pilih yang ada belt untuk lebih selamat.

5. Baby Walker

Bagi saya tak wajib kot. Sebab macam susah nak kawal bila baby dok dalam walker, Tengok la nanti kalau jumpa yang boleh lock tayar tu maybe akan beli. Kalau tak, tak beli.

6. Stroller

Pilih yang ringan, compact lipat kecik! Ni saya menyesal sikit pilih yang cantik kononnya. Balik kampung hari tu jenuh susun barang sebab stroller besar gedabak. So better pilih yang lipat payung. Dapat jimat ruang.

7. Baby bib

Saya tak beli satu pun bib dulu tau! Ingatkan tak perlu. Yang ada pun 2 helai gift orang bagi. Tapi sekarang Husna kuat main air liur-_- Baru sibuk belikan. Kalau tak pakai habis basah bajunya.

Hurm. Banyak lagi tapi lupa. Nanti sambung ye! =)