Nuffnang Ads

Wednesday 22 April 2015

SEBELUM SELEPAS EMERGENCY CAESARIAN

ASSALAMUALAIKUM.

Hari ni dah 41 hari lepas bersalin. Genap sebulan hari tu pergi check up balik dengan Dr.Toh dekat KPJ. Check jahitan luar & dalam. Check keadaan rahim jugak. Alhamdulillah. Jahitan luar memang dah mula kering masa 2 minggu ari tu. Dan berdasarkan scan, Dr.Toh cakap luka dalam pun dah ok. Alhamdulillah.

Ni nak kongsi rasa/pengalaman lepas bersalin caesar. Ramai yang takut nak caesar kan?? Saya pun sama!Takut sangat. Tapi dah ditakdirkan saya tak mampu bersalin secara normal. Nak tak nak saya kena emergency caesarian. -_- ALLAH saja yang tau perasaan saya masa doktor inform yang baby saya dah distress. Kalau tak jalankan pembedahan secepat mungkin maybe akan membahayakan baby & saya sendiri.

Masa pembedahan tu, saya tak rasa apa pun. Ye la sebab kena bius kan? Dah tu saya pulak pengsan sebelum pembedahan tu mula. Baby lahir jam 2.37 pagi. Saya sedar jam 5 pagi -_- Sedar-sedar pun dah check in kat bilik. Tapi baby takde pun. Baby masih dekat nursery room. Masa ni saya tak rasa sakit pun. Cuma rasa lemah. Maybe kesan bius tu masih ada.

Setiap jam ada nurse datang ke bilik untuk check suhu & blood pressure saya. Lepas tu diorang pesan saya mesti kencing & kentut. oops.sori. He. Baru saya dibenarkan balik/discharge. Saya just dibenarkan minum air kosong sampai jam 10 pagi. Tak boleh minum air bergula. Kencing yang pertama lepas pembedahan pun kena panggil diorang teman. Sebab diorang nak pastikan dah boleh kencing macam biasa atau tak. Malu tapi apa boleh buat. -_-

Lepas tengahari baru dapat kencing -_- Lega. Satu syarat dah lepas. Kencing mudah la kan? Tapi kentut? Bukan senang kau nak suka-suka boleh teran kentut. Haha. Dalam 2 petang tu Doktor datang check lagi. Siap tanya dah kentut tak. Dia kata kalau dah kencing & kentut boleh discharge petang tu jugak. Alah.Belum kentut lagi. So how? Kena tunggu la yer makcik.huhu. Masa tu asyik la doa mintak kentut -_-' Apa jenis doa la macam ni.

Tunggu punya tunggu tak jugak kentut. Sampai jam 5 masih takde jugak. Aloh. Pastu nasib baik doktor tu consider. Dia cakap boleh balik dengan syarat kalau sampai pagi esok nya tak jugak kentut, kena datang untuk check up. Yea! Boleh discharge means save bayar bilik 1 malam. Haha.

Pukul 630 camtu balik rumah.. Masa ni dah mula rasa kesakitannnn! Kesan ubat bius dah takde. Just ada ubat penahan sakit. Apa la sangat kurang sakit kesan dari ubat tu. Masa ni la merasa nak baring pun makan masa! Kena duduk dulu kat sisi katil. Rehat kejap. Dah ok sikit mula baring slow-slow mengiring. Baru boleh landingkan kepala. Ni pun atas bantuan suami ya makcik2 sekalian. Kalau sorang2 memang tak dapat rasanya. Sakit sangat =(

Tu kisah baring. Kalau nak angkat dari baring lagi laaaa sakit. Kena ada sokongan atau ada orang bantu. Mula-mula kena pusing badan, baring mengiring. Nak pusing pun da satu cabaran. Pastu someone tolong tarik tangan & support belakang. Angkat badan slowly dengan keadaan masih mengiring. Then, dudok. Pastu baru boleh berdiri perlahan-lahan. Hari pertama rasa nya 3-5 minit masa untuk saya angkat dari baring. Sebab sakit sangat. Dan rasa berat je masa nak angkat badan -_-

Berjalan pun kena paksa diri tegakkan badan. Kalau turutkan rasa sakit tu memang membongkok tiap masa =( Sakit tu makin berkurang sampai la hari kelima.. Ok dah!Masih sakit la tapi dah boleh jalan tegak2. Pastu dah boleh melangkah cepat sikit. Hari keenam nurse datang bukak plaster jahitan.

Masa bukak ni saya seram sangat! Saya dah imagine jahitan tu macam benang hitam yang pusing-pusing tu. Takut nya!!! Lepas dia bukak saya tak nak tengok pun. Orang pertama yang tengok, mak saya. Pastu dia cakap takde pun jahitan macam yang saya bayangkan tu. Just satu garisan lurus. Alhamdulillah. Kurang sikit takut saya tu. he.

Lepas bukak jahitan tu saya pun dah makin ok.. Hari kesepuluh camtu memang dah tak sakit lagi. Cuma masa nak baring & angkat dari baring tu la yang masih terasa. Lepas 2 minggu, Alhamdulillah dah cergas macam biasa. Nak baring/ berdiri pun dah takde masalah.

Hari ni dah 41 hari pun. Baby Husna pun dah makin berisi! Nah belanja satu gambar! =)


5 comments:

Anonymous said...

Alololo..putihnye baby, Inshaa Allah bulan 9 due aisyah.. nyah beranak normal ke tak nt ni..risau jg..

Unknown said...

he.tq..gudluck ye aishah..nnti dh dkt nk bsalin bnyk kn bjalan..=)

areinazlan.blogspot said...

Wah!!!dh nampk brisi husna..ain pn dh bslin dh 13.4..bby boy..mudh2an ank ain pn nampk brisi gk nanti..

Unknown said...

Allah...comey sgt babynye..kite dulu takut nk bersalin normal..siap mintak ngan doc nak c-sect lagimase tu tgh sakit sangat...huhu pas tu bace ni mule rase ngeri ..

Unknown said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ