Nuffnang Ads

Tuesday, 29 April 2014

HIAS KERETA KAWEN DENGAN TEDDY BEAR COMEL!

Assalamualaikum...

Seperti yang saya g tau sebelum ni, saya memang nak DIY kereta pengantin..Sebabnya, bagi saya lebih save kalau hias sendiri! Biar pun comel kereta selepas di hias hanyalah di tahap sederhana. Saya tetap rasa puas hati.haha.

Ha..Comel x???haha.


Hari ni da genap sebulan saya kawen.Alhamdulillah.. Dah kawen mana nak main anak patung/ teddy lagi kennn?? Jadi saya nak let go pasangan comel ni!
Ukuran : 15 cm tinggi approx.
Yang girl pakai double layer veil. ha.
Yang boy pakai topi tu.
Price : RM 30 include pos!
SOLD!
Macam biasa kalau berminat boleh emel saya mayrahmay8789@gmail.com. =)

Cari pre loved barang kawen murah ? Singgah sini pleaseee : 

Friday, 25 April 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Assalamualaikum.


SEGMEN FISRT ANNIVERSARY BLOG ASHA LYA



Dah lama sangat tak join mana-mana GA. Sibuk sangat dengan persiapan majlis.. Sekarang dah reda sikit, so bole la join!Jom la join sekali. Klik banner ye untuk join!

Segmen bermula 25 April 2014 hingga 5 Mei 2014.

Wednesday, 23 April 2014

MAJLIS RESEPSI 300314

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.. Lega sangat-sangat sebab majlis akad & resepsi pihak perempuan dah berjalan dengan lancar. Sekarang sibuk sikit untuk majlis resepsi belah lelaki pulak 1 Jun nanti. Ya, jarak tarikh untuk majlis kami agak jauh. Tapi kampung en.suami pun bukan dekat. Pakai kereta hampir 6 jam perjalanan. Pastu parents saya pulak kat Labuan =( , Kak Long saya cikgu. Susah nak ambik cuti. So, nak carik masa semua pihak dapat hadir tu susah sikit.. Last-last kitorang ambik 1 jun, sebab masa tu cuti umum untuk Hari Gawai =)

Majlis resepsi belah saya hari tu kita buat simple-simple saja. Takde kompang, takde silat, takde potong kek. He. Just ada orang zikir & mainkan lagu yang kitorang dah burn sendiri dalam cd. Nahh. Majlis ni buat belah pagi. Guest mula datang jam 9.00. Kita kat umah lagi masa tu. Tunggu greenlight soh gerak ke dewan. Dalam jam 930 camtu mak pun call suroh gerak ke dewan. Haa.. Masa ni baru nebessss tau. Siap ketak-ketak bibirrr. Ahaha. Hambekk kau. Semalam masa akad kau konon-konon cool. Sekarang rasakannn.haha. Tapi memang nervous giler ar masa ni. Sebab malu la lagi ramai orang tengok.Otw ke dewan kita diam je tau. Ha. Pandai pulak ko dok diam masa ni.

Dahla masa otw ni ribbon & teddy bear yang kita diy tuk hias kereta tu hampir terbang pulakkkk. Terpaksa berhenti kat tepi jalan jap & pin kan ribbon tu. Pastu kereta bawak slow-slow.hahah. Makan masa 15 minit gak la nak sampai kat dewan sebab jalan slow & banyak kereta. Sampai kat sana memang rasa macam tak bole nak bernafas sebab nervous.haha.


Encik & Puan Teddy ni la yang nak terbang masa tu.haha. DIY orang yang tak berapa professional gitu la jadik nya. Senget da teddy. Takpe. Comel je. =p


Sebelum masok dewan. Bibir senyum pun ketar2 tauuu. Oh ye. Saya pakai handbouquet yang sama untuk 2 majlis. Nanti nak wat review. Thanks to Ciktie for the hb!


Nahhh.. Mula jalan masok ke dewan.. Pengapit yang laki adik bongsu saya, Kiko. Pengapit perempuan pulak adik en.suami saya, Ayu =)
Masa ni mata melilau tengok guest. haha. Dah x larat nak bagi caption 1 1. Layan gambar je keh!



























Majlis tamat..He. Lepas salam-salam semua tetamu baru mula sesi photoshoot kat dewan kejap. Next entry la ye. Tak larat nak upload gambar lagi. He. Terima kasih sudi singgah =) Datang lagi!