Nuffnang Ads

Wednesday 7 October 2015

Review Santa Barbara Baby Activity Play Center

Assalamualaikum.

Akhirnya tercapai hajat Hunting for this! Hari ni nak buat review & nak share kat mana boleh dapat lebih murah =)

Last week asyik google cari mana website jual dengan harga terendah + pos termurah. Yela saya kan kat sarawak. Benda berat macam ni mahal kos pos nya. Mula-mula hari tu jumpa kat LAZADA, harga RM 209. Kos pos RM 155. Hambek kau. 209+155=364. NO NO NO.

Tunggu-tunggu jugak mana tau LAZADA buat offer free postage macam beli Carseat, Mattress & Playpen hari tu. Tapi tunggu punya tunggu & siap emel diorang cakap takde free postage. So macam give up la nak cari kat kedai sini je.

Tapi kat sini pun mahal. Pun 300+. Maybe diorang pun dah include transportation kan. So tengah scroll2 dekat FB jumpa iklan 11street. Ada offer untuk baby stuff. Apa lagi terus usha.. He. Jumpa la Play Center yang sama, harga RM 194.37, pos RM 82.15, so total 276.52. Kebetulan masa tu ada kupon diskaun 11%, so after deduct 11% jadi RM255.14. 

Yea! Save RM100++. Nasib baik jumpa kat sini. Purchased & buat payment petang Khamis. Sebab interbank transfer lambat sikit diorang buat payment confirmation on Friday. Isnin pos, & petang semalam dah sampai..

Yang excited of course ler Ibu nya. Haha. Husna tengok jer Abah & Uncle nya tolong pasang. Boleh tahan jugak nak pasang benda tu. Kalau saya buat memang tak siap la. 

Ni masa mula siap pasang. Try letak Husna, eh nangis kuat2 pulak. Please Husna. Nanti terpaksa Ibu cari pembeli pulak. Noo. Mungkin tak biasa. Sebab sebelum ni Husna memang takde walker ker baby chair ke. Kesian dia. Haha.

Try pujuk2 bagi dia leka dengan toys tu baru dia ok..Ada la 5 minit bertahan pastu nangis mintak keluar dari situ.Huhu.

Malam nya try letak lagi. Alhamdulillah dah ok. Dah boleh main kat dalam tu.

Tengok. Godek tisu Ibu kat dalam bakul. Hm.


Eh. Siap ambik bungkus lagi besar. Dah ada ciri-ciri nak tolong Ibu 'mengemas' la nanti. Moga jadi anak yang rajin ye Husna. Haha.

So far ok la. Yela baru semalam sampai kan. Play center ni kira macam fungsi walker jugak la. Cuma takde tayar, so baby stay kat lokasi sama jer. Haha. Tapi, kerusi dalam tu boleh pusing-pusing 360 darjah. So macam bergerak la kononnya. Pastu kat bahagian kaki boleh pilih, nak lock/jump. Kalau jump, baby boleh melompat2 la. Ada spring bawah tu. Setakat ni Husna takde pulak lompat2 dalam tu. Belum reti rasa nya. Pusing2 tu adala. 

Jadi kalau minat, sila google & usha dulu banyak2 website, pastu compare harga. Jumpa yang paling murah baru beli ok! Sekarang tengok tadi harga dah balik ke asal. RM329. Nasib sempat beli hari tu. 

Hye! Minggu depan kita dah masuk 7 bulan! =)

Doakan Husna sehat selalu ye. Aamin..






9 comments:

Asha Lya said...

Syukurlah dpt bli yg murah tpi kualiti tetap samakn

areinazlan.blogspot said...

Aamin..mga husna sntiase sehat..ank ain plak next week 6bulan..beza sbulan je ank kte..tarikh sama..but now still xmo nerap..ada mse je termenerap..huhu..husna pndi nerap wk2 bpe bulan??

Unknown said...

Btol tu lya..

Unknown said...

A'a husna 13 Mac.. He. Husna nerap masa umo 3 bln ++ tp masa tu tak pandai pusing balik.nangis bila penat.masok 4 bln+ baru blh pusing sndiri.xpe ain.mcm anak buah sy Ari tu nerap 6 bln++ tp lpas tu cepat je xlma trus mrangkak.

Unknown said...

Alahai comel je dia. Hehe

Anonymous said...

Salam sis. Google2 psl play center tjumpa plk blog sis ni. Trs buat sy yakin utk beli play center ni dgn harga rm199 (slps diskaun) stelah tgk hrga yg tpaksa sis byr utk mdptkn play center ni. Hopefully my baby pon sesuai dgn play center ni.

Unknown said...

harga after diskaun just rm 194++ sis..yg buat jd mahal nye pos sbb sy kat sarawak.. =)

nuraini zainudin said...

lazada tgh offer ni RM179.90 siap free shipping within west malaysia.. tgh cari review juga ni.. worth it tak? heheheeh anak saya pin xde walker n baby chair lagi. :)

Unknown said...

kalau dulu agak berbaloi.tp sekarang dia dh pandai protes taknak dudok dlm tu.paling lama tahan pun 10 minit.tu pun kalau ada dd & friends dlm tv.skrg lebih suka merayap sana sini..huhu.tapi kalau dari segi keselamatan mmg tak risau la.kalau urgent nk kena tgalkn g toilet ke boleh letak dlm tu.takyah risau sbb takde tayar kn.hehe.lagi satu, smpai skrg sy tak belikan baby chair tk husna.dia mkn dok dlm ni je.