Nuffnang Ads

Tuesday, 28 May 2013

TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA

Assalamualaikum..

Tragedi bot karam berlaku di Belaga pagi tadi selepas 1 jam berlepas dari jeti Belaga. Moga mangsa yang terlibat dapat ditemui segera.AMIN.

Sangat terkejut setelah dengar TV3 cakap 181 terselamat & 23 lagi belum ditemui. Ya Allah. Saya pernah menaiki bot express yang sama menuju ke Belaga beberapa bulan lepas. Muatan nya x sepatutnya lebih daripada 80 penumpang. 181 + 23 = 204??? Speechless.-_-

Beberapa bulan lepas saya pernah ke Belaga menaiki bot ekspress yang sama atas urusan kerja. Bertolak dari Sibu menuju ke Belaga dengan menggunakan bot ekspress memakan masa 9 jam perjalanan. Ya, 9 jam perjalanan melalui sungai termasuk melalui jeram & arus yang deras di kawasan Pelagus. Sepanjang perjalanan hanya Allah yang tahu rasa takut yang saya & rakan sekerja rasa. Pergi kerana tugas & tanggungjawab. Dengan bot ekspress yang penuh, kurang selesa, serta perjalanan yang sangat panjang. Sebaik melalui kawasan jeram, penumpang lebih memilih untuk berdiam. Mungkin banyak yang berdoa memohon perlindungan. Saya menjenguk melalui tingkap melihat keadaan arus. Memang deras. Batu-batu sungai yang sangat besar nampak sangat menakutkan. Tapi kami tiada pilihan. Bot ekspress merupakan jalan mudah untuk sampai ke Belaga. Setiap hari hanya akan ada 1 perjalanan sahaja dari Sibu ke Belaga yang akan bertolak seawal jam 5.45 pagi dengan tambang dari RM 55.00. Kenapa hanya satu??

Membaca & mendengar berita tragedi bot karam tadi buat saya rasa sedih sangat. Akses ke Belaga sangat terhad. Memang dapat pakai jalan darat. Tapi sama bahaya macam lalu sungai. Kalau pakai darat, x ada jalan bertar. Cuma pakai jalan balak, jalan tanah. Jalan yang melalui lereng2 bukit & gaung. Licin, x berlampu & melalui kawasan muka bumi yang berbahaya.

Tolong. Berikan mereka sedikit kemudahan. Ya, saya bukan penduduk Belaga, saya bukan tinggal di Belaga & saya hanya pernah menjejak kaki sekali sahaja di Belaga. Namun pengalaman sekali itu cukup memberikan pengajaran kepada saya tentang betapa sukarnya hidup di sana.

Moga kehidupan penduduk di Belaga akan lebih terbela. Moga mangsa - mangsa akan ditemui segera. AMIN.




Monday, 27 May 2013

POS YANG TAK BERAPA NAK LAJU.

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita, 2-3 minggu lepas saya ada order baju dari satu online shop.Da sampai nanti buat review ek..Ok.Baju ni siap last week, jadi online shop ni poskan on 22 Mei 2013 iaitu Rabu lepas. Tapi oleh kerana pos dari semenanjung ke sarawak makan masa 2 hari pakai POS YANG X BERAPA NAK LAJU TU, & kena pulak 24 Mei 2013 (Jumaat) adalah cuti labour day, maka, barang saya tadi bercuti & bermalam jugaklah dekat ofis tu..

Saya cek tracking number, barang memang da sampai Sibu pun on 23 Mei (Khamis). Xtau la napa x deliver jugak.Maybe barang baru sampai Sibu masa tu. Jadi saya expect memang barang tu akan dihantar on Monday, means TODAY 27 Mei. Dari pagi tadi saya cek tracking number tengok2 pukul 10.25 da attempting delivery..

So, saya memang confident la akan received parcel by today. Tunggu punya tunggu sampai pukul 5.30 x nampak jugak batang hidung cik abang pos x brapa laju tu.Saya rasa kureng berpuas hati da tunggu seharian kat pejabat tapi barang x sampai jugak. Sampai je kat umah tadi pukul 6.15 camtu saya cek balik tracking number dan kat situ cakap.............................

UNABLE TO DELIVER THE ITEM DUE TO ADDRESSEE REQUESTED LATER DELIVERY

TIDAK DAPAT MENGHANTAR BARANGAN TERSEBUT KERANA PENERIMA MEMINTA PENGHANTARAN KEMUDIAN.

 *Click 

Bila masa pulak saya request penghantaran kemudiannn????OMG.Sangat menguji kesabaran.Dari 22 Mei saya tunggu parcel sampai. On 27 Mei diorang bole cakap saya request penghantaran kemudian sedangkan saya tunggu sepanjang hari kat pejabat xde pun muka Cik Abang Pos X Berapa Laju ni muncul!Hope esok diorang akan hantar barang tu. *GRRRRRRRRR





Sunday, 19 May 2013

ONLINE SHOPPING.

Online shopping Malaysia.


Assalamualaikum.

Online shopping adalah salah satu daripada aktiviti yang sukar untuk saya bendung.eheh.Logik la kan perempuan memang suka shopping.Apatah lagi dihujung jari.hwahwa.^_^
Duduk rehat, taip2, klik2, tadaaaaa...da dapat baju.Sapa x nak?huhu.Mula pandai shopping online ni tahun 2009.Masa mula2 kerja & pgang duit sendiri(walaupun gaji ciput sedut). Start tahun 2009, antara kedai2 online yang da pernah singgah :

Baju2 kat sini memang superbbb, lain & sangat menggoda.~.~hew.x caya? tengok ni


Baju kawen pun ada! Kacak eh!huhu.
Masa tunang hari tu pun saya pakai baju dari minaz..Baju ni=)



Selain daripada minaz, saya suka jugak beli dekat Butik Sue & Ija Aziz.Sebab harga sangat berpatutan & servis pun sangat cepat & bagus!=) Baju ni saya beli tahun lepas. Yang warna hitam oren beli kat Butik Sue, sepasang RM 60 sahaja.. Yang merah beli dekat Ija Aziz, sepasang RM 89.Murah kan??


Kalau nak tempah peplum pulak, bole la cuba kat Gojes ShoPp. Saya da tempah sepasang warna mustard + dark purple. Jahitan memang ok & selesa pakai.Cuma hari tu dapat lambat sikit sebab tempahan banyak kat situ.huhu.So, kena sabar tunggu kalau nak beli.. Kalau minat nak tempah, bole la survei dekat Gojes ShoPp ek..=) Kat cni pun ada buat custome made maxi skirt..Bole bagi ukuran waist & labuh kain..Best kan??


Bab baju2 biasa & seluar pulak saya suka beli dekat Lyn's Fashion Boutique. Kat sini memang banyakkk choice & harga pun berpatutan..Kat sini ada jual long pants skinny yg colorful & sgt murah! Semua item pre order tapi memang berbaloi tunggu;)

Skinny pants RM 39 sahaja!Macam-macam warna & saiz bole pilih kat sini :





Antara baju yang menjadi pilihan hati^_^ RM29/pcs. Berbaloi x??huhu..Bole rambang mata kalau tengok.

Jadi..kalau berminat bole la survei sekarang!Review ni ikhlas dari hati berdasarkan pengalaman membeli di kedai2 tersebut ek. Setakat ni memang puas hati. Ada rezeki lebih nanti saya datang lagi!^_^heheh. Till then, selamat membeli=)