Assalamualaikum.
Here I am. Super excited. Energetic, just because I got a very valuable discounted item from LAZADA.
Ok. Actually dalam beberapa bulan lepas saya & husband decided nak belikan Husna playpen / baby cot. Either one. So saya start google pro's & con's 2 item tu. Ada yang sokong baby cot. Ada yang pilih playpen. Macam seri pulak. Bila dah seri macam tu of course bandingkan harga pulak. Obviously harga playpen lebih murah. Baby cot lebih costing sebab nak beli bumper set lagi. Total kalau include pos ke Sarawak boleh cecah RM800. Tak mampu -_-. Dan rasa tak berbaloi sebab tak pakai lama rasanya.
So we decided to chose a playpen. Survey sana sini termasuk dekat mall kat Sibu. Malangnya kat sini memang mahal compare to online. Kat sini paling murah playpen pun RM400++ tak termasuk mattress. No no. Saya bagi tau husband, we can get a cheaper price online.
Jadi saya cari dalam LAZADA. Nak yang murah, cantik & ada toy sikit pun jadila :p Ha. Cerewet tapi nak murah. Mana nak dapat? Takpe. Cari dulu. Lama jugak saya cari. Tiap hari saya window shopping kat sini. Satu tips saya nak bagi, kalau korang cari satu item tu, dah jumpa jangan terus add to cart tau. Korang search nama model item tu. Nanti akan keluar semua. Harga berbeza tau sebab vendor diorang lain-lain. So compare dulu harga, then pilih yang termurah baru add to cart.
Dah habis cari, saya pilih playpen brand Sweet Cherry.
Harga kat atas RM264. Ni harga sekarang. Saya beli hari tu dengan harga offer hanya RM216. Untung tak? Sebab saya pilih jenis ni :
1. Comel la jugak.
2. Ada toys sikit
3. Ni paling penting free postage ke sarawak. Kalau ada cas pos maybe + around RM30? Sebab item berat kan.
4. Antara yang murah.
Lepas playpen cari mattress nya pulak.
RM79 for mattress.
So total RM216 + RM79 (FREE POSTAGE) = RM 295.
Tapi saya just bayar RM 245. Why? Sebab masa 24-26 Jun hari tu kan LAZADA buat sale. Ada diskaun RM50 untuk pembelian RM 200 ke atas. So after deduct RM50, total amount hanya RM245!
See. This is why I'm addicted with LAZADA.
Dan pagi ni macam biasa suka-suka usha LAZADA. Sebab ada target nak beli carseat untuk Husna. Sebelum ni jalan-jalan dok kat riba je. Nanti raya nak balik kampung 5 jam perjalanan takut tak larat.
Dari last month survey. Ada yang berkenan tapi quite expensive.
Macam biasa nak yang terbaik tapi nak murah. Haha. Tu yang susah dapat. Kan.
Tapi.. Alhamdulillah. Hikmah menjadi window shopper yang rajin saya terjumpa offer ni :
Hanya RM 179.10 free postage! Harga asal kalau include pos ke Sarawak RM 400++ tau.
Wahhhh. Terus whatsapp husband bagitau yang ada sale gila-gila! Husband bagi green light terus. Yela kalau tak sale memang tak la nak beli dengan harga asal.
Yang paling bestnya, tau tak berapa saya perlu bayar?
Tadaa! Hanya RM 159.10! Sebab apa?? Sebab saya subscribe newsletter dari LAZADA. So ni satu lagi tips. Korang subscribe saja dah dapat kupon RM 20. Jadi RM179.10-RM20=RM159.10.
Mana nak dapat carseat yang convertible, boleh guna dari newborn sampai umur 4 tahun dengan harga hanya RM 159.10? Jadi mummies yang tengah usha carseat tu cepat-cepat beli SEKARANG! Sebelum offer tamat. Jangan lupa subscribe tau. Nanti dapat diskaun RM20.
Nak lebih diskaun tak? Ni extra la ye kalau rajin boleh cuba. Sila baca entry ni dulu SHOPPING TAPI DAPAT DUIT? Ikut step tu, pastu shopping macam biasa. Dah! Sila shopping sekarang!
Good luck mummies =)
2 comments:
murahnye...ade lg x???halaaaaa lazada kt office kena block pulak.... xsbr nk balik tgok
ada lagi rasanya.tadi tgok iklan kat facebook masih ada=) cpt beli skrg!
Post a Comment