Nuffnang Ads

Thursday 23 October 2014

Gender Baby? BOY or GIRL?

Assalamualaikum.

Selalu baca kat internet orang cakap paling awal dapat check gender masa 18 – 20 weeks of pregnancy. Alahai. Masa tu masih 14 weeks. Lamanya lagi 1 bulan nak tunggu. Hati da tak sabar nak tau dia boy ka girl? Baby 1st ni memang tak kisah boy/girl asalkan dia sihat sempurna cukup sifat. Tapi rasa ingin tau tu memang sangatttt la kuat.

Mula la google sana sini carik info tentang gender baby. Macam-macam ada. Ada yang cakap kalau morning sickness teruk, means yang dalam perut tu baby girl. Saya memang ada morning sickness yang teruk. Bukan morning je. Tapi tiapppp masa. Langsung tak bole makan. Asal makan je muntah. Minum je muntah. Hidu bau je muntah. Tengok gambar makanan pun bole muntah. Sampai berat badan saya turun 5 kilos! Oh my! Dah la petite, turun lagi berat. Nurses & Doctor pun terkejut tengok berat saya yang serupa berat budak sekolah. Ringan sangat! Mula la perasan mengandung baby girl =p Tapi bila ingat balik, 2 years ago my bestfriend pregnant her 2nd child. Memang teruk jugak morning sickness dia. Lebih kurang macam saya. Tapi lagi teruk sebab dia sampai 5 months++ pun muntah lagi. Tapi keluar tengok. EH! Baby BOY! So, cancel percaya yang satu ni. EHEH.

Pastu masa 10 weeks macam tu muka saya meragam. Naik jerawat balik macam before saya kawen dulu. Ha. Mula la lagi perasan mengandung baby girl. Sebab orang cakap kalau ngandung anak perempuan ni, seri mak nya akan hilang. Ye la mana nak berseri lagi, dengah muntah, jerawat lagi bertempek kat muka. Pastu sekarang dah masuk 5 months, eh jerawat da hilang! Muka da ok balik. Konon dah berseri balik la. Sudah! Terus jadi confused lagi boy/girl.

Takpe. Tengok lagi tanda – tanda lain. Tahap kecerewetan! HAHA. Orang kata kalau masa ngandung ni cerewet lebih, maybe baby Girl.OK. Kalau tanya kat family saya, kawan-kawan saya semua teka saya ngandung baby Girl. Sebab sekarang saya SANGAT CEREWET. Sampaikan perfume adik saya pun saya paksa tukar! Dahsyat tak? Sebab tak tahan hidu bau tu =( Syampu, gel rambut husband semua saya complaint. Asyik nak memilih. Yang biasa saya suka pun jadi tak suka. Sampai adik saya stress! HAHA. Sian diorang. Sorry! So, gender baby? Maybe girl.  Katanyaaaa.

Tak puas hati berteka-teki, masa week 15, saya jumpa DR. Toh sebab nak mintak surat pengesahan pregnancy. Sambil tu scan baby la. Nak tengok dia macam mana. EH. Da makin besar! Masa tu cuba tanya DR, da bole tengok gender baby tak? Yela kan baru 15 weeks. Pastu DR cakap, boleh cuba kalau baby behave. Ok. FINE.

DR pun mula cari2 posisi yang sesuai untuk tengok burger/bebird! Pastu sampai kat satu part, dia stop gerakkan benda tu.

DR Toh  : See. Ini dia punya paha. Baby you 100% baby ____________ Confirm.
Saya : Confirm DR??
DR : Ya. Confirmed baby _______________ Tahniah.

Sengeh-sengeh tengok muka husband yang macam blur. His face was like, betol ke? Boleh check lagi tak. Haha. Saya pun macam eh, betol ke tu. Tak awal sangat ke. Haha. Sendiri yang excited nak tanya awal2, sendiri pulak tak yakin bila dapat tau result. Rasa-rasa saya dapat boy/girl? Leave your comments! =) Sama tak ngan yang DR Toh bagi tau. EHE.

Saturday 11 October 2014

DAPAT PENEMPATAN KERJA KAT MANA?

Assalamualaikum..

8 Oktober 2014. 0635 am. SBW (Sibu) --- KUL (Kuala Lumpur)

Hari ni mula perjalanan baru. Bukan g honeymoon. Tapi nak ke Putrajaya sebab perlu lapor diri pada 9 Oktober untuk Pembantu Tadbir Kewangan. Pergi kali ni tak dapat pergi dengan hati tenang. Bukan tak bersyukur dah dapat kerja. Tapi risau sebab penempatan memang tak di bagi tau sampai la hari lapor diri. Rasa berdebar dalam hati ALLAH saja yang tau. Ye la memang risau sangat sebab tengah preggy sekarang. Kalau kena penempatan yang jauh, tak dapat bayangkan nak bawa perut ni. Hmm..
Tiba kat KUL 0825 am. Terus gerak ke Putrajaya.

9 Oktober 2014. 0800 am (Homestay Presint 9 --- Dewan Auditorium Kementerian Kewangan)

1) Sampai-sampai je terus diberi penerangan nak kena sediakan dokumen apa untuk pendaftaran 0800 am - 0830 am.
2) Rehat untuk sarapan 0830 am - 0900 am.
3) Masuk dalam auditorium untuk dengar taklimat 0900 am - 1130 am.
4) Penyerahan surat penempatan bawah kementerian masing-masing ( Saya dapat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) Lepas dapat tau je kementerian ni terus saya google. Cari jabatan/ agensi apa jugak kat bawah diorang. Ada tak yang dekat Sibu??? Masa ni saya dah tak tentu arah. Ye la tunggu dapat penempatan dari pagi lagi. Bedebar tahu?
5) Pihak JPA arahkan kitorang pergi ke Kementerian masing-masing dulu untuk dapatkan tempat penempatan kat Negeri/Daerah mana.
6) Rehat makan tengahari 1200 pm-1400 pm.
7) Bergerak ke Kementerian untuk dapatkan surat penempatan kerja 1415 pm - 1600 pm. Sampai kat sini kitorang diarahkan untuk isi borang peribadi. Siap isi pulangkan kepada urusetia di kaunter. Saya sertakan sekali surat rayuan mintak ditempatkan di Sibu sekali dengan surat sokongan dari doktor tentang pregnancy saya ni. Tunggu-tunggu sampai pukul 4 petang baru kitorang dapat surat. Takut sangat nak tengok. Sebab takut dihantar ke tempat lain. Bila baca..................kitorang diarahkan pulak pergi ke Jabatan Perikanan kat bangunan sebelah. Sebab kitorang ditempatkan bawah Jabatan ni.
8) 1630 pm menyeberang ke bangunan sebelah. Jabatan Perikanan. Kat situ kita serahkan pulak surat tadi dengan pihak pengurusan. Dan tunggu surat rasmi & pastiiii tentang penempatan dapat kat mana.. Tunggu punya tunggu sebab kitorang sampai pun da lewat kan. Diorang pun tanya siapa yang urgently nak balik cepat ke tempat asal diorang akan tolong buat surat dulu. Saya pun jawab ya la. Sebab kalau tak balik the next day, nak kena fikir lagi kos tempat bermalam yang bertambah. Akhirnya, jam 530 petang cam tu, diorang keluar & serahkan surat masing-masing..Penempatan saya:

Pejabat Perikanan Laut Sarawak, Wilayah Sibu, Sarawak.

Ya Allah! Alhamdulillah. Tuhan perkenankan doa hambanya yang lemah ni! Rasa nak menangis masa tu! Bayangkan dari pagi saya tak tentu arah risau fikirkan penempatan. Dan bila dapat surat tu saya rasa macam beban kat dalam hati saya sebelum ni semua hilang terus! Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. =')

Buat keluarga, sahabat dunia nyata, kawan-kawan dunia maya, yang singgah baca blog saya sebelum ni tentang kisah kerja saya ni, TERIMA KASIH banyak-banyak pada yang sudi tolong doakan, tolong AMIN kan doa saya untuk ditempatkan di Sibu Sarawak. Alhamdulillah, mungkin sebab rezeki Baby H dalam perut ni jugak, ALLAH permudahkan urusan saya. Takde kata yang dapat saya ungkapkan tentang kesyukuran yang saya rasa sekarang. 

Buat sahabat yang baru saya kenali sepanjang di Putrajaya semasa lapor diri, saya ucapkan good luck & selamat berkhidmat! Buat Syafa, saya doakan awak dapat kembali ke Sarawak secepat mungkin. AMIN.