Nuffnang Ads

Saturday 9 November 2013

PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK.

Assalamualaikum.

25 Oktober lepas PM kita membentangkan bajet 2014. Saya memang tunggu-tunggu pembentangan bajet tahun ni. Apa yang saya tunggu tahun ni tak sama dengan apa yang saya tunggu tahun-tahun sebelumnya. Tahun sebelum ni saya macam penjawat awam yang lain jugak, tak sabar tunggu berita bonus. Tapi tahun ni saya tunggu status Juruteknik. Dan saya tak tau apa yang saya rasa lepas pekeliling dikeluarkan.

Saya bekas pelajar politeknik & ambik diploma civil engineering yang grad pada tahun 2009. Lepas grad, saya dapat peluang jadi pelatih Program Pemerkasaan Lepasan Siswazah bertaraf sementara under kerajaan negeri Sarawak. 2 tahun saya berkhidmat di Pejabat Daerah dengan elaun RM750 sebulan bagi lepasan diploma macam saya. Saya ambik peluang ni sebab saya tau susah nak dapatkan kerja tetap. 

Alhamdulillah pada bulan Jun tahun 2011, saya dapat tawaran menjadi Juruteknik J17 under kerajaan persekutuan tapi bertaraf kontrak. Saya terima peluang ni walaupun gaji yang ditawarkan bukan mengikut kelulusan yang saya ada. Sekurang-kurangnya saya dapat bekerja di dalam bidang yang saya ambik kat politeknik.

Bila saya dengar J17 akan naik ke J29, saya bersyukur sebab at least saya akan dapat gaji ikut kelulusan awal saya. Tapi, hitam putih berita ni saya tak tau sampai pekeliling keluar. Honestly lepas baca pekeliling tu, sebagai pekerja kontrak, saya rasa saya patut risau. Kedudukan kami sebagai pekerja kontrak pun saya tak pasti.  

*printscreen dari pekeliling.click to enlarge.

* Tawaran opsyen ini tidak melibatkan pegawai lantikan sementara atau kontrak dan perkhidmatan pegawai tersebut perlu ditamatkan. Urusan pelantikan semula pegawai berkenaan akan diuruskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk memenuhi syarat skim perkhidmatan yang baru.

Saya bukan risau tak naik pangkat, bukan risau tak ditawarkan opsyen macam pekerja tetap, bukan jugak risau gaji saya masih macam sebelum ni. Tapi saya risau bila baca bahagian kontrak & sementara perlu ditamatkan perkhidmatan. So, sekarang saya tak tau status kami yang bertaraf kontrak. Yang pastinya akan ditamatkan dahulu. Lantikan semula pulak terpulang dengan ketua jabatan. Dan kalau ditamatkan berapa lama agaknya masa lantikan semula? Akan dilantik semula ke tidak? Bila akan ditamatkan? Semua nya saya tak pasti. Mohon pencerahan pihak yang lebih tahu. I am a bride to be next year. Apa nasib saya? Tunang saya juga dalam situasi yang sama macam saya. Sampai bila kami akan terus bekerja kontrak?& akan dilantik semula atau tak -_-

Doakan kami dapat terus berkhidmat ya. AMIN -_- 


Bride To Be Blogger Contest by Red Ribbon Wedding Works

Assalamualaikum..=)

Hari ni teruja sangat bila bukak blog tengok Red Ribbon Wedding Works buat Bride To Be Blogger Contest=) Bukan apa, bagi bride to be macam saya ni, contest-contest macam ni sangat membantu tau kalau ada rezeki menang. Ok, sekarang saya nak review tentang Red Ribbon Wedding Works ni. Sebelum contest ni pun saya memang dah like page Red Ribbon Boutique. Ye la barang-barang dia adorable sangat especially Lace Umbrella ni!Omaigaddd!Tengok ni=)

Cantik kan..Banyak pilihan warna pulak tu. psstt;p Suka tengok yang beidge. Nak lagi jimat? Bole sewa jugak tau!Rate sewa pun bagi saya sangat la berbaloi.So, bagi bride to be yang nak save bajet, bole sewa je kat sini=)


Payung bentuk love tu pun supergojesss! En.Tunang please hadiahkan saya payung ni.Lepas kahwin pun sanggup pakai tau!Eh.Tunggu-tunggu.Bukan payung je ada ye adik-adik. Macam-macam ada kat sini tau.Nak bunga? (√ ) Nak daun? (√ ) Nak crown? (√ ) Nak veil? (√ ) Nak wedding gown?(√ ) Nak colourful cushion? No problem (√ ) Nak pelamin comel?  (√ )
Banyak tak??Ada banyak lagi tau. Ada yang bole beli, ada yang bole sewa. So, up to you. Kalau nak simpan buat kenangan, beli la kan?;) Ok. Layan gambar-gambar dulu. Sila jangan juling ya sebab banyak sangat godaan pada gambar-gambar ni.
Bagi bride to be yang cari veil yang simple, ini pun cantik rite?? Harga pun very reasonable.
Cantik tak??Bagi yang nak DIY pelamin, bole sewa bunga ni untuk serikan lagi pelamin tu.Tak payah penat-penat gubah kan?
Nah!Bukan bunga je ada tau!daun pun ada.

Ha..Ni kusyen warna-warni.Saya tau mesti ramai yang suka kan???Bole sewa ikut warna tema korang.huhu.Best nya.Sukati la nak pilih warna apa semua ada. Eh.Eh.Tau, memang murah rate sewa nya kan? So, daripada susah-susah cari kat luar, leh usha kat sini ye.
Ehem.Birdcage! Bole guna untuk deco pelamin korang!Super sweet ok. Sewa? RM40 je sepasang!

OK!Yang ni I love the mostt!Comel kan kalau letak atas katil ;) Sweet je.eheh.

Ha..Untuk bride yang nak buat ala-ala arabian tu cantik kalau pakai macam ni ;p

Ok.Belum habis lagi ye, sebab ada banyak sangat servis diorang. Salah satu yang saya berhajat & pertimbangkan untuk sewa ; bunga untuk hias kereta! Sebab cas sewa diorang berpatutan sangat. Ye la kalau hantar kedai paling murah pun RM200 kan? & pernah a kawan saya ambik sekali pakej dekat bridal dengan cas RM 100 je untuk hiasan kereta.Kita pun macam waaa untungnya, murah dah tu. Tapi bila sampai hari dia sanding, rupanya dia just letak ribbon bulat yang bole beli RM4 satu tu dekat pintu kereta=( Tak berbaloi betul. So, daripada bayar mahal-mahal, better sewa kat sini=) Cantik tau..
Cantik kan? Tinggal pasang je lagi.Tapi kalau yang dekat, bole mintak diorang pasang sekali=)

Haaaa..Comel tak??he. Satu untuk bride, satu lagi untuk groom. Alololo..

Mesti rambang mata da kan? Banyak lagi perkhidmatan diorang ni. Photobooth pun ada..Sekarang kan banyak pengantin yang suka pakai photobooth..Bole jadi stesen untuk tangkap gambar=)



Suka tak?Kalau suka, bole la pegi usha kat page diorang  Red Ribbon Wedding Works. Dannn..Kalau awak pun bride to be, jom la join sekali contest ni. Just buat entry tentang page diorang & rebut peluang untuk menang sarung kusyen Mr&Mrs dan entry terbaik akan dapat payung lace!=) Goodluck!Doakan saya ada rezeki ye.AMIIN..


^_^