Assalamualaikum..
Alhamdulillah selamat sampai ke Sibu jam 1230 tadi. Sepanjang 19 hari bulan hingga semalam, saya ikut trip ke Tegulang, Murum Belaga. Nanti saya share tentang trip tu.Yang pastinya trip kali ni memang banyak memberikan saya pengalaman! =) Ok. Hari ni nak cakap tentang handbouquet! Bridetobe semua mesti la nak handbouquet comel2 tk majlis kan.
Kalau masa saya tunang dulu saya DIY handbouquet. Oleh kerana tangan saya ni agak kayu, saya just compile kan bunga artificial pink+putih (nama bunga pun saya x tau), pastu saya lilit-lilit pakai pelekat bunga yang warna hijau tu.(pun x tau nama) he. Pastu siap! Dan jadi macam ni :
* ni je gambar yang paling jelas nampak handbouquet.heheh.
Kalau handbouquet memang saya lebih suka kalau buat dari bukan bunga hidup. Sebab bunga hidup ni saya tak pandai nak jaga. He. So saya memang lebih prefer selain dari bunga hidup. Banyak kali da saya usha dalam google. Dalam banyak-banyak jenis handbouquet yang saya jumpa, saya paling suka a tengok Daisy Handbouquet!
*simple yet beautiful kan?? Kredit to Handbouquet-Ibtisam.
Lagi pun saya rasa kalau daisy handbouquet ni sesuai dengan baju yang saya nak pakai nanti. Cewah. Ye la, baju saya nanti memang simple habis! Very plain & warna pun very soft. No manik-manik or liplap liplap.he. Jadi bagi saya bunga tangan macam ni sesuai.
Kalau dari segi warna pulak pilihan hati saya peach + turqoise! Tak tau nape tapi memang dari dulu saya suka sangat tengok warna peach. Kalau plus turqoise memang idaman hati saya la. Sebab saya memang suka warna pastel macam ni =)
Nampak sweet kan? Ehem. Klu untuk warna tema my wedding nanti. InsyaAllah ;) Since saya ni very petite, memang saya suka kalau bunga tangan kecik/sederhana saiznya. Sebab kalau besar sangat nanti nampak macam bunga tu lagi besar dari saya. Cer tengok gambar bunga tangan yang saya DIY kat atas tu. Tu a, mak saya da cakap buat kecik je. Tapi saya da susun bunga tu cukup-cukup nak bentukkan jadi bulat. Tak pandai pulak saya nak kecikkan lagi. Bila saya tarik 1 2 bunga keluar, da tak jadi bulat pulak. Alahai. Memang kalau bab macam ni saya agak kayu. Ye la, seni pun saya belajar sampai darjah 6 je =p
Apa bole buat. Sebab nak save bajet, saya on jugak pakai bunga tangan besar gerabak saya tu. Dengan susunan yang senget benget. Dah tu nampak pulak pelekat hijau.he. Tak kisah la.. Lagipun saya bukan jenis yang cerewet sangat.
Tengok dalam gambar come jugak kan? (ke saya je yang tengok macam comel?) Takpe la.. Mana tau tuk kawen nanti bunga tangan saya ganda-ganda comel? Haaa.. Berangan lagi. Majlis tinggal lagi 2 bulan. Doakan saya ye moga urusan dipemudahkan.. Amin.. Untuk bridetobe yang lain, share la ngan saya korang suka bunga tangan cm mana ek?=)
1 comment:
salam perkenalan..
jemput singgah blog saya
http://nadiaadnan90.blogspot.com/
Post a Comment