ASSALAMUALAIKUM..
13 JANUARI 2016 RABU
Husna genap 10 bulan. Ibu cuti sebab sejak semalam Husna panas badan tapi tak panas sangat. Untuk pantau sendiri ibu ambik cuti. Risau hantar anak kat babysitter bila macam kurang sihat. Hari ni Husna masih aktif bermain. Tapi moody, merengek asyik mintak dukung. Ibu ingatkan Husna demam nak tumbuh gigi baru. Setakat ni gigi dah 6 batang. Ibu ingatkan Husna demam biasa. Sorry sayang. Husna start muntah sikit2 dari pagi. Macam tak boleh makan & minum mesti muntah. Call abah bagi tau. Abah cakap dia balik kerja nanti bawak Husna pergi klinik.
Husna masih aktif main sampai la 4.30 petang Husna berak. Ibu terkejut sangat tengok warna najis bukan macam biasa. Macam merah gelap. Macam darah + najis. Kebetulan Kaklong singgah kat rumah terus tunjuk kat dia. Dia pun cakap tak pernah tengok najis macam tu.
Risau. Terus call abah suruh balik cepat. 5.30 abah sampai gerak terus ke klinik & bawak sekali pampers. Doktor sahkan memang darah tapi dia cakap maybe keracunan biasa sebab baby umur macam tu suka masukkan barang dalam mulut. Lagipun masa tu dia tengok Husna masih aktif. Dia sarankan balik rumah & pantau. Kalau Husna masih muntah kerap & lemah kena datang terus.
14 JANUARI 2016 KHAMIS
9.00 am
Abah kerja macam biasa. Ibu masih cuti. Paginya Husna tidur balik sampai 9 pagi. Bangun terus ibu bagi breakfast. Belum habis makan Husna dah muntahkan balik. Belum sempat ibu lap kan bekas muntah, Husna meneran. Tukar pampers. YA ALLAH. Sama macam semalam. Merah. Tukar cepat2 & simpan untuk tunjuk ngan doktor.
Ibu nak lap bekas muntah, lepas habis je Husna meneran sekali lagi! Sambil nangis2 sujud. Macam sakit sangat. Terus bukak pampers. SAMA! Darah jugak. Masa ni dah tak keruan.dengan Husna yang menangis macam tahan sakit pastu lemah! Asyik baring je.
Call abah suruh balik masa tu jugak! Husna dah lemah. Tak main. Tak buat apa pun kecuali baring!
Abah datang terus bawak jumpa doktor herman lagi. Doc tengok dia dah lemah sebab tak boleh makan minum kan. Terus suruh admit.
10.00 am
Pasang drip masukkan air sebab husna tak dapat menyusu langsung. Terus muntah. Admit kat rejang medical. Lepas tu diorang terus bawak scan perut Husna. Nak check punca. Lepas scan buat xray pulak. Selesai semua nurse hantar balik bilik. Tunggu keputusan scan. Abah balik ofis. Ibu teman Husna.
4.30 pm
Doc Herman datang kat bilik terus tanya bapa patient kat mana? Masa ni dah rasa tak sedap hati. Macam ada berita kurang baik dia nak sampaikan. Terus dia terangkan masalah Husna.
INTUSSUSCEPTION
Sebahagian usus kecil Husna termasuk ke dalam usus yang lain menyebabkannya tersumbat. Sebab tu Husna tak dapat makan & minum & berak darah. Kebanyakan kes tidak diketahui puncanya. Biasa terjadi kepada bayi berumur 3 tahun ke bawah .
RAWATAN
Doc kena masukkan tiub khas ke dalam punggung bayi. & sejenis cecair khas akan di alirkan ke dalam tiub tersebut untuk menolak usus kembali ke tempat asal.
RISIKO RAWATAN
1. Berjaya tapi ada risiko berulang dalam tempoh 3-7 hari selepas prosedur dibuat.
2. Usus pecah
3. Jika prosedur tak berjaya bayi terpaksa dibedah.
Masa dengar penjelasan tu langit macam runtuh. Patutla Husna nampak macam sakit sangat. Doc Herman tolak kes Husna ke Hospital Besar sebab kat Rejang Medical takde pakar buat prosedur tu. Terus call abah maklumkan. Abah balik rumah ambik kad pink sebab hospital kena ada kat tu.
5.30 pm
Ambulans hantar Husna & Ibu direct ke Emergency department Hospital Besar. Abah masih lekat jem dari rumah :( Ibu berdua dengan Husna. Doc terus bawak Husna & Ibu masuk. Diorang tengok report & xray Husna. Scan lagi sekali untuk tengok keadaan usus Husna. Sah memang macam doc herman terangkan tadi.
Pasang drip lagi sekali. Cucok tangan Husna ambik sampel darah :( Luluh hati ibu tengok Husna nangis sakit. Lepas tu doc cakap kena pasang tiub kecing pulak sebelum buat prosedur :(
Luluh air mata ibu tengok Husna genggam baju Ibu tahan sakit. Husna nangis tak henti2. Setengah jam lepas tu baru abah sampai.
Doktor terangkan lagi sekali tentang prosedur & risiko.
Husna ditolak atas katil sekali dengan ibu pergi kat bilik prosedur. Abah ikut sekali. Sampai kat situ doc bagitau Husna akan diberi ubat tidur supaya dia tak sedar & tak bergerak2 masa prosedur tu berjalan. Doc suruh parents tunggu sampai Husna betul2 terlelap. Doc suruh Ibu Abah tunggu kat luar. Sejam lebih berlalu. Hanya ALLAH yang tahu. Ibu tak henti2 nangis.
Fikirkan risiko yang Husna hadapi. Mintak semua doakan Husna masa tu tapi tak mampu baca pun setiap komen kawan-kawan. Makin sedih. Masa tunggu tengok gambar Husna tengah sihat. Ya ALLAH. Jatuh lagi air mata.
Dia masih kecik sangat. Dia aktif. Dia mesti kuat. Abah diam. Tak bercakap tak menangis. Ibu tahu abah pendam rasa. 10 bulan mungkin tempoh yang singkat.
Tapi sayang pada seorang anak walau baru sehari tak dapat kalahkan rasa sayang dengan apa pun.
ALLAH. Sungguh Ibu & Abah sayangkan Husna. Ibu rasa sedih bila ingatkan Ibu pernah marahkan Husna. ALLAH jangan Kau tarik nikmat & anugerah ini. Di saat Husna dah pandai bermain, menari, bertegur sapa. Air mata Ibu jatuh tanpa henti. Menunggu sakit sangat. Takut.
Hampir 2 jam doktor pun keluar. ALHAMDULILLAH prosedur berjaya. Tapi macam yang doc terangkan tadi risiko untuk berulang ada dalam tempoh 3-7 hari. Jadi kena pantau.
10.00 pm
Masuk wad kanak-kanak. Masih mamai kesan ubat tidur. Sedih tengok Husna kena cucuk sana-sini. Tiub berselirat. Masa mamai dia bukak mata. Sedih sangat tengok keadaan Husna. Malam tu 3 3 tak tidur sangat. Takut Husna tarik2 tiub tu semua.
15 JANUARI 2016 JUMAAT
Husna nampak ok. Berak pun ok. Petang start aktif balik. Doktor cakap kalau dia terus ok esok boleh balik dah.
16 JANUARI 2016 SABTU
7.00 am - 6.00 pm
Hati Ibu luluh lagi. Harapan nak tengok Husna sehat macam biasa ditarik balik. Husna berak darah lagi. Husna jadi lemah semula. Risiko yang doc terangkan semalam mula terbayang. YA ALLAH. Masih berharap semuanya ok. Risau. Doc tak benarkan Husna keluar.
5 kali Husna berak darah dari pagi. Petang nya baru doktor setuju bawak scan. Hurm. Malam nya baru ada tempat untuk scan. Kalau berulang maksudnya Husna kena lalui lagi prosedur yang sama.
8.00 pm
Tolak ke bilik scan. Doc sahkan berulang. Kena ulang prosedur lagi sekali. Pasang tiub kencing lagi. Cucuk tangan lagi. Pasang tiub oksigen lagi. & diberi ubat tidur lagi.
Semua risiko doc terangkan lagi sekali. Tapi kali ni lebih tinggi sebab usus membengkak akibat 2x berulang :(
Sungguh Ibu lemah. Ibu angguk tiap kata doc. Sepatah pun tak jawab. Ibu nangis semahunya. Beratnya sakit yang Husna kena hadapi. Paling sayu bila tengok mata Husna mula layu sebab ubat tido. Ibu abah tunggu kat luar lagi. Tapi kali ni Husna menangis. Tak macam prosedur pertama. Prosedur pertama Husna macam pengsan. Tapi tak kali ni. Risau dengar tangisan Husna. Nak saja ibu redah masuk untuk peluk tenangkan Husna.
YA ALLAH. Kuatkan la Husna. Sejam lebih ibu & abah tunggu baru selesai semuanya. Husna sedar. Adakah diorang buat prosedur & Husna masih sedar sebab tu Husna menangis? Wallahualam.
Husna masih menangis. dengan tiub berselirat. Sampai kat wad terkejut tengok kaki Husna berdarah! Jarum tercabut rupanya! Nurse kat situ pun bising kenapa diorang tak lekatkan betul2 dengan plaster. End up Husna kena cucuk lagi sekali!!!!
12 kali cucuk total semua pada kaki & tangan Husna. Sampai Husna takut tiap kali tengok doc & nurse. Macam fobia. ALLAH. Lemahnya Ibu tak dapat lindungi kamu dari sakit sayang. :(
Mujur malam tu Husna tidur nyenyak.
17 JANUARI 2016 AHAD
Husna masih berak darah tapi amount darah sikit. Masih simpan gambar2 nak tepek takut viewers geli. 5 kali siang. Malam nya takde lagi. Ibu & abah terus berdoa moga Husna sihat & tak perlu ulang perosedur lagi.
Ibu tak sanggup tengok Husna kena cucuk sana-sini berkali-kali! Husna masih ditambah air.
18 JANUARI 2016 ISNIN
Takde lagi berak darah. Makan minum ok penuh selera. Tapi doktor masih tahan sebab kena pantau lebih lama untuk pesakit yang lalui prosedur 2 kali.
Tengahari Husna dah start aktif! Alhamdulillah. Main. Memanjat. Senyum! YA ALLAH terima kasih dah kembalikan senyum Husna.
Doc cakap kalau terus ok InsyaAllah esok Husna discharge. Aamin.
19 JANUARI 2016 SELASA
Bangun pagi2 Husna terus berdiri tepi pagar katil! Dah rasa sihat ye? Alhamdulillah. Lega. Husna dah senyum dengan nurses & doctors. Sebelum ni nangis jer. Doc cakap tunggu pakar paed datang sahkan boleh balik atau tak.
10.00 am.
Paed datang cek tengok Husna dah cergas & ceria. Cek perut Husna pun soft. Rekod berak pun ok so Husna pun dibenarkan balik.
ALHAMDULILLAH.
YA ALLAH. Sepanjang hidup ibu rasanya inilah dugaan terberat yang ibu hadapi. Hanya tuhan yang tahu perasaan Ibu & Abah masa Husna sakit. Ibu harap Husna terus sihat & kuat sayang.
Ibu & abah sayangkan Husna sangat-sangat.
Tolong doakan Husna sihat selalu seperti biasa. AAMIN.
3 comments:
alhamdulillah.. husna budak baik.. semoga cepat sembuh n sihat sentiasa
Ya allah..cik mah yg bc pun menitis air mata...xsanggup tgok anak kecik tanggung sakit..lagi2 mcm tu..alhamdulillah dah sihat..
Sedih baca Kak.. Semoga Husna cepat sihat macam biasa dan membesar dengan lebih sihat..
Post a Comment