Nuffnang Ads

Wednesday, 6 August 2014

ALAHAN SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum.

Allah. Dah berhabuk blog ni ditinggalkan. Maaf la. Bukan sebok sangat beraya. Tapi keadaan diri ni tak mengizinkan saya tuk update apa-apa. Ni nak share alahan masa mengandung =(

Ok. Saya detect pregnancy pada minggu ke 3. Awal kan. Masa tu ok lagi. Masuk minggu ke 5, saya da mula rasa lain. Badan sakit tu biasala dari sebelum disahkan ngandung pun da mula sakit. Kali ni tanda yang menyebabkan saya tak larat nak update blog pun.hewhew.

Saya mula rasa lemah selalu + pening + loya. Masa ni minggu terakhir ramadhan. Saya ingatkan mungkin tak tahan sebab puasa. Jadi saya tunggu sampai berbuka & makan dengan gembira. Setengah jam pastu, bluekkkk! Saya keluarkan balik semua yang saya da makan tadi =( Fine. Saya ingat maybe terlalu kenyang. Takpe. Pasni makan sikit tuk cover balik yang dah keluar. Saya makan apa-apa sikit. Tak lama pastu, blueeekkk lagi. Ah. Sudah. Saya da mula rasa lemah. Malam memang rehat je & tido. Bangun sahur, selera da kurang. Makan pun sikit sangat. Setengah jam pas sahur, saya muntah lagi =( Nampaknya macam tak leh makan langsung. Makan je muntah. Kalau tak makan pun asyik bluekk2 muntah angin ='(

Tapi saya tetap teruskan puasa sampai satu tahap badan saya rasa terlalu lemah sebab asyik muntah, dahla puasa kan mana nak top up balik perut yang da kosong. So, en.husband bawak jumpa Dr. Toh lagi.

Dr. Toh : How are you?
Saya : Kurang sihat sebab asyik muntah2 je. Badan pun lemah.
Dr. Toh : Oh. Itu biasa. Memang ibu mengandung majority akan muntah2 on 1st trimester. Brapa kali you muntah dalam 1 hari?( Eh,eh dah nak pengsan aku muntah dia rilek je g tau biasa.huhu)
Saya : Masa ni saya puasa, jadi tiap kali after makan sahur & berbuka saya akan muntah. Siang pulak saya muntah angin je.
Dr. Toh : Oh! You puasa ke? (Muka macam tak puasa kot dia tengok) You tak bole puasa buat masa ni. Sebab bila you muntah, your baby nanti takde makanan. Kalau you puasa tapi takde muntah, then baru you bole proceed puasa macam biasa. Its not good for your baby. For the meantime, you hold dulu.
Saya : Mula dulu saya puasa ok je. Sebab tu saya puasa.. Tapi start this week saya muntah2..Macam mana saya nak kurangkan/ hilangkan muntah ni??( berharap)
Dr. Toh : Nak hilangkan itu mungkin tak dapat tapi bole kurangkan. You jangan makan banyak satu kali. You jangan minum banyak satu kali. Contoh kalau you makan crackers. Take one bite at a time. Then eat every 15 to 20 minutes. Minum pun sama. Kalau you makan banyak sekaligus nanti you muntah. Buat masa ni itu saja cara you bole makan. Asalkan sentiasa makan. Takpe, ni I kasi you veloxin, pil untuk tahan muntah. Makan pil tu kalau you tak tahan ok? But you memang tak bole puasa sekarang. Nanti you jadi terlalu lemah. The baby needs you.
Saya : Ok... -_-

Ha. Tu baru alahan pertama. Alahan kedua pulak, hidung terlalu sensitive! Saya tak dapat memasak langsung! Sebab tak bole hidu bau masakan =( Kalau hidu mula la loya, then blueekkk lagi. Kalau family masak kat dapur saya akan masuk bilik. Selain tu saya tak bole hidu bau syampu rejoice! Sebelum ni en.husband memang pakai syampu rejoice. Sekarang kesian dia kena tukar syampu. Kalau tak saya tak bole hidu bau dia pas mandi. Nak muntah =(

Camtula keadaan saya sampai sekarang ni da nak masuk minggu ke 8. Hari raya pun takde mood sangat nak beraya. Yela, makan pun bersekat, kalau tak keluar balik semua yang dah dimakan. Nak jenjalan berziarah pun tengok keadaan. Kalau rasa badan cergas sikit & takde mual baru leh keluar. Takkan nak bluek2 kat rumah orang kan? Kang kecik ati pulak orang tu. Haha. Sekarang ni saya skip2 makan veloxin. Kalau rasa ok, saya tak makan. Tapi belah malam confirm akan muntah2. Hurm. Harap keadaan macam ni tak berpanjangan. Doakan saya & baby sehat2 saja ye? Amin.


*pssst : kalau nampak tarian benda ni kat blog tolong sedekah klik ye ;)TQ..
Xperia Z2 Launch
Mayfair Bodyline
B.Liv Brand Visibility
Air Asia Go-Korea sale.

TQ Nuffnang! Lekat lama-lama ye =)



5 comments:

cik tie@ibtisam said...

Tahniah dear...
Take care ur healthy n baby...
1st tri mmg mcm tu.. bertahan la yep..
Sy dulu smpai abes MC sbb muntah2...
Last2 guna jgk unpaid leave...
Hehe..
Ok.. take a good care both of u...

Unknown said...

makaseh ciktie =) alhamdulillah.. tu la skrg tgah bsbar..huhu..hope x lama mcm ni..

Unknown said...

take care maira..mcm2 jenis alahan ni kan..yg penting rehat cukup :)

Asha Lya said...

tahniah maira dah mengandung..jaga kesihatan lya klik2 cne ikea

Unknown said...

Sis ..sy makan veloxin n acid folic boleh ke..