Nuffnang Ads

Saturday, 28 June 2014

CABARAN RASA KUAH TUMIX! TELUR MASAK MERAH

Assalamualaikum..

Hujung minggu macam ni berkesempatan la jugak nak buat kerja-kerja rumah. En. suami kerja sabtu ni. So saya dok sorang kat rumah buat la apa yang patut. Da settle kemas-kemas kita mula masak pulak. Hari ni masak telur masak merah. En.suami yang request. Hari tu masak ikan kembung pun masak merah. Then dia cakap hari nak makan telur pulak buat sama macam ikan hari tu. Jadi ni la peluang nak test masakan dengan Tumix Penambah Rasa Kuah =)

Petang Jumaat received sampel. Ada 3 pek. Dah bersemangat nak cuba masak guna tu bila balik rumah. Tapi en.suami ajak makan luar pulak. Kita on jer. Lagipun semalam banyak kerja kat ofis, penat. Hari ni takde buat apa, jadi jom masak!

Bahan - bahan :


1 sudu kecil TUMIX Penambah Rasa Kuah
*3 biji bawang besar (kisar halus)
* 2 ulas bawang putih (kisar halus)
* 4 biji bawang merah (2 biji kisar halus, 2 biji hiris nipis2)
* Cili padi / apa-apa cili yang pedas! Saya guna cabik hantu orang Sarawak sebut =) Pun kisar sekali.
Sedikit garam & gula sesedap rasa.
Sos cili 8 sudu besar.
Telur rebus saya guna 7 bijik. Terpulang nak banyak mana ;)

Cara-caranya :


1.Rebus telur & kupas.
2.Guna kuali yang berasingan. Panaskan minyak secukupnya.
3.Bila minyak dah cukup panas, masukkan hirisan bawang merah. Kacau & tunggu sampai kekuningan.
4.Masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar halus. Kacau & tunggu hingga pecah minyak.
5.Masukkan TUMIX Penambah rasa kuah.
6.Masukkan garam & gula secukup rasa. (Adjust la yer)
7.Masukkan sos cili. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan air sedikit demi sedikit kalau kering sangat.
8.Bila kuah dah mendidih, boleh la masukkan telur yang dah direbus & dikupas tadi. Biarkan mendidih bersama kuah. Dah siap!!!


He. Sorry saya takde seni nak hiaskan masakan. Ni la yang paling cantik saya boleh buat. Haha. Saya dah sempat  rasa sikit kuahnya tadi. Waaaa.. Sedap! Haha. Ok. Puji masakan sendiri. En.suami belum balik, so terpaksa guna pujian sendiri dulu =p Apa yang saya perasan lepas masukkan Penambah Rasa Kuah tadi, kuahnya jadi lebih pekat tau! Haa.. Rasa pun lebih sedap! Siapa yang belum cuba tu cepat gi dapatkan sampel percuma ni! Cara dapatkan sampel baca sini : Nak Menang RM100,000.00? 

*Tengah carik idea + model nak ambik gambar masakan ni untuk hantar penyertaan. Balik la cepat en.suami. Takde orang yang tolong ambik gambar =( hek hek. 

6 comments:

Unknown said...

good luck humairah!! sedap nmpka sambal tu :)

Unknown said...

=) join sekali jom.

Cik Rose said...

Assalamualaikum.. selamat berpuasa :)

Unknown said...

wsalam..slmt berpuasa! ;)

Unknown said...

gud luck, nmpak sedap smbal tu, hehe
dan slamat berpuasa..:)

Unknown said...

;) slmt bpuasa ika..