Nuffnang Ads

Tuesday, 18 July 2017

DUGAAN & HALANGAN BELI RUMAH PERTAMA

Assalamualaikum.

Nak cerita pengalaman nak dapatkan rumah pertama. Risau sebab umur tahun ni dah masuk 30. Makin berusia nanti of course makin tinggi bayaran bulanan. Sebenarnya hunting rumah ni dah mula sejak 3 tahun lepas. Bila saya dah dapat kerja tetap. Ye la sebelum ni kerja kontrak, bank tak terima even nak buat personal loan pun tak dapat. Apatah lagi nak loan rumah.

So 3 tahun lepas bila dapat kerja tetap, kita orang terus cari rumah. 1st rumah yang kita orang cuba Rumah teres setingkat, corner. Boleh tahan besar kawasan. Harga RM 290K. Kita orang cuba walaupun agak mahal sebab rumah ni boleh full loan under skim rumah pertama BSN tu, Tapi malangnya gaji tak lepas. Tak sampai ke situ pun.

Teruskan pencarian melalui agen. Agen jumpa 1 rumah 2nd hand. Teres setingkat intermediate. RM248K. So murah sikit. Banker try kira-kira percentage komitmen dengan gaji masa tu pun dia kata boleh lepas.

So kita orang hantar dokumen untuk apply loan. Deal dengan tuan rumah deposit bayar kemudian. Lepas tu dalam seminggu banker call cakap loan tak lepas sebab husband ada rekod CCRIS. Terkejut sambil fikir2 balik apa yang buat kan kena CCRIS? Yang ada loan kereta tapi tak pernah pun missed bayar every month.

Bila ingat2 balik, husband ada skip bayar PTPTN masa kerja kontrak dulu. ALLAH. So, pengajaran pada mana2 yang ada pinjam PTPTN & nak beli rumah, better check dulu rekod CCRIS dekat bank negara.

Masa tu rasa down sangat. Sebab dah yakin yang rumah tu memang akan dapat :( Lepas tau tu terus pegi PTPTN. Diorang suggest buat penjadualan semula & settlekan yang tertunggak tu. Tapiiii rekod CCRIS ni makan masa nak clear. Dalam setahun masih appear. Ada bank yang terima 6 bulan, tapi ada yang tunggu setahun baru boleh proceed kalau nak cuba loan apa2. 

Makaaaa... Setahun la kita orang tunggu nama bersih balik. Dalam pada tu, tahun 2016 teruskan jugak pencarian. Jumpa iklan kat FB, rumah teres setingkat RM 175K sahaja. Saya pun macam wow ni dah kira murah lagi pun kawasan rumah ni x la jaoh dari bandar. Walaupun ukuran rumah memang agak kecik kalau bandingkan dengan yang sebelum ni tapi yang penting, nak duduk rumah sendiri. Sebab sekarang masih tinggal rumah parents.

So saya PM FB diorang & dia pun bagi number agen. Agen inform untuk booking RM 3000.00. Lepas tu kalau loan approve kena bayar cash RM 10,000.00 (tolak 3000.00 dari booking tadi) + 10% dari harga rumah. Maksudnya RM10,000.00 + RM 17500.00 = RM 27,500.00.

Mula-mula kita orang bayar RM 3000 dulu. Tak lama lepas tu developer call bagi tau loan rumah ni hanya dapat submit bila rumah ni 100% siap. Sekarang rumah memang belum start pun bina. Pastu dia bagitau yang 10% tu pun kena langsaikan terus. Deduct 3000.00 so tinggal RM14,500.00 kena bayar.

Tapi semua amount tu boleh refund balik in case loan x approve. Kalau tak refund mati la kan. Bukan sikit. So settle bayar semua tu dalam bulan Ogos 2016. Masa ni rumah dalam 20% cam tu la siap.

Tunggu punya tunggu. Dalam hati nak rumah siap cepat. Tapi dalam masa yang sama takut jugak kalau siap cepat nanti nama belum clear pulak dari CCRIS. Sebab husband atur penjadualan haritu bulan 11 2015. Kalau betul setahun untuk clear, means kena tunggu november 2016 cam tu.

Tiap-tiap minggu rasanya kita pegi check progress rumah. Excited tengok dah mula ada bentuk. Tapi masa tu takut jugak nak berharap sebab dah 2 kali gagal sebelum ni. Lagipun tak tau status CCRIS macam mana. Lagi satu risau sebab dengar-dengar bank dah makin ketat nak bagi apa-apa loan.

Dalam hujung tahun 2016 nampak la rumah memang dah siap 100%..cuma singki & toilet diorang belum pasang. Januari 2017 banker pun call  suruh submit dokumen berkaitan.. Terus hantar pastu banker janji dalam seminggu macam tu dapat result. Kita org submit Isnin. So saya expect next Monday akan dapat tau lulus/tak.

Masa tunggu ni tuhan jer tau risau nyaaaaaaaa..

Pastu Jumaat banker whatsapp voice dekat husband. Saya bagitau dia jangan bukak dulu sebab dia tengah drive. Kot kot berita tak baik nanti susah. Huhu.

So bila dah stop, husband download & dengar banker cakap
I nak bagi tau U, U punya loan sudah approved o..Tahniah tahniah.
Esok boleh datang sign dokumen setuju terima dekat bank.

Dua-dua menjerit masa tu!Gembira sangat! Macam-macam dugaan nak dapatkan rumah pertama ni.
Esoknya terus g bank sign2 semua dokumen. Seminggu lepas tu sign S&P agreement pulak. So sekarang tengah tunggu stamping settle & kunci! Alhamdulillah..

Antara kos yang terlibat (lain-lain x semestinya sama ya)

Booking Fee : RM 3000.00 + RM 7000.00
10% dari harga rumah : RM 17,500.00 So rumah just loan bank RM 147,500.00

Semua yang di atas bayar kepada developer.

Processing fee untuk loan bank : RM 212.00 (Bayar kepada bank)
Lawyer fee utk loan bank & S&P : RM 2600.00 (Bayar kepada lawyer)
Valuation fee : RM 1000.00 (Bayar kepada valuer)

So total cash yang diperlukan sepanjang uruskan rumah ni
RM 31,312.00 ( RM17,500.00 iaitu 10% bayar masa mula2 dulu ; RM 10,000.00 bayar lepas loan approved. Yang lain-lain bayar setelah urusan berkaitan settle.

Updated.
Finally , 5 Mei 2017 dapat kunci..
Terus settle kan grill pintu & tingkap, kitchen cabinet. Sebab kalau boleh tak nak pindah masuk sebelum pasang semua tu. Sebab Husna ada asma tkt nanti debu simen buat dia kena asma attack.

Alhamdulillah tahun ni sempat beraya di rumah sendiri.


Sebelum & Selepas

 

Sebelum & Selepas


Sebelum & Selepas.


Happy nya hanya Allah yang tahu. Dapat rumah kecik comel macam ni pun da bersyukur sangat2. 


Nah belanja gambar terbaru Husna satu. Sekarang dah masuk 2 y 4 months. Besar dah. Harap2 ada rezeki dapat adik nanti. He. InsyaAllah. Moga di murahkan rezeki kita semua. Aamin.






















Sunday, 15 January 2017

PON PON! SAPA NAK VOUCHER DISKAUN ZALORA?

*sticky post.scroll down untuk new post.

Assalamualaikum..

Sharing is caring kan? Ni dah dekat nak raya of course ramai yang tengah cari baju. kasut, handbeg? Semua semua la. This year, beraya dengan ZALORA. Sebab, baju diorang ya ampun.. Banyak sangat pilihan, cantik, & berpatutan!

Check it out here Tampil Bergaya di Hari Raya

Korang pun suka kan.. So kat sini & hari ini =p, saya nak share voucher code diskaun kalau korang nak shopping kat ZALORA.

Sebelum tu, pastikan barang yang korang pilih tak termasuk dalam senarai jenama nonsale brand tau. Boleh check dekat sini NONSALE BRAND. Sebab barang-barang dalam senarai ni takde diskaun.. So check dulu ye. Kalau takde dalam senarai ni, means korang boleh guna voucher code kat bawah =) Diskaun 15%!

ZBAPQZZI


Masukkan code dekat atas ye. Selamat bershopping =)

Wednesday, 11 January 2017

Ketua Menteri Sarawak ; Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem kembali ke Rahmatullah..

Assalamualaikum..

Innalillahiwainnailaihirojiun

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

"Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

He is such a great leader. Our 5th Chief Minister. Such a great loss for our country especially for us the Sarawakian.

Tok Nan. Moga kitak di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Walaupun x pernah bertemu, kamek yakin every Sarawakian terasa kehilangan kitak. Biar pun dalam masa yang singkat, perjuangan kitak untuk Sarawak amat besar.

Moga Allah mengangkat darjat kitak. You will dearly missed. Deepest condolences to your family.

You are the best CM ever. Truly leader. Al Fatihah.