Nuffnang Ads

Friday 25 July 2014

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum.

Macam yang saya cerita kat SINI, Alhamdulillah saya dah disahkan mengandung. Masih awal lagi. Minggu ni baru masuk minggu keenam. Saya disahkan pregnant pada minggu ketiga! Macam mana saya leh tau mengandung seawal tu? Meh nak share tanda-tanda yang saya dapat.

  1. Seminggu sebelum tarikh period saya & suami demam teruk. Serentak.
  2. Sebelum tarikh period saya patut muncul ( 30 Jun 2014) saya sakit pinggang. Saya anggap biasa sebab masa nak period memang ni tanda saya dapat selalunya.
  3. Perut sentiasa buncit. Macam masuk angin. Saya jenis sekeping, tak pernah lagi buncit. Kalau buncit kenyang kejap tu adala. Tapi lepas membuang mesti kempis balik. Kali ni tak. Buncit je memanjang.
  4. Kurang buang air besar/sembelit.
  5. Perut rasa keras dari biasa kalau tekan pakai jari.
  6. Perut rasa memulas macam tanda sebelum period tapi period tak muncul-muncul.
  7. Period lewat!

So bila dah lewat period tu gatal la nak cek. Mulanya cek on 1 Julai. Keluar 1 line saja. Hampa. Tapi masih yakin there's sumone in my tummy. He. Esok lusa tulat cek lagi. Alhamdulillah. Ada 2 line. Makin terang pulak. Bagi yang plan nak baby tu, bole tengok-tengok sign macam kat atas ni. Mana tau rezeki kan? Kalau tau awal, bole kita jaga diri lebih lagi. Ubat-ubatan pun tak bole ambik suka ati. Nanti saya share alahan mengandung pulak. Eh. Dah nak raya ni. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Doakan saya & baby ni sihat2 saja ya. Amin.. =)

Saturday 19 July 2014

ANUGERAH TERINDAH DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.

Lama rasanya menyepi dari blog. Bukak, blogwalking kejap, then tutup laptop. Nak tinggalkan jejak pun jemari malas. Tersangat malas. Bukan hanya malas dijari. Tapi semua. Yup. Semua. Bukan sebab puasa. Bukan sebab penat. Bukan kerana tak sihat.


Tapi, mesti sentiasa bersyukur. Alhamdulillah masih diberi kesihatan. Memang malas yang melanda diri saya ni bersebab. Sebab yang terindah.

3 Jun ;
Last period

20 Jun - 23 Jun ;
Saya & en.suami demam teruk.  Tak tau sape nak jaga sape sebab dua-dua tak larat. Masa ni mak saya call dari Labuan larang saya makan ubat, takut melekat ;) 

2 Julai - 4 julai ;
Saya buat lawatan tapak di Song. Sepatutnya masa ni saya dah period. Tarikh period patutnya 30 Jun. Cycle period saya memang tak berubah. Kat Song macam biasa pergi site guna 4wd, hentak sana-sini. Masa ni saya ada terfikir, macam mana kalau saya mengandung? Dengan naik 4wd yang melompat sana-sini. Saya doa je dalam hati, Ya Allah, kalau dah ada baby dalam perut saya, tolong lindungi dia. Amin. Itu doa saya sepanjang saya jalankan tugas. Tiba kat tapak pulak macam-macam perjalanan saya lalu. Naik sana-sini. Turun naik bukit. Masa ni memang penat sangat. Tapi saya anggap biasa sebab pegi site dalam bulan ramadhan. Memang lagi mencabar.

4 Julai ;
Saya balik ke Sibu. Bagi tau en.suami yang saya masih belum period. Sebelum ni saya pernah beli UPT Test Strip ngan Sis Shakina. Dia jual murah sangat2! 1 strip RM1 je tau! Saya beli 9 percuma 1. So, saya pun cek sendiri. Tapi mula cek saya hampa. Macam takde pun 2nd line keluar. Tapi hati saya kuat rasakan yang saya mengandung. Mungkin sebab period saya tak pernah selewat ni.

5 Julai - 9 Julai ;
Tiap-tiap hari saya test tau! Haha. Sebab saya yakin dia ada kat dalam perut saya. Tau apa yang saya dapat?

* Maaf kalau ada yang rasa gambar ni kotor =) Ampun ye. Yang paling atas tu yang saya dapat 9 Julai. Yup. Alhamdulillah. Saya mengandung. Tapi kitorang masih rasa tak yakin. Saya tetap nak jumpa doktor untuk pengesahan. En. Suami cakap pergi cek next week la ye. Tapi saya tak bole tunggu.  
Saya cek & cek lagi sampai betul-betul jelas.

Makin jelas kan? =) Terus paksa lagi en.suami bawak pergi klinik.


10 Julai ;
Kitorang pergi ke jumpa Dr. Toh.

Dr. Toh : Morning. Sakit apa ya?( Terus tanya sakit apa)

Saya : Saya nak cek pregnancy. Dah buat UPT test kat rumah & positif. Jadi saya nak tengok perut.
(Hentam je explain.haha)

Dr. Toh : Bila last period?

Saya : 3 Jun..

Dr. Toh : Ok. Kita scan dulu.

Dr. Toh pun scan-scan-scan. Masa ni debar tak terkata. TAKUT sangat. Dahla en.suami tak masuk masa ni.

Dr. Toh : Belum nampak apa-apa lagi. Kantung pun belum nampak. Masih terlalu awal. 

Pastu duduk balik.

Dr. Toh : You datang lagi in 3 weeks, baru kita scan lagi. Masa tu baru dapat nampak your baby.

Saya : Oo.. Saya ingat da bole nampak. Tapi saya memang mengandung kan? Berapa lama suda? (Nampak sangat bengap kat sini) Haha.

Dr. Toh : Yes. You are pregnant. Very early pregnancy. I guess less than 3 weeks. ( Guess??) Awal you sedar you pregnant. Tapi masa ni memang masih belum nampak apa-apa. I suggest you come again after 3 weeks. Tapi saya kasi you vitamin for pregnancy terus. You mesti makan. Its good for your baby. 

Saya : Saya civil technician Dr. bahaya tak untuk saya terus buat tugas saya macam biasa?

Dr. Toh : You ada angkat barang berat ka masa kerja ?

Saya : No.. Takde.. Tapi selalunya perjalanan tu yang agak mencabar. 

Dr. Toh : Oo.. Sebab ini your 1st pregnancy you better be more carefull. Kalau bole slow down sikit. Dont push yourself. 

Saya : Kalau nak balik kampung masa raya??

Dr. Toh : Jangan jalan tanpa henti. Stop every 2 hour at least, so that you can relax. (Sambil senyum) Lepas ni kita bagi you vitamin ok? Makan ikut masa. Bubbye. ( Terus bubbye saya)

Saya : Olrite.. Tq Doktor =)

Pastu keluar dari bilik doktor cerita kat en.suami. Dia pun cakap; haa.. Tula excited tak sabar nak cek awal-awal.. Kan belum nampak. Alaaaaaaaaa...Huhu.

Takpe. Balik tu kitorang asek senyum jek. Haha. Tak sabar tunggu next check up. Nanti saya share tanda - tanda awal kehamilan ni & keadaan saya sekarang. Huhu. Jari dah mula malas lagi. Doakan saya & baby sihat, sempurna, & dilindungi Allah sepanjang kehamilan nanti. Amin..Till then.


Monday 7 July 2014

REZEKI ALLAH DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tadi bukak nuffnang dapat 1 lagi CPUV, Old Town True White Coffee baru mula hari ni. TQ so much Nuffnang sebab sudi bagi melekat lagi.. Harap melekat lama-lama.. Amin..

* Menari selalu ye kat blog =p

Actually ada 1 lagi rezeki yang rasanya dah dapat =) Tapi nanti la tunggu dah confirm kita share ye ;)
Doakan saya =) Amin.. 

Ya Allah, Kau murahkan lah rezeki kami, permudahkan lah urusan kami & lindungi lah keluarga kami. 
Amin Ya Rabbalalamin.

Saturday 5 July 2014

OLE-OLE KOTA SINGA

Assalamualaikum.

Nak join GA anjuran Pn. Faezah la hari ni ;) Mana tau rezeki. Nak join sekali klik banner kat bawah ni.

Good luck! =)

AYAM PANGGANG BLACKPEPPER.

Assalamualaikum.

Ok semalam wat teaser konon nak masak apa untuk ramadhan ke 6 kat sini MENU PUASA KE ENAM. Tapi macam biasa malam memang tak sempat nak buat entry. Kita sambung hari ni. Betul la tekaan Pn. Lya kita ;) Saya nak masak ayam panggang blackpepper guna grill pan =)



Cubaan pertama saya masak ayam panggang guna grill pan =p Sebelum ni pernah buat guna oven je.


Bahan - bahan :

- 5 biji bawang merah*
- 4 biji bawang putih*
- 5 sudu besar sos blackpepper*
- 1 sudu besar serbuk blackpepper (yang bijik-bijik tu saya tumbuk kasi halus sikit)
- 1 sudu kecil garam*
- 2 sudu sos tiram*
- 1 biji tomato*
- 1 inci halia*
- 1 kuib knorr patutnya tapi takde, saya guna 2 sudu kecil Tumix Penambah Rasa Kuah*
- 20 ketul ayam potong kecik-kecik. Boleh je kalau nak potong besar. Saya guna ayam yang ada dalam     freezer kat umah semua dah dipotong kecik-kecik

Cara menyediakannya :

Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga halus. Lepas tu just masukkan blackpepper yang ditumbuk halus tadi. Gaul sekali. Saya tak suka blend bijik blackpepper ni sebab lebih suka tekstur dia kalau tak terlalu halus.. Dapat rasa kalau gigit.. Paham kan?He.

Masukkan bahan bertanda & kisar sekali sampai halus.


Pastu just campurkan semua bahan perapan tu kat ayam.. Gaul/sapu rata. Saya buat semalam terlebih banyak. Dah macam kuah jadinya. Takpe. Saya lebih suka kalau ayam tu tak kering. So, proceed je. Kalau tak suka basah sangat, boleh kurangkan la yer. Bila ayam dah digaul rata ngan bahan perapan tadi, tutup dengan wrapping plastic, perap selama paling kurang sejam. Masukkan dalam peti sejuk. Saya perap dari kol 10 pagi. Masak kol 4.30 petang. Puasa kan? Masak pun lewat..


Tutup macam ni & simpan dalam peti sejuk sampai masa nak masak.

Bila da nak mula masak, keluarkan ayam dari freezer & masukkan dalam grill pan. Guna api kecil je. Lepas 10-15 minit, balik-balikkan ayam tu. Masak selama lebih kurang sejam. Saya guna ayam kecik-kecik so memang cepat masak. Kalau masak sekor ayam terus tu tambahkan lagi masa ye.


Ok. Memang lebihan bahan perapan saya masuk sekali sebab saya tak suka ayam panggang yang kering.. Lagipun boleh tuang sekali kat ayam masa makan tuk jadikan sambal. Sedap tau ;)


Rupa dah masak. Dah comot sebab saya dah ambik 2 ketol baru ingat nak ambik gambar. Haha. Semua puji sedap tau! Adik siap cakap bole jual lagi. Ahaha. Kembang hidung kak ngah kau ni =p

Ok la. Selamat mencuba! Memang lebih mudah guna grill pan ni =) Tak perlu risau ngan suhu macam pakai oven. Till then. Selamat berpuasa ;)

Friday 4 July 2014

MENU UNTUK PUASA HARI KE ENAM?

Assalamualaikum.



Teaser je =p Nak rasmikan double grill pan hari ni ;) Dah ready pun bahan-bahan. Cer teka kita nak masa apa? =p

Till then. Nanti la ye. =)