Nuffnang Ads

Wednesday 28 May 2014

UPDATE AKAUN NUMBER SUMBANGAN UNTUK ADIK MUHAMMAD IZZ RIZZQI

Assalamualaikum..

Very short update untuk malam ni.. Sekarang sebarang sumbangan bole disalurkan terus ke akaun ibu adik Izz, Nur Atika Rusdan..


Bagi yang belum tahu tentang adik Izz, bole la singgah kat sini (BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMMAD IZZ RIZZQI) untuk maklumat lanjut. Moga Allah menyembuhkan dia dengan cepat.. Aamiin..

Tuesday 27 May 2014

BANTUAN UNTUK ADIK MUHAMMAD IZZ RIZZQI

Assalamualaikum...

Pagi-pagi tadi da bukak blog.. Then singgah baca entry Nadia tentang Sumbangan Ikhlas Untuk Muhammad Izz Rizqi. Ya Allah. Runtun hati saya baca tentang adik Izz ='( Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apa yang saya tau tentang adik Izz dari Nadia, dia adalah anak buah kepada blogger Rina Ellisa..

Jadi malam ni saya nak share kan tentang adik Izz. Moga dengan perkongsian ini dapat membantu adik Izz sedikit sebanyak.. Aamiin.. Untuk makluman info tentang adik Izz saya dapat dari Nadia & share kan tentang ni dengan izin..

Untuk lebih jelas saya kongsikan disini status dari ibu adik Izz ( PUAN NUR ATIKA RUSDAN )

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 

=========================================================================


I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."


=========================================================================

Dan latest news sekarang, adik Izz perlu dibedah pada minggu hadapan dengan kos anggaran RM50,000.00. Jadi saya dengan rendah hati nya memohon agar kita dapat sama-sama membantu meringankan beban mereka. InsyaAllah..Sama-sama kita berdoa agar adik Izz cepat sembuh.. Aamiin..

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas, bole salurkan ke akaun di bawah :


* LATEST UPDATE : UNTUK SUMBANGAN SILA SALURKAN KE AKAUN IBU ADIK IZZ YANG TELAH DI UPDATE KAT ENTRY NI AKAUN NUMBER IBU ADIK IZZ




Ya Allah, moga dengan izinMu, kau permudahkanlah segala urusan yang melibatkan Muhammad Izz Rizzqi. Kau berikanlah dia kesihatan. Aamiin..






Monday 26 May 2014

DRIVER MACAM BAGUS

Assalamualaikum..



Amaran. Entry ni berunsur ganas sikit.ahaha. KONON. Korang pernah tak jumpa driver yang keluar simpang masa korang da dekat sangat ngan simpang tu??? Agak-agak tak sampai 1 meter pun jarak. Pernah tak?? Kalau laju mau nya gedebum bontot kereta tu korang langgar kannn?? Tu la yang jadi masa balik keja tadi. Nasib saya tak bawak keta laju. Sakit nya hatiiii. Mana tak sakit hati, kalau tak sempat brek kan ke dah terlanggar bontot keta dia. Dahla kalau langgar dari belakang of course ler kita yang salah waima dia yang keluar melulu. BEGOK. Argghhhh. 

Sebab da geram sangat, saya pun bunyikan honnnnn. PON PON PON! Pastu dia terus pecut keta laju-laju. Sampai kat lampu isyarat dia buat U-TURN. Alahai bole pulak dia tengok kita macam marahhhh. Macam kita pulak yang salah. Marah kena hon la tu. PAKCIK, kalau PAKCIK keluar secara bersopan takde nyer saya ni nak hon orang sukati. Kalau dah PAKCIK keluar tak bagi salam, PAKCIK nak expect orang senyum simpol ek kat PAKCIK. Siap lambai-lambai ratu cantik ek??Mungkin sebab dia tengok perempuan yang bawak keta. So dia berani la nak tunjuk muka marah??? 

Geram sangat. Kadang-kadang kat jalan ni kita dah cuba berhati-hati, ikut undang-undang. Tapi sebab wujudnya driver yang macam ni, tak pasal-pasal naik hantu. Dah tu membahayakan nyawa orang lain. Hope PAKCIK bertaubat la yer bawak keta macam tu. 

Salam geram. Maaf, bahasa kasar sikit. Tak tau nape angin sangat hari ni. Jumpa pulak PAKCIK istimewa ni. Berhati-hati la di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Moga kita dilindungi dari sebarang musibah.. Aamiin =) 

Saturday 24 May 2014

Singapore Chicken Rice

Assalamualaikum.

Ehem. Pernah dengar Singapore Chicken Rice / SCR? Kalau tak silap kat Sarawak je ada.. Saya bukan pergi Singapore. Eheh. Makan kat Sibu je. Ni memang tempat favourite kitorang sefamily la. Kalau hujung bulan g sini, celebrate birthday kat sini, malas masak, makan sini. Nah. Restoran yang servis nya cepat, menu banyak pilihan & harga pun berpatutan. Rasa pulak? Mesti la sedap. Kalau bab makan saya ni memang picky eater. Susah nak cari apa yang saya makan tapi saya boleh habiskan. Paham tak? HE. Ye, saya ni muatan kecik je, tapi kalau makanan tu betol-betol sedap memang berjaya la saya habiskan. 

Ha. Contohnya macam kat SCR ni. Antara menu yang ada of course la nasik ayam kan? Memang sedap dengan sambal pedas nya. Ada mi goreng mamak, nasik goreng ayam, sayur paku belacan, baby kailan in oyster sauce dan banyak la lagi masakan tempatan lain. Kalau nak makanan ringan-ringan je pun ada. Nugget, fries, fishball, macam-macam la.

Tapi, saya kalau datang sini, memang satu je saya order. Kecuali kalau da lewat malam memang da abis la yang saya suka ni. My all time favourite! Chicken Chop! Ye, saya memang hantu Chicken Chop! Tapi yang sedap je la. He. Kat Sibu ni, kat SCR je saya makan Chicken Chop tau. Pernah try tempat lain tapi hampa -_-. Haha. Memang sedap sangat dengan blackpepper sauce nya, portion pulak memang besar! But do believe me, saya abiskan tau! 


Harga RM 16++ Ni da mula makan baru ingat nak ambik gambar. Haha. Korang kalau datang jalan-jalan kat Sarawak, cuba la singgah kat SCR. Ni antara menu yang saya recommended. Gambar menu lain, next entry la ye. Tak terambik sebab lapar da. haha.

Till then. Thank you for reading =)

Tuesday 20 May 2014

REVIEW HANDBOUQUET

Assalamualaikum..

Baru hari ni berkesempatan nak publish entry tentang handbouquet saya ni. Dah 2 bulan berlalu majlis.he.Panjang cerita handbouquet saya ni =) Salah satu rezeki yang saya dapat untuk majlis kawen ari tu. Alhamdulillah & terima kasih sangat-sangat saya nak ucapkan kat Ciktie sebab murah hati bagi saya handbouquet walaupun saya tak menang tempat 1st & 2nd place masa join Giveaway by Handbouquet Ibtisam anjuran Ciktie kat page dia Handbouquet Ibtisam. Makaseh banyak-banyak sudi hadiahkan & buatkan handbouquet yang sangat owesomeee!

Mulanya saya idam handbouquet yang warna pastel. Bole singgah sini tuk tau HB Idaman saya : HB Idaman Hati. Konon-konon bagi saya sesuai dengan warna baju saya =p Ahaha.. Tapi Ciktie cakap, kalau baju warna pastel, better pakai handbouquet yang warna menyerlah. Bila tengok yang Ciktie bagiiii.. Waaaa.. Comeeeeyyyy..Warna pink+merah! Seriously cantik sangat! Terus bawak bunga jalan-jalan dalam rumah konon berlatih untuk masa majlis.haha! Very teruja ok! Ambik gambar, then wasap kat en.tunang(masa tu) g tau yang bunga yang Ciktie bagi da sampaiiii!

Terus tak sabar nak pakai masa majlis.Over kan. Bunga tangan ni la saya pakai tuk 2 2 majlis..Akad + sanding.. Bila lepas majlis, tengok dalam gambar, memang naik warna bunga tu! Betol cakap Ciktie. Kena pilih warna yang striking kalau warna baju tak striking. Eh. Baju akad macam striking je.hehe. Baju sanding laaa.Tapi 2 2 Nampak sesuai tau ngan bunga tu. Makaseh banyak2 Ciktie.. Bunga tu saya simpan lagi tau. Simpan baik2 dalam plastic takut kena debu. Nak wariskan wat bakal adik ipar pulak nanti =p Lama lagi. Tak kisah la. Janji simpan n bakal guna lagi nanti. Bakal adik ipar, U wajib guna tau! Kejam tak?? Bahahaha.

Meh tengok bunga tangan saya.. Comel xxx?? Mesti laaa..

Haa.. Menyerlah tak??he.

Masa outdoor photoshoot HB ni la satu2 nya props saya. 

Ni pakai masa akad =)

Cantik kannnn?? Eh, bukan yang macam ni je Ciktie jual tau! Ada banyaaakkkk choice sampai rambang mata nak pilih! Tengok!


Banyak pilihan kan??? Yang felt, pearl, lace, & macam2 lagi.

Ha.. Signage comel pun ada ciktie buat. Jadikan props pun boleee.

See? Tasbih ada, mini tasbih pun ada tau!

Hehe. Tergoda tak? Kalau ye cer usha page ciktie ni Handbouquet Ibtisam. Jangan malu-malu tau!
Lastly, nak ucap thank you so much kat Ciktie! Moga dimurahkan lagi rezeki =) Aamiin...

Till then!Thank you for reading =)




Friday 16 May 2014

CPUV NUFFNANG

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu menyepi sebab tenet tak berapa nak sporting last 2 weeks =( Bukak nuffnang semalam tengok. Eh Eh. Macam ada yang lain. Ya, saya tak pernah dapat CPUV sebelum ni. Jadi bila tengok kat area table CPUV ada isi, macam eh, betol ke ni? He. Macam ni la orang yang fist time dapat kan? Haha. Pity me. Alhamdulillah.. Thank you nuffnang! Bagi saya peluang.


psstt.. support saya ;) Tq nuffnang!

* Cari barang kahwin? singgah sini ;

* Next update HANDBOUQUET COMEL! Tunggu ye. Sementara tu singgah tengok handbouquet saya & handbouquet idaman saya dulu ;)